Allah masih sayang lagi untuk kita semua yang masih bernafas pada 1432 Jamadilawal dan 2011 Masihi. Dalam dosa-dosa yang masih bergelumang kita semua masih diberikan kesempatan untuk memperbaiki keadaan sebelum mata tertutup atau sengkakala berbunyi.
Tahun 2010 saya tinggalkan dan saya lupakan semua kenangan pahit. Setiap curang dalam persaudaraan sesama Muslim saya jadikan pengajaran.Tak perlulah saya membuka aib dan nama Hamba Allah yang mencoret arang dengan mengaibkan saya dan kata fitnah kepada saya. Semoga Allah membuka pintu hati saudara tersebut. Seindah nama biarlah seindah hati. Semoga Allah meniupkan nur ke dalam hatinya. Walaupun langsung tiada ungkapan maaf mengakui kesilapannya setelah berkonfrontasi antara saya dan dia tapi saya serahkan kepada Allah untuk menghukum Hamba Allah ini. Menghukum atau memberi hikmah..sedangkan Saidina Umar Al-Khatab yang pernah membunuh anak kandungnya sendiri pun diberi hidayah,inikan Hamba Allah ini.
Dia lagi menyalahkan insan lain dalam semua ini berlaku.. Wallahualam..
Pandangan dan sikap Islam dalam menjaga maruah, kemuliaan dan kehormatan diri seseorang amat tegas dan keras. Islam tidak membenarkan seorang Muslim menyakiti perasaan seorang saudaranya sesama Muslim dengan perkataan menghina, sama ada di hadapannya atau di belakangnya. Allah berfirman: “Hai orang-orang yang beriman, jauhilah dari kebanyakan dari syak wasangka, sesungguhnya sebahagian daripada syak wasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha penerima taubat lagi Maha Penyayang.” (Surah al-Hujurat 48: 12)
Dalam satu hadis sahih, Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Setiap Muslim diharamkan untuk mencerobohi darah, harta dan maruah saudaranya sesama Muslim.”
Jika Islam tidak menentukan sikap yang tegas seperti ini tentu akan terjadi perbalahan di antara selurah manusia, manakala kemuliaan serta maruah diri mereka akan ditindas. Akhirnya musnahlah seluruh hak dan kebebasan.
Bertolak atas kesedaran ini pula Islam memerintahkan kita untuk tidak menceritakan aib orang lain demi menjaga maruah dan peribadinya. Rasulullah s.a.w. telah bersabda kepada seseorang yang menggesa Ma’iz untuk mengaku berzina sehingga dijatuhkan hukuman rejam, “Jika engkau tutupinya dengan bajumu tentu lebih baik untukmu”. Rasulullah juga bersabda: “Seluruh umatku akan memperoleh pengampunan, kecuali orang-orang yang suka menyebarkan aib orang lain.” Dan baginda bersabda: “Sesiapa yang menutupi kesalahan seorang Muslim nescaya Allah akan menutupi (kesalahannya) di dunia dan akhirat.” Allah s.w.t. juga berfirman dalam al-Quran al-Karim: “Sesungguhnya orang-orang yang ingin agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersiar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat.” (Surah an-Nur 24: 19)
~saya ambil rangkuman artikel ini dari http://www.danialzainalabidin.com/
Untuk peringatan diri saya sendiri juga sebenarnya.Tak perlu saya berlagak poyo dan skema seolah-olah saya terlalu suci tanpa dosa. Tiada manusia yang sempurna. Namun jika saya ada kesalahan yang saya lakukan tanpa saya sedari,sejuta keampunan saya mohon daripada mana-mana Hamba Allah.Saya juga akan cuba memperbaiki kelemahan dan kelalaian diri. Kadang-kadang musibah yang diberi kerana kealpaan diri sendiri. Kerana alpa,Yunus A.S ditelan ikan nun,kan? MasyaAllah..
Secara peribadi,semoga tahun 2011 ini memberi peluang bagi saya memperbaiki segala kesalahan yang dilakukan pada tahun-tahun yang lepas.Saya ingin member tumpuan yang lebih kepada kerjaya saya sepertimana semangatnya saya semasa mula-mula bergelar mualimah dulu.
Kerana sebuah bicara, aku terkejut dan aku tak mampu menahan airmata ini dari mengalir kerana selama ini aku cukup hormatkan dia. Aku terkesima seketika bila aku tahu kisah sebenar dan aku kate pada dia...
"Sampai akhirat, saya takkan ampun kan dosa-dosa awak bila menjaja maruah saya pada org lain yang tak pernah tahu siapa saya dan kehidupan keturunan saya, sejarah hidup saya...memang SUMPAH DENGAN NAMA ALLAH..saya takkan maafkan"

Ya Allah, maafkan hamba mu ini kerana aku benar-benar sedih dengan apa yang berlaku dan benar aku tidak menyangka bila semua kebenaran ini aku tahu. Kalau dulu, dia bercakap pada aku tentang hadith itu,hadith ini, tentang agama, semua tentang Islam..tapi sebenarnya dia tak layak bercakap tentang semua itu...
Tak pernah aku berdendam pada insan-insan bernama makhluk ciptaan ALLAH, kerana aku tahu mereka punya akal fikiran yg di anugerahkan NYA...tapi bila aku tahu cerita sebenar dan sebenar-benarnya, hancur luluh hati ini...di mana martabat seorang wanita di mata kamu haa? Aku juga wanita sama seperti ibu kamu, kakak-kakak kamu.
Ya Allah Ya Tuhan ku..berikan aku kekuatan itu, kekuatan yg pernah aku ada suatu ketika dulu..aminn..

No comments:
Post a Comment