Aku tulis atas ubun kasih akan jalan yang dipilih dan direntas ini. Tunjang rekod perjalanan semahunya di catat menjadi bukti bahawa setiap langkah adalah terarah dan tersaksi menuju destinasi yang tertetap. Mahu juga ku taburi setiap langkah dengan hawa yang indah, maka apakala kami ditakdirkan tersungkur semahunya, terkenang juga lipatan laluan yang sudah tercerna ini.. Zahir likunya mahu juga ku kongsikan, mahu juga diasimilasikan moga pohon ini berbunga membuahkan manfaat yang jitu jika tidak harum pun memadai dengan simpulan hasil yang keluar sepanjang jalan ini..
Tuhan, pada mu kami zahirkan harapan, pada mu kami rafak kan doa, pandu lah kami ke jalan yang lurus yang tiada belok sungkur di likunya, tiada sadung jatuh di siurnya dan hujung jalan natijahnya murni bagai mekarnya pucuk di embun pagi, bagai harumnya kemboja di hening malam.. Amiin
....aku menulis bukan kerana apa, tapi hanya meluahkan apa yang ku rasa
selamat datang ......., selamat tinggal bumi malaysia
jom jom kiter...jom jom kiter...
ReplyDeleteizzati seorang yg amat kuat and tabah meyh...
jangan jatuh and tersungkur, tapi jika jatuh bingkas la bangun izzati kerana masih ada sesuatu yang perlu kau kejar..trust ape bos kata, kau seorang yang sukar di cari ganti..caya la boss..
hareez
eh rindoo sama kamo, teman2 and boss..bila mau pulang ke malaysia n kita enjoy pula bermain salji d tmpt org minggu depan..esk aku tunggu kamo dan yang lain2 dehh..ada ole2 dari aku utk kamo semua meyh..ciku2 dulu cayunk semuanya dari aku yang masih aku..hehehe..tq frenz for the support u gv me.
ReplyDelete