Tuesday, March 29, 2011

Through My Eyes

Kring kring kring...screen d henset cap ayam ku *my lovely ayah*, yuhuu mama&ayah mcm tawu2 anaknya sedang merindu and amar memerlukan.

Hari ini, sepanjang perjalanan menyusuri lebuhraya Sg Buloh ~ Wangsa Maju...berjurai-jurai airmata membasahi pipi. 

Rasanya ingin aku berhenti, menangis, menjerit sepuasnya...tapi kerana apa aku menangis???

Malam ini, tepat nye jam 11:10 pm, aku diseret ke masa silam...kenangan datang bertandang, sayu rasanya..utk apa rasa ini aku sendiri tak pasti, tapi ini lah yang aku rasa kini...amat sayu..

Jalan hidup aku banyak yang dah berubah sebenarnya..terlalu banyak.  Yang pastinya jalanan itu tak pernah selamanya terang or bersinar..ade ketika samar sangat dan adakalanya langsung gelap gelita.  Dan aku amat hargai pelbagai peristiwa yang aku tempuhi...aku belajar untuk menghargai sesuatu itu dengan lebih bagus sebenarnya, melihat kehidupan daripada pelbagai persepsi...mengenali manusia dari pelbagai sudut. 

Menghampiri, menjalin dan menjadi sebahagian daripada mereka...orang kata macam eksperimen...EKSPERIMEN HIDUP, yang pada satu detik tertentu..aku harus memilih bagaimana pengakhirannya.  Kerana dalam setiap perkara, kita mesti membuat SATU KEPUTUSAN!!

Sebenarnya...

Petang nan senja..menyaksikan pertemuan aku dan dia.  Kerana petang tadi juga menyaksikan luluhnya airmata aku. 

Aku tak pasti untuk apa airmata itu sebenarnya..tetapi ada sesuatu yang tertahan di atma ini sehingga aku tak mampu lagi menahan lantas terurai bersama titis-titis jernih, hatiku terasa sakit dan teramat sakit.  hati ku lebih sakit bila dia menyembunyikan sedalam-dalam tiap apa yang ada dalam hatinya.  Aku tahu telah banyak..terlalu banyak yang terpendam disudut hatinya.  Tiap kali pertemuan aku dan dia, aku tahu ada yang dia simpankan, rapat, kemas dalam hatinya sendiri.  tetapi aku masih mampu mengawal sepertimana dia juga pandai mengawal dan menyimpan apa yang dilindungi di balik sukmanya.

Akan tetapi aku tak mengerti dengan diri ini, petang tadi saat aku lihat wajahnya...aku dapat merasa satu kesakitan yang amat dalam.  sepatutnya aku tidak menunggu, tetapi hatiku yang mendesak...dan desakkan itu menampakkan aku pada sesuatu, dia dah lain dan aku...tidak menampakkan apa-apa.  Iye, itu hak dia untuk menampakkan kelainan..wajahnya petang tadi telah berkata-kata, sehingga aku merasa terlalu sakit dan menangis.  Sungguh aku tak dapat tahan lagi seperti selalu.  Tapi, hanya aku yang tewas dan dia dengan slumber dengan wajah biasa walau dalam hatinya aku tahu ada yang berkocak dan bergelora.  Kelakar, hanya aku yang menangis dan dia memang bijak mengawal emosi..atau mungkin dia telah banyak menangis sendirian???

Aku banyak belajar menjadi seorang yang lebih matang bila mengenali dia...  Aku mula memandang kehidupan dari persepsi yang berbeza bila kenal dia.  Aku belajar mengawal emosi untuk menjadi lebih tabah dan kuat sejak kenal dia.  Sebenarnya, banyak yang aku perolehi sejak kenal dia...dan aku tak pernah menyesal mengenali dia, sekalipun aku tahu suatu hari nanti dia akan pergi dari hidup ku seperti mana dia juga akan pergi daripada hidup yang dia sayang tanpa sebab.

rumitnya hidup!!  penuh reancah!!

"bila suatu hari nanti kau jumpa orang yang kau sayang tanpa sebab..kau akan tahu bagaimana seksanya nak tinggalkan orang yang kau sayang tanpa sebab itu.."

dan ayat itu tertusuk amat dalam melekat atma ku..

CUBA HIDUP DENGAN BIASE-BIASE SAHAJA

hurmm mata ini dah kuyu..sayu..mengantuk..
tapi masih sempat meluahkan apa yang tertusuk pilu...tiada yang salah, dan segala yang kita punya..yang salah hanya sudut pandangan kita..yang buat kita terpisah.


bukan ini yang sepatutnya menjadi jurang kita

cukup lah ye..tak pandai sebenarnya nak susun kata, ayat...nak tito dulu...
moga dia tahu apa aku rasa..

No comments:

Post a Comment