Hari ini, di waktu sebegini, aku termangu sendirian memikirkan apa yang aku tahu, cerita gembira dan sedih mereka yang akan ku simpan kemas dalam diari kehidupan ku. Tak kisah siapa mereka pada ku sebelum ini dan kini, kerana aku, dia, dia, dia dan dia adalah makhluk ciptaan NYA. Aku sentiasa doakan yang terbaik buat mereka dan ku harapkan mereka juga sentiasa doakan yang terbaik untuk ku :)
Allah tahu,apa yang terbaik untuk kita
Jadi, mengapakah kita harus mengeluh?
Kita sering menginginkan kesenangan
Tetapi DIA tahu, setiap kesenangan ada kesusahan
Kita sentiasa menginginkan kegembiraan
Dan keceriaan
Tetapi hati kita akan menjadi keras
Jika tidak pernah menggugurkan air mata
Allah sering menguji kita
Dengan penderitaan dan kedukaan
Sebagai ujian, bukannya hukuman
Untuk membantu kita menghadapi hari esok
Allah sering menguji kita
Dan untuk setiap kesengsaraan yang kita hadapi
Sabarlah ketika menerimanya
Kerana telah dijanjikan sebuah kebahagiaan
Oleh itu, apabila kita merasakan
Segala yang terjadi tidak seperti yang diinginkan
Ingatlah, Itulah cara Allah
Dalam menguatkan lagi keimanan kita.
jangan terlalu bangga dengan apa pun yang kita miliki….
kerana semua atas ihsan Allah…
kerana akhirnya nnti kita kembali hanya membawa amal…
No comments:
Post a Comment