Sunday, June 26, 2011

Story of life...Cerita kehidupan

Menatap kembali catatan lama sepertinya membuka kembali lembaran sejarah hidup yang lalu.

Ada orang begitu taksub ingin merakamkan diari kehidupannya. Bersungguh-sungguh menampal kata-kata dan potret untuk diabadikan. Aku? Tidak taksub pada perkara-perkara begitu. Bukan mahu melupuskan sejarah. Jiwa lebih senang memikirkan yang harus kujalani saat ini.
2008 mula menulis di sini.

Itupun setelah berbasi-basi sebelumnya. Ketika itu, aku sebenarnya ingin memulakan langkah baru dalam hidup. Memulakan langkah pertama dengan menyambung kehidupan aku. Banyak kenangan pahit manis sepanjang perjalananku merentasi dunia. Semua yang pahit menjadikan aku lebih kuat dan sabar. Ada saatnya aku seperti mahu berhenti. Penat, bosan, buntu dan begitu banyak alasan yang menguji ketahananku. Alhamdulillah, sabarlah yang menyelamatkan aku dari kelemahan diriku sendiri.

Kini telah telah tiga tahun berlalu semua itu.

Hari ini aku imbas kembali catatan lamaku. Akukah yang menulis itu? Kisah-kisah payah yang kualami. Blog ini begitu dekat dengan aku. Sebab aku menulis dari hati. Aku hanya akan menulis bila aku merasakan ada kata-kata yang mahu kuabadikan di sini.

Mungkin blog ini ada pembacanya. Atau mungkin mungkin juga blog ini kurang menyenangkan. Aku enggan peduli. Ini adalah kata-kata hatiku. Bila hati ingin berkata, biarkan ia berkata dengan sejujurnya. Kerana hati adalah perasaan yang paling dalam. Mana mungkin aku bohongi rasa yang terdalam.

Lama aku menyepi dan bangkit aku menulis kembali. Things happened for a reason. Hanya Maha Kuasa yang tahu..

No comments:

Post a Comment