Monday, August 22, 2011

Awak tetap...

Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.


Dalam hidup setiap perempuan, ada seorang lelaki yang pastinya yang dia tidak dapat lupakan. Dalam hidup seorang lelaki, ada seorang perempuan yang pastinya dia tidak pernah dapat memiliki.

Sekurang-kurangnya mungkin itulah yang sesetengah daripada kita hadapi.
Tetapi adakah kita mahukan waktu berhenti dan kita menangisi nasib yang terjadi?
Sudahlah, jangan pernah menolak untuk terus berdiri.
Kenapa mesti enggan mahu berlari?

Setiap kali kita menghadapi masalah, kenal apa itu masalah dengan cara sendiri.
Ingatkan kepada diri sendiri bahawa setiap masalah itu ada laluan keluarnya yang kita boleh cari.
Setiap musibah dilalui ada senyuman di penghujung hari.
Dan kita kena sentiasa bersedia untuk menghadapi.

Awak tetap sayang dia.
Awak tetap cinta dia.
Awak tetap suka dia.
Tapi sampai bila?

Kenapa awak tidak mahu untuk belajar sayang diri awak sendiri?
Kenapa awak tidak mahu kenal diri sendiri?
Kenapa awak tidak mahu kenal hati sendiri?
Awak tidak akan rugi.

Nota Kaki :Ambil peluang yang terbentang dalam hidup. Hidup itu sendiri merupakan suatu peluang. Kenapa mesti dipersiakan dan enggan mahu menyahut cabaran demi masa hadapan yang kita impikan?

2 comments:

  1. Yelah org yang dah merantau pusing dunia..kekasih hati pun sudah tentu habis sudah dunia d pusing kan??..harap kalian menempuh bahagia itu

    ReplyDelete
  2. Tak boleh la jadi kekasih Izza...ngehngeh...

    ReplyDelete