Tuesday, August 23, 2011

Menonton HALAQAH ~ Sentuhan Qalbu...TV9...Nota Tiang Hati

Aku: Kamu tahu tak dosa terbesar di sisi tuhan??
Dia: Berzina ke?
Aku: Berzina masih ada keampunan...
Dia: Habis itu apa ye "Abil"?
Aku: Mengugurkan kandungan...membuang nyawa yang telah Tuhan tiupkan ke dalam rahim seorang wanita itu...

*************************************************************************

Selepas dua bulan perjalan kehidupan bersama pasangan...kekasih hati ini mengandung.
Pantas kilat terpacul dibibir sang jejaka kacak ini, gugurkan sahaja...dalam mencari ramuan, rempah dan ubat-ubatan untuk menggugurkan kandungan itu, tiba-tiba kekasih hati ini bersuara...

Bukankah "Abil" pernah berkata dahulu, berzina masih ada keampunan..tapi menggugurkan, membunuh, tiada keampunan bagi kita kan "Abil"...
Dan terima kasih kekasih hati kerana menyedarkan "Abil" dari tidur, sedarkan "Abil" dengan janji "Abil" pada ALLAH...alhamdulillah...proses yang sedang berlaku benar-benar menggoncang dunia, nyawa di dalam perut kekasih hati "Abil" adalah dari benih "Abil".

Ya Allah, walaupun beribu kali ku sebutkan kesyukuran, tapi ianya tak mampu melawan apakah makna, apakah nilai kalimah syahadah itu...rupanya perjalanan kehidupan "Abil" penuh liku.
Betapa banyak hidayah betapa bagaimana ALLAH mahu menunjukkan kebesarannya...ampuni "Abil" Ya Allah...

Terusan kehidupan "Abil" diteruskan dan dari jauh "Abil" mendoakan kesejahteraan dan kesihatan yang kekal untuk kekasih hati "Abil" dan benih "Abil" di dalam rahimnya..masa terus berlalu, langkah demi langkah kami lalui, alhamdulillah..."Abil" mampu mendalami dunia ISLAM, mendekati diri dengan pencipta "Abil"...

Selepas kekasih hati "Abil" selamat melahirkan zuriat kami...selepas 2bulan menunggu lamanya, alahamdulillah...syukur "Abil" panjat kan kesyukuran pada yang maha ESA kerana sedarkan "Abil" dan benarkan "Abil" untuk terus menjaga dan memberi sebuah tanggungjawab untuk "Abil" galas sehingga kehujung nyawa kami...Cuma doa "Abil" dan kekasih hati "Abil" yang kini SAH menjadi ISTERI...semoga perjalanan nota hidup ini, nota tiang baru...Ahmad Musafir dan isteri bukan lagi "Abil" dan kekasih hati...

...dalam landskap kehidupan ini dalam penerimaan dunia ISLAM dan makna kehidupan...dan kekuatan kembali memaut hati pasangan ini untuk terus mengucapkan dua kalimah syahadah.  Lihat kedua-dua tangan..bukankah kita mmapu membuat pelabagai perkara dengan kedua tangan ini, cuba kita bayangkan tangan yang kita gunakan untuk digunakan bertahun lamanya...saat kita tertidur malam semalam, jantung itu tetap berdegup tanpa kita perintahkan, tapi bukankah ALLAH terus sempurnakan kita walapun kita penuh dengan dosa-dosa semalam...di dalam diri kita sendiri betapa banyak hidayah yang telah ALLAH tunjukkan....

Maka tolong katakan nikmat mana lagi yang kita mahu dosakan?  Kenapa kita lupa fitrah sebenar yang Allah ciptakan kita? 

Mari sejenak kita ambil kedua belah tangan kita, mari kita rendahkan diri kita menadah tangan merendahkan keegoan diri..

"Ya Allah kembalikan kami kepada ciptaan mu Ya Allah, walaupun kami mengaku kami kenal mu Ya Allah, tapi kami jauh Ya Allah, anak-anak ciptaan mu itu adalah anugerah yang engkau janjikan sebelum kelahiran aku Ya Allah, suami isteri ini adalah juga engkau aturkan sebelum engkau tiupkan roh aku ke dalam perut rahim ibu ku berpuluh tahun yang dulu...Ya Allah, setiap waktu aku merasa kekesalan lalu, tetapi aku bersyukur kerana kehidupan Islam ini kurniaan yang besar.  Kini serahkan diri aku kepada mu Ya Allah, tunjuki aku jalan yang sebenarnya yang dulu aku lalui lorong yang berliku dan gelap, sangat kosong...moga ada sinaran dari mu Ya Allah".

Belum tentu aku dapat keampunan mu Ya Allah..tapi sifat untuk berubah dan taat kepada mu Ya Allah.

Nota kaki:
1. Terima kasih Tan Sri Dato’ Seri Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak, kerana ilmu yang dikongsi dan terima kasih Halaqah, 2 kolam ini melimpah membanjiri pipi dan tersentuh hati ini, sayu sangat dan semoga malam-malam terakhir di bulan Ramadhan ini mendekatkan saya pada Allah..insya-allah, amin.

2. Cerita di atas saya petik dari rancangan Halaqah sebentar tadi dan ingin saya kongsikan bersama teman-teman di blog saya ini...Tiang Baru, Kisah Perjalanan Ahmad Musafir.

Perjalanan spiritual...

No comments:

Post a Comment