Minggu sudah, saya kira minggu sedih saya. Minggu ini, bukan juga minggu gembira saya. Saya tak mahu terus diulit kesedihan itu. Kesedihan yang membawa saya kepada kedukaan. Saya betul-beul kecewa dengan keadaan itu. Saya hampir marah. Saya yakin itu bukan kesalahan saya. Saya juga yakin itu bukan kesilapan saya. Kerana sikap dan kejahatan orang lain, saya menerima hukuman ini.
Tapi, waktu demi waktu. Saya fikir positif. Ye.. jika itu bukan kesalahan dan kesilapan saya, tapi pasti ianya kerana kesalahan dan kesilapan saya yang lalu. Biarlah..orang yang membuat kesilapan ia tetap bersalah. Orang itu juga tak semestinya dihukum. Mereka juga layak diberi kemaafan. Seperti saya juga, jika saya silap, pasti saya inginkan keampunan.
Saya juga percaya, dengan datangnya dugaan ini mendekatkan kita dengan keinsafan. Semoga saya tidak lalai dengan duniawi ini. InsyaAllah
Apa pun keputusan nanti, saya terima dengan hati terbuka. Saya juga rela memaafkan. Kerana saya juga ingin dimaafkan. Maafkan saya.
Nota kaki: Mari ke gym! Kerana jauh, ini sahaja yang dapat diisi dikala dan ketika waktu ini, tak lama dah, sedikit masa lagi ye Nur Izzati, harus tabah.. :) Untuk ayah, semoga akan terus tersenyum untuk kami semua ye. Ayah mampu dan hebat untuk menjadi pentadbir untuk sebuah tanggungjawab yang dipertanggungjawabkan kepada ayah kerana itu Ketua Negara percaya ayah boleh!!
Again, congrats ayah dan Ti doakan ayah sihat-sihat selalu, cayunk ayah & mama yang jauh d sana.
No comments:
Post a Comment