Sunday, January 8, 2012

Dia - Caca feat Chomel


Always put yourself in others’ shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the other person, too.

Thursday, January 5, 2012

Seutas Tasbih...

Dari sekian orang yang ada, tidak semua dapat memahami apa sebenarnya cinta itu. Cinta sememangnya sesuatu yang susah didefinisikan. Meski pun boleh dirasakan, seringkali sang pemilik rasa pun menjadi ragu, apakah yang sedang dirasakannya itu cinta? Lalu, bagaimanakah ciri seseorang mencintai sesuatu?

Adakah benar bahwa cinta tak harus memiliki. Mari bertanya pada diri sendiri, jika tidak memiliki, bagaimana cara merealisasikan cinta? Bagaimana mungkin cinta itu dapat wujud secara realiti apabila kita sendiri tidak mempunyai hak atasnya?

Cinta pun harusnya berupa keyakinan di hati, dapat diikrarkan oleh lisan, dan di terjemahkan dalam perbuatan. Apabila satu elemen itu tak dapat atau tak mungkin dilaksanakan, maka tak boleh disebut sebagai cinta yang sejati. Ketiga-tiganya harus ada untuk menjadi cinta yang sejati.

Bagi saya cinta antara dua insan, lelaki dan perempuan itu dikatakan sebagai cinta sejati manakala cinta itu terbingkai dalam bingkai suci dan indah, iaitu ikatan pernikahan. Kerana dengan adanya bingkai indah itu, kesempurnaan cinta dapat dilaksanakan. Selain ada di hati (bergetar hati jika disebut nama orang yang dicintainya, dan bertambah cinta bila disebutkan kebaikan dan kelebihannya), juga telah bersedia untuk diikrarkan dengan lisan serta diterjemahkan melalui amalan anggota badan. Itu bererti, bahawa cinta memang harus memiliki.

Jika cinta itu tidak berada dalam lingkungan "memiliki", dalam erti kata tidak berada dalam bingkai pernikahan, maka paling maksimum hanya dapat meyakini dalam hati. Tidak halal untuk berikrar oleh lisan, apatah lagi lebih jauh untuk memimplementasikan melalui perbuatan oleh anggota badan. Bererti, cinta itu tidak boleh dilaksanakan secara sempurna, dengan kata lain bukan cinta sejati.

Terkait dengan cinta kepada lain jenis, tidak perlu mencintai sebelum boleh memiliki. Kerana jika belum atau tidak memiliki, belum boleh melaksanakan cinta itu secara sempurna. Sehingga cinta yang dimiliki, belumlah sejati. Tapi jika berani, ya silakan. Asal siap-siap makan hati.. ^_^

Nota kaki: Saya menghitung hari sebenarnya menanti detik 00:01hours pd 18 January ini yang banyak membawa kenangan yang sangat manis buat diri ini.  Kerana sebuah janji saya masih di sini menanti dia yang semakin menjauh.  Cukuplah sekadar dia tahu saya adalah saya dan saya tak pernah berubah.  Dari kejauhan, saya mohon beribu kemaafan kerana saya tak pernah lari dari khilaf sebagai manusia... :'(




Jam tangan itu... dia tahu begitu saya boleh menjagainya selama mana ia bersama saya... & ketahuilah saya menanti dia...



 

Sunday, January 1, 2012

InsyaAllah

  seorang lelaki yang baik tidak akan terlalu memilih calon isterinya kerana lelaki yang baik selalu....
bersedia memimpin dan menjadi imam kepada sesiapa sahaja calon isterinya, tanpa mengeluh malah selalu berdoa untuk menjadi sehabis baik demi masa depan keluarganya ,
insya-ALLAH

~snapping this piccas from Tokyo, Japan~

Saturday, December 31, 2011

...Rules of Life

Kadang-kala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan adakalanya sangat kecewa. Jadi,bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life' – Sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini,maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola. 
Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadang-kala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak, kenapa jadi begini? Kenapa gagal? 
 
 
 my BEST BUDDY~JUSMINE bride to be 2012!!!
Nota kaki: HSH ~ Home Sweet Home... comel jerr kan 

Hey Life

hey life, I know you tease me sometimes, but you're still wonderful

I love you.

 

Suka Duka Klasik...Thanks for the ride 2011, New Journey 2012 :)

It's the last day of 2011 and to be honest, I'm a little sad of letting it go. Goodbyes are never easy (that was quite a theme for me throughout the whole year). It's been a pretty big year for me. It hasn't always been smooth sailing, in fact it's probably been one of the most challenging years I've had to go through, but it's those challenges that makes it exciting and made me learn and grow the most.


 ~~piccas of me and new baby boomers love for 2012, insyaallah~~
2011 has been a huge year for me. It has been challenging, exhausting, emotional, wonderful, eye-opening, life-enriching... and I love it for all of that. I wouldn't change a single thing. Not a single tear or a single giggle. It was all worth it.

There are many things I'm grateful for in 2011. I landed my third ever full-time job in a field that I've been working towards for years. I feel like I'm taking the right step in my career. I became financially independent, and it felt right.  I took too many photos, and bought a new camera to take even more. I learned so much that it's too difficult to list them all. I took a step closer to being a confident grown-up, yet ironically at the same time I feel I've grown more emotional than before, making me quite the crybaby sometimes! I met people who I connected with in ways I couldn't imagine, and I'm pretty sure they made my heart expand a little (which should explain my emotional moments). I met creative souls who inspired me; Sweet and funny people who constantly brightened my days; Encouraging mentors who believed in me more than I believed in myself; Generous people who helped me raise money for the charity; Neighbour’s became friends; Strangers became brothers; Old friends and family stay loyal and true. With hellos came goodbyes. Some come back, others won't. Some sting a lot more than others, but it's the one that stings the most that means they've just made a huge impact in my life, and I'm grateful for that. 

Speaking of loyalty, thank you to all my loyal blog readers. I'm sorry I haven't been the best at regularly updating the blog and replying to comments, but I promise I'll be better next year. Thanks for sticking with me, and I truly hope you all have a happy new year! 

So thanks for the ride, 2011. You've been awesome. On your way out, can you tell 2012 to take good care of me too? Yeah? Thanks. x0x0

Thursday, December 29, 2011

Cinta...

Assalammualaikum & Hai semua....




Berteleku sejuk sekujur badan di dalam selimut membalut diri. Sayup-sayup azan Isyak berkumandang dari luar tingkap kedengaran. Takbir laungan mengagungkan Ilahi mengajak manusia sujud kepada Yang Esa. Waktu itulah juga mata ini terasa berat yang amat. Hampir terkatup mata dihempap rasa mengantuk yang tetiba hadir tanpa diundang. Mulalah bisikan-bisikan itu mula kedengaran.
" Tidurlah sekejap, bangun waktu malam nanti je"
"Alah.. waktu Isyak kan panjang,.musim sejuk kan.. apa salahnya tidur bukannya tak sembahyang nanti"
Oh, lenanya dibuai bisikan itu. Dan....  
Indahnya Perkenalan Jika Disulamkan Keikhlasan... Moleknya Persahabatan Andai Setia Dipertaruhkan... Dan Untungnya Berkawan Jika Berkekalan Untuk Selamanya... 
cinta…..satu perkataan yang mudah dilafaz, tapi sukar untuk dihayati…cinta adakala mendatangkan kegembiraan dan adakala mendatangkan kesedihan…aku redha kerana cinta adalah permainan hidup ada pahit dan manis….walaupun hati ini sering terguris kerana cinta.

Pernah tak berada di dalam satu situasi di mana kita kena untuk terus attach & stick kepada sesuatu walaupun jauh di dasar hati kita tahu, ada sesuatu yang akan buat kita tidak lagi mampu stick untuk selamanya. Mungkin sebelum ini kita percaya setiap benda, setiap perkara even setiap manusia itu mampu berubah dan pasti lah kita semua menanti kan sesuatu yang lebih baik tapi jika dalam satu masa itu masih sama tetapi kita tetap mampu bertahan, percaya lah itu semua sebab kita masih mengharapkan perubahan berlaku. mungkin kerana kasih, kerana minat, kerana impian, kerana budi. 

Jauh di dalam hati kita letakkan harapan & percaya & ingin kan semua nya mampu &boleh berubah boleh di ubah. tetapi akan sampai satu masa hilang segala rasa suka itu, rasa attach itu. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA mengetahui sesuatu yang baik & buruk untuk kita, sesuatu yang kita harapkan & sesuatu yang kita terkilankan. DIA Maha Mengetahui apa yang jauh tersimpan di dalam hati hamba hamba NYA & DIA sentiasa bersama hamba hamba NYA yang berusaha & yang meminta petunjuk dari NYA. jadi, bila Allah dah letak kan titik noktah kepada sesuatu itu, jangan lah kita terlalu menangisi apa yang pergi apa yang hilang. bukan kah Allah pencipta kita? DIA jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. percaya lah dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan hikmah nya terlalu indah. kenapa kita nak menolak sesuatu hanya kerana rasa yang sementara padahal kadang kadang kehilangan sesuatu itu lah yang terbaik buat kita walaupun bukan di dunia tapi yang lebih penting itu di akhirat kelak. Allah Maha Mendengar. Katakan apa sahaja dengan NYA. Hati semakin tenang. Kadang kadang kita terlalu menangisi sesuatu apabila hilang dari kita sebab kadang kadang kita terlalu lambat untuk tersedar dengan hikmah yang bakal kita rasai kemudian nya. jadi langkah terbaik ada lah sentiasa meminta petunjuk Allah dalam apa jua sekalipun.

Setiap langkah kehidupan, setiap masalah, setiap dugaan, keinginan masa depan mahupun mengenai perhubungan sesama manusia. Insya Allah. moga ada jalan terbaik buat kita semua. pengalaman hidup setiap hari mengajar aku menjadi lebih kuat & tabah & tenang. sekarang aku semakin jelas dengan apa yang aku mahupun dalam hidup ini. Alhamdullilah. semoga Allah sentiasa bersama kita semua.

Insya Allah.
" Bila Allah letakkan titik noktah kepada sesuatu dalam kehidupan kita, redha kan. Relakan. Bisikkan pada hati, belum tiba masanya lagi dan Allah telah pun merencanakan sesuatu yang jauh lebih indah buat ku "

Salam kasih & sayang buat semua... :)

Sunday, December 18, 2011

Menyayangi Mu


~Lagu ini saya terima dari seseorang... Dia kata lagu ini sangat meyentuh dan dia nak saya faham akan inti pati lagu ini... terima kasih ye :')~

Cinta itu bermula dari hati. Andai hati itu ikhlas, cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan. Namun andai cinta itu terbina atas nafsu sendiri tanpa kawalan diri, pasti ia akan hancur lalu lebur dalam kekecewaan. Untuk membina cinta itu, "hati-hati" perlulah disemai dan dibajai dengan benih mahmudah dan atas keredhaan Tuhan semesta 'alam.

Cinta usah terlalu ditagih dan diharapkan, jangan pula terus dibuang dalam kehidupan Kerana cinta itu fitrah naluri setiap insan, sambutlah ia bila sudah hadirnya keredhaan Tuhan.

Hari ini 22 Muharram 1433H dan untuk pengetahuan semua bloggy di luar sana, saya dilahirkan pada 18 Muharram 1405H.  Sebahagian Ulama mengatakan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari Ahad. Maka barang siapa yang hendak membangunkan sesuatu atau menanam, maka hendaklah pada hari Ahad.

Zikir Hari Ahad:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ

~Memperolehi harta yang banyak dan keberkatan sepanjang hidup kita.  Moga kita semua sentiasa dirahmati dan berada di bawah rahmatnya. Pejam celik pejam celik sudah hampir di penutup Disember berakhirnya tahun 2011.

Masih banyak perancangan yang berlegar-legar di fikiran saya dan ada yang sudah diselesaikan dan ada yang masih menunggu untuk dilaksanakan. Setiap apa yang saya lakukan semuanya dari keputusan saya sendiri. Dan pasti masih meminta pandangan dan pendapat dari insan-insan yang saya sayang, masih sudi duduk dan bangun bersama saya.

Masih meneruskan Plan A dan Plan B tersorok jauh. Insyaallah jika tiada apa-apa kekangan Plan A masih diteruskan. Doa dan doa. Dia tahu mana yang terbaik untuk hambanya. Jangan sesekali mengeluh dan putus asa sebaliknya berlapang dada dan bersedia menerima setiap apa yang datang. Insyaallah DIA tahu yang terbaik buat saya.

Ada sesetengah perkara saya terpaksa lepaskan. Ia bergantung kepada kemampuan saya. Saya doakan yang terbaik untuk kalian di luar sana. Doakan saya juga ya!

Sometimes you'll never know the true value of a moment until it becomes a memory.