~Lagu ini saya terima dari seseorang... Dia kata lagu ini sangat meyentuh dan dia nak saya faham akan inti pati lagu ini... terima kasih ye :')~
Cinta itu bermula dari hati. Andai hati itu ikhlas, cinta yang terzahir akan terbina dengan penuh kasih sayang dan ketulusan. Namun andai cinta itu terbina atas nafsu sendiri tanpa kawalan diri, pasti ia akan hancur lalu lebur dalam kekecewaan. Untuk membina cinta itu, "hati-hati" perlulah disemai dan dibajai dengan benih mahmudah dan atas keredhaan Tuhan semesta 'alam.
Cinta usah terlalu ditagih dan diharapkan, jangan pula
terus dibuang dalam kehidupan Kerana cinta
itu fitrah naluri setiap insan, sambutlah ia bila sudah hadirnya keredhaan Tuhan.
Hari ini 22 Muharram 1433H dan untuk pengetahuan semua bloggy di luar sana, saya dilahirkan pada 18 Muharram 1405H. Sebahagian Ulama mengatakan bahawa sesungguhnya Allah telah menciptakan langit dan bumi pada hari Ahad. Maka barang siapa yang hendak membangunkan sesuatu atau menanam, maka hendaklah pada hari Ahad.
Zikir Hari Ahad:
يَا حَيُّ يَا قَيُّوْمُ
~Memperolehi harta yang banyak dan keberkatan sepanjang hidup kita. Moga kita semua sentiasa dirahmati dan berada di bawah rahmatnya.
Pejam celik pejam celik sudah hampir di penutup
Disember berakhirnya tahun 2011.
Masih banyak perancangan yang berlegar-legar di
fikiran saya dan ada yang sudah diselesaikan dan ada yang masih menunggu untuk
dilaksanakan. Setiap apa yang saya lakukan semuanya dari keputusan saya sendiri.
Dan pasti masih meminta pandangan dan pendapat dari insan-insan yang saya
sayang, masih sudi duduk dan bangun bersama saya.
Masih meneruskan Plan A dan
Plan
B
tersorok jauh. Insyaallah jika tiada apa-apa kekangan Plan A masih
diteruskan. Doa dan doa. Dia tahu mana yang terbaik untuk hambanya. Jangan
sesekali mengeluh dan putus asa sebaliknya berlapang dada dan bersedia menerima
setiap apa yang datang. Insyaallah DIA tahu yang terbaik buat saya.
Ada sesetengah perkara saya terpaksa lepaskan.
Ia bergantung kepada kemampuan saya. Saya doakan yang terbaik untuk kalian di
luar sana. Doakan saya juga ya!
Sometimes you'll never know the true value of
a moment until it becomes a memory.
No comments:
Post a Comment