Thursday, December 29, 2011

Cinta...

Assalammualaikum & Hai semua....




Berteleku sejuk sekujur badan di dalam selimut membalut diri. Sayup-sayup azan Isyak berkumandang dari luar tingkap kedengaran. Takbir laungan mengagungkan Ilahi mengajak manusia sujud kepada Yang Esa. Waktu itulah juga mata ini terasa berat yang amat. Hampir terkatup mata dihempap rasa mengantuk yang tetiba hadir tanpa diundang. Mulalah bisikan-bisikan itu mula kedengaran.
" Tidurlah sekejap, bangun waktu malam nanti je"
"Alah.. waktu Isyak kan panjang,.musim sejuk kan.. apa salahnya tidur bukannya tak sembahyang nanti"
Oh, lenanya dibuai bisikan itu. Dan....  
Indahnya Perkenalan Jika Disulamkan Keikhlasan... Moleknya Persahabatan Andai Setia Dipertaruhkan... Dan Untungnya Berkawan Jika Berkekalan Untuk Selamanya... 
cinta…..satu perkataan yang mudah dilafaz, tapi sukar untuk dihayati…cinta adakala mendatangkan kegembiraan dan adakala mendatangkan kesedihan…aku redha kerana cinta adalah permainan hidup ada pahit dan manis….walaupun hati ini sering terguris kerana cinta.

Pernah tak berada di dalam satu situasi di mana kita kena untuk terus attach & stick kepada sesuatu walaupun jauh di dasar hati kita tahu, ada sesuatu yang akan buat kita tidak lagi mampu stick untuk selamanya. Mungkin sebelum ini kita percaya setiap benda, setiap perkara even setiap manusia itu mampu berubah dan pasti lah kita semua menanti kan sesuatu yang lebih baik tapi jika dalam satu masa itu masih sama tetapi kita tetap mampu bertahan, percaya lah itu semua sebab kita masih mengharapkan perubahan berlaku. mungkin kerana kasih, kerana minat, kerana impian, kerana budi. 

Jauh di dalam hati kita letakkan harapan & percaya & ingin kan semua nya mampu &boleh berubah boleh di ubah. tetapi akan sampai satu masa hilang segala rasa suka itu, rasa attach itu. sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui. DIA mengetahui sesuatu yang baik & buruk untuk kita, sesuatu yang kita harapkan & sesuatu yang kita terkilankan. DIA Maha Mengetahui apa yang jauh tersimpan di dalam hati hamba hamba NYA & DIA sentiasa bersama hamba hamba NYA yang berusaha & yang meminta petunjuk dari NYA. jadi, bila Allah dah letak kan titik noktah kepada sesuatu itu, jangan lah kita terlalu menangisi apa yang pergi apa yang hilang. bukan kah Allah pencipta kita? DIA jauh lebih mengetahui apa yang terbaik buat kita semua. percaya lah dengan setiap apa yang berlaku ada hikmahnya. dan hikmah nya terlalu indah. kenapa kita nak menolak sesuatu hanya kerana rasa yang sementara padahal kadang kadang kehilangan sesuatu itu lah yang terbaik buat kita walaupun bukan di dunia tapi yang lebih penting itu di akhirat kelak. Allah Maha Mendengar. Katakan apa sahaja dengan NYA. Hati semakin tenang. Kadang kadang kita terlalu menangisi sesuatu apabila hilang dari kita sebab kadang kadang kita terlalu lambat untuk tersedar dengan hikmah yang bakal kita rasai kemudian nya. jadi langkah terbaik ada lah sentiasa meminta petunjuk Allah dalam apa jua sekalipun.

Setiap langkah kehidupan, setiap masalah, setiap dugaan, keinginan masa depan mahupun mengenai perhubungan sesama manusia. Insya Allah. moga ada jalan terbaik buat kita semua. pengalaman hidup setiap hari mengajar aku menjadi lebih kuat & tabah & tenang. sekarang aku semakin jelas dengan apa yang aku mahupun dalam hidup ini. Alhamdullilah. semoga Allah sentiasa bersama kita semua.

Insya Allah.
" Bila Allah letakkan titik noktah kepada sesuatu dalam kehidupan kita, redha kan. Relakan. Bisikkan pada hati, belum tiba masanya lagi dan Allah telah pun merencanakan sesuatu yang jauh lebih indah buat ku "

Salam kasih & sayang buat semua... :)

No comments:

Post a Comment