Sunday, January 8, 2012

Melihat dan tengok

Assalamualaikum wbt

Saya tak pasti virus apa yang berleluasa kini tapi yang pasti, sejak tiga hari lepas, andai saja saya ada masa terluang ketika menghadap laptop, saya akan membuat tiga perkara ini:

1) Melihat-lihat gambar kahwin orang lain. Serius tak ada kerja betul saya ni. Yang cantik-cantik tu akan buat saya tersenyumlah. Lepas itu, boleh pula mengomen itu ini seorang diri pada apa-apa yang tidak kena pada pandangan mata saya. Solekan tak comellah. Baju ketat sangatlah. Hihi.

2) Membelek set-set pelamin yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Kebanyakannya jenis panel. Sanggup tu saya meninjau dari satu website ke website yang lain. Bukan hendak buat apapun. Tengok saja. Lepas tu teruja seorang diri. Lepas tu macam ada sedikit berangan-berangan. Kalau boleh mahu pelamin yang macam buaian. Ngeeee~

3) Melihat hiasan hantaran kahwin dan barang-barang yang biasa dijadikan pilihan hantaran dewasa kini. Ini agak subjektif sebenarnya. Sebab citarasa semua orang adalah berbeza. Ada yang suka hantaran yang kompleks. Yang sarat gubahannya. Kalau saya, saya suka yang ringkas. Cukup sekadar ada bunga segar sebagai hiasan pada setiap dulang itu. Boleh begitu? Barang hantaran pun satu hal lagi. Set minyak wangi, kasut, beg tangan semua tu adalah terlalu biasa dan saya tak pakai semua tu. Boleh tak kalau dibuat kelainan dengan memberikan/diberikan iPhone4 ke, Canon EOS 7D ke. Tapi untuk saya, cukuplah sekiranya diberikan sebuah EOS 5D Mark II full-frame DSLR. Firmware v2.2.1 berwarna UNGU. I mind you. Ungu tu. Mana nak cari =p Paling tidak pun, sehelai jubah hitam bersulam benang silver di lengan SAIZ SAYA. I mind you sekali lagi. Mana nak cari saiz saya ni sekarang kerana adakah badan yang semakin mengecil. =p

Dan bila saya fikir-fikir semula, buat apa saya buang masa melihat semua ni. Bukannya nak kahwin pun lagi. Serius buang masa, kamu tahu. Sebab semuanya cantik-cantik dan akan mendatangkan rasa keterujaan yang tinggi di lubuk sanubari.

Disebabkan sangat acap melihat gambar kahwin, mimpi di malam hari pun terbawa-bawa segala keterujaan ini.

“White-cream… Simple yet very sweet.”




~This piccas taken semasa menunggu boss d function semalam~

1 comment: