Tarik
nafas. Hembus. Mari belajar sifat Rasulullah s.a.w. Mari belajar sifat
bersabar.
Masa berlalu dan tahun berubah.
Tanpa saya sedar.
Entah
Sejak bila saya berubah perlahan-lahan.
Daripada seseorang yang suka marah dan mudah mempamerkan kemarahan, saya jadi manusia yang suka pendam perasaan.
Pendam kemarahan. Mungkin sejak saya mengenali erti dunia sebenar..

Tepuk-tepuk
dada, sambil kata,
‘Tahan Izzati, Allah tengah uji kau ni.’

Mungkin juga dengan seiring pertambahan usia saya sudah menjadi semakin pemalu.
Malu mahu mempamerkan kemarahan seperti perasaan malunya membuka aurat di
khalayak ramai.
Satu kejayaan peribadi apabila dewasa ini, pada saat api marah memercik-mercik menguji tahap kesabaran, saya ukir senyuman seorang diri sambil tahan perasaan. Seperti nasihat orang-orang yang terlebih dahulu makan garam. Kata mereka. Tiada guna marah-marah. Hanya akan memburukkan keadaan, membuatkan orang lain tertekan dan akhirnya diri sendiri yang terbeban.
Kemarahan saya lewat ini, saya sembunyikan dengan air mata yang turun sampai bengkak mata. Selepas turun air mata, serta merta saya lega. Dengan izin Allah, saya tidak akan ambil hati atau simpan rasa marah-marah lama-lama. Mungkin, saya akan kelihatan dingin dan annoying dalam sesuatu tempoh masa. Saya menjauhkan diri bukan kerana saya benci. Saya cuma sedang memujuk hati. Berikan saya sedikit ruang dan masa. Jika sudah mengenali siapa saya yang sebenarnya, mereka akan tahu saya ini takkan lama marahnya.
Malah saya boleh bergurau, ketawa dan senyum seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.Bukan lakonan tetapi itulah curahan perasaan positif yang Allah berikan. Hati saya hati hitam berkarat tetapi mujurlah Allah menganugerahkan saya sifat pelupa akal tak lekat. Mungkin, inilah hikmahnya. Saya terlupa saya ‘sakit’. Saya terlupa saya sedih. Saya terlupa saya marah. Yang saya ingat, rasa kasihan, rasa sayang, rasa kasih.Selalunya rasa-rasa ini akan mendahului rasa marah saya. Alhamdulillah.
Untuk hari-hari yang lalu sehingga hari ini, setakat itu sahajalah marah saya. Mudah-mudahan ada kelansungan dalam mempertahankan kesabaran. Mana tahu jikalau Tuhan mahu menguji lagi. Dihantar-Nya kepada saya sekumpulan manusia yang mencuba mendidihkan darah saya. Sengaja Allah mahu lihat, saya akan menggila memaki hamun atau diam-diam tahan sabar dan senyum macam gula-gula.
Mampukah saya?
Tiada manusia sempurna.

Kita manusia biasa.Kita bukan Malaikat. Kita berhak marah. Tetapi, jangan
terlupa, kita juga berhak bahagia. Bagaimana mahu bahagia jika dalam hati ada
rasa marah dan dendam? Kita berhak sedih tetapi kita tidak berhak untuk
melaknat. Yang menghukum atau memberikan balasan itu kerja Dia. Kerja kita,
menerima ujian, merasai kemarahan, mempraktikkan kesabaran, memaafkan dan
kemudiannya melupakan.
Tak payah dan tak mudah kerana kebanyakan kita tidak berjaya di frasa
‘memaafkan dan melupakan’. Tetapi , cubalah. Mudah-mudahan amalan dan usaha
sekecil ini, dinilai Tuhan dengan sebesar-besar rahmat dan keredhaan.
Jika mereka menyanyi begini.
‘Aku maafkan kamu. Tak perlu kita bertemu. Cukup kau tahu, yang aku maafkan
kamu. Tolong teruskan hidup. Jangan sebut namaku.’
Saya pula akan menyanyi begini.
‘Aku maafkan kamu. Jumpa lagi nanti. Kan kuberikan senyuman paling manis paling
menawan. Sebagai tanda aku sudah meneruskan kehidupan, sudah memaafkan dan
sudah melupakan. Semoga masih sudi menyebut namaku dalam setiap doa dan
harapanmu kepada Tuhan'
Jangan biarkan kebiadaban mereka memusnahkan kesopanan kita.
Kita sopan. Mereka segan.
Kita sopan. Mereka segan.
Kalau mereka ada perasaan.
Untuk diri sendiri dan hati-hati yang mahu menerima.
Sebelum menghamburkan kemarahan, mari kita berfikir sejenak. Adakah marah kita itu akan semakin membaikkan keadaan atau akan semakin memburukkan keadaan?

Kita ada dua pilihan.
Diam atau ucapkanlah kebaikan.
Diam atau ucapkanlah kebaikan.
Ada
yang ditakdirkan memberi, jangan minta balasan.
Ada pula yang ditakdirkan menerima dan mengajar yang lain erti kesabaran.
Itu lumrah kerja berkumpulan dan dunia itu berputaran.
Belajar terima kenyataan.
Jangan marah.
Jangan tertekan.

P/S:
Awan, andai dapat kusentuh maka
saktilah hamba.
(Ramlee Awang Mursyid)
Sudah lama tulis dan letak dalam draft, hari ini saya publish
selepas berbual dengan Nunul. Dia mengingatkan kembali 'kegarangan' saya suatu
masa dulu,semasa zaman kanak-kanak hati batu.
Wassalamualaikum w.b.t.
No comments:
Post a Comment