Tuesday, November 8, 2011

Coretan buat ayah

Assalamualaikum wbt… Rindu sangat seoranga lelaki ini yang sangat bermakna dalam hidup Nur Izzati Shafii...
 
 
Salam buat teman-teman di luar. Salam dari bait-bait kata yang mungkin tidak bisa diluah melalui hati. Salam indah melalui kalam CintaNYA yang cukup indah untuk diluahkan. Tidak sekalipun terlepas dari satu nikmat dan hikmah yang bisa kita ambil walaupun setiap detik yang berlalu. Dan perjalanan ini ku rasakan masih panjang pada setiap yang langkah yang di tuju, yang mungkin kadang kala terasa tidak mampu di teruskan lagi. Baik-baik, cukup di sini dahulu, simpan sahaja nun di sana di sudut hati yang mungkin akan diungkapkan satu hari nanti.
 
Alhamdulillah, selama hampir 27 tahun saya hidup. 11 hari lagi umur saya akan meningkat 27 tahun 1bulan. Terima kasih Tuhan, Kau hadirkan seorang insan yang sangat bermakna dalam hidupku. Yang sentiasa ada dalam keperihan peluh dan keringat membesarkan saya sehingga kini walaupun tidak seberapa dapat saya membalasnya. Terima Kasih ya Tuhan,untuk setiap saat pengampunan yang KAU berikan. Kesihatan dan rezeki yang melimpah ruah. Ya Tuhan, ampunikanlah dosaNYA. Redhakanlah setiap perjalanannya. Kau jadikanlah diriku anak yang solehah yang bisa memberikan berlimpahan rahmat dan pahala buat ayah tercinta.
 
Setiap nasihat dan mungkin kadangkala kemarahan yang terbit dari hatinya membuatkan saya sedar sehingga kini dan di mana pun saya berpijak tetaplah ia selalu diingatan. Terima kasih ya Tuhan sehingga kini saya dapat merasai kasih sayang seorang lelaki bergelar ayah.
 
Salam kasih dan sayang buat ayahanda tercinta, SHAFII MOHAMAD. Rahmatilah dia ya ALLAH, Redhailah DIA. Moga setiap perbuatan dan tingkah lakuku bisa membuat dirinya bahagia dan keredhaan dariMU untuknya.
 
Terima kasih ayah kerana ayah tak pernah mengeluh membesarkan Ti selama ini walaupun banyak liku-liku perjalanan Ti yang ayah sama-sama harungi bersama anak nakal mu ini.  Ayah, Ti sangat sayang ayah dan Ti doakan ayah sihat sokmo ye!  Ti takmo buat ayah menangis lagi, cukuplah kegagalan Ti dulu buat ayah & mama tak tidur malam memikirkan akan hal yang berlaku dalam kehidupan Ti....
Jumpa lagi ya :’)  & saya sangat menyayangi AYAH saya!!

4 comments:

  1. Kamu seorang anak yg baik Nur Izzati..

    ReplyDelete
  2. bismillahirrahmanirrahim....semoga ayah cik izzati sihat walafiat dan senatiasa dilindungi Allah ta'ala...

    ReplyDelete
  3. Salam sayang... Iris bangga Izza ada seorang ayah yang sangat murah dengan senyuman, sangat baik dengan semua orang... Kawan2 seangkatan yang bekerja di bawah 1 bumbung dengan Izza kate... ayah Izza seorang yg sangat baik dan rapat dengan anak2 buah walaupun ayah Izza seorang ketua dalam salah sebuah jabatan kerajaan..org penting tuu...upps!! Izza marah bgthu dia anak sape,,heheh

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah, kalau semua anak kat dunia ni macam cik iz takda kita dengar orang tu yang terinayakan.

    ReplyDelete