"When Allah tests you, It is NEVER to destroy you, When He removes something in
your possession, It is (only) in order to empty your hands, for an even GREATER
gifts ! - Ibn Al-Qayyim-
"
Note : Tiap yang berlaku pasti ada hikmahnye .
Trust it !
^__^
Bicarakan hidup pada titik takdir yang dilalui
tidak mungkin menjadikan seorang itu mudah untuk berpatah semangat.
Sedangkan semangat yang pernah dipupuk dulu sebenarnya tidak pernah
pudar cuma sesekali hilang entah kemana. Saya menulis berdasarkan pengalaman
hidup yang semakin mematangkan diri.
Menulis juga membuatkan saya sedar
bahawa,tiap-tiap coretan hidup yang dihadapi tidak akan lenyap walaupun tidak
ditulis melalui penulisan seperti ini. Namun, kata orang jika hanya kata sahaja
tapi tidak terlahir daripada perbuatan itu hanya sekeping kertas
kosong yang tiada makna apa-apa.
Saya percaya takdir dan penceritaan hidup kita
berbeza. Tiap saat dan ketika Allah pasti menguji kita, samada dengan kesenangan
dan kesusahan yang dilalui. Cuma tanya pada diri kita adakah setiap hari kita
diuji,dan adakah setiap hari Allah berbicara dengan kita?
Saya yakin, saat ini Allah sedang berbicara
dengan saya erti kesabaran dan semangat yang tidak pernah putus asa. Saya tahu
saya punya semua itu, dengan percaya kepada Dia bahawa tiada sesuatu pun di
dunia ini yang sia-sia selagi mana kita tahu siapa kita dia sebalik makna
hambaNya.
Setiap hari,apabila bangun sahaja dari tidur,
itulah hari yang beruntung,kerana kita masih lagi diberikan peluang dan
kesempatan untuk memperbaiki diri kita. Maaf saya katakan,jangan pernah bilang
semua yang jadi itu takdir,selagi mana kita sendiri sukar memahami dan tidak
mengerti apa sebenar maknanya.
Walaupun apa jua takdir hidup yang dijalani,
tidak pernah saya lupa bahawa keikhlasan dan kejujuran untuk setiap tindakan
yang dilakukan itu begitu penting. Dan kini saya tahu,kita masih berpijak di
bumi yang sama.
Nota kaki: Oh ya, saya nampak awan biru di sana! :')
No comments:
Post a Comment