Tuesday, November 29, 2011

Saat ini..


Saat ini ketika ini saya memang benar-benar rasa dalam kesedihan. Tak tahu kenapa hati ini terasa begitu sayu. Seolah-olah seperti orang yang putus cinta lagaknya. Cinta yang putus ditengah jalan. Cinta yang dihampakan oleh sang jejaka. Hati pulak suka nak melayan perasaan macam ni katika ini.  Padahal tak pulak saya putus cinta..atau diputuskan cinta “-“

Kenapa hati ini tidak gembira seperti pasangan yang bercinta. Penuh dengan bunga-bunga. Sentiasa tersenyum dan ceria sepanjang hari. Bagaikan tak sabar untuk berjumpa sang kekasih hati. Hidup dalam penuh keceriaan. Bergurau senda, senyum tawa, merajuk dan pujuk memujuk. Tetntunya hati sang dara terasa bahagia sekali kan...

Bagaimana untuk saya melenyapkan perasaan murung saya ni???  Dari dulu lagi memang sifat saya yang satu ni tak boleh saya hilangkan. Akan ada masa dan ketikanya saya akan berasa sedih, dan rasa macam nak menangis. Seorang sahabat berkata pada saya, saya ni terlalu memendam sampai satu tahap inilah yang akan berlaku. Bila mana sesuatu itu tak dapat ditahan lagi maka airmata sahaja yang akan keluar. Betul ke??? Entah la saya pun kurang pasti. Mungkin ada benarnya...Mungkin hati saya tak cukup kuat untuk menghadapi segala dugaan yang Allah berikan. Mungkin juga saya dah jauh dariNYA...

Insya Allah....apa yang Allah turunkan tu pasti bersebab. Allah Maha adil. Dia tahu kenapa semuanya terjadi.

Sejak balik dari outstation, kerja datang dengan banyaknya, seakan takde masa untuk diri sendiri.  Keluar kerja gelap n balik kerja pun gelap…menyusuri perjalanan yang berliku dan sangat memerlukan kesabaran…ermmmm dah menjejaki jam 6:00 pagi rupanya. Harus persiapkan diri untuk berperang.

Tanpa disedari sebenarnya kemanisan itu telah dirasai. Cuma sedar atau tak jer...Malam tadi baru terasa. Insya Allah kalau kita tabah akan dapat hasilnya.

Ya Allah....ampunkan dosaku..
Salam kejauhan & kasih sayang,
Kuala Lumpur ~ Johor Bharu ~ Singpore…perjalanan ini yang membuatkan hati saya sangat kucar kacir

1 comment:

  1. Salam...

    Setiap orang akan melalui saat2 kesunyian atau kesedihan bila tiada org yg disayangi atau dicintai atau pasangan disisi.tetapi bukan kerana putus cinta saja. Ini adalah kerana diri ini sunyi atau beban dibahu yang tidak tertanggung atau rutin yang tidak pernah surut.
    Saat untuk diri sendiri tiada langsung dan ketika sedang atau adanya saat waktu terlauang antara waktu yg boleh berfikir sejenak atau br terasa diri ini tiada kehidupan lain yg membahagiakan selain dari kerja... kerja... kerja... Kiranya agak kebosanan dan tiada cabaran atau kegembiraan sendiri yg dpt mewarnai hidup. Termasuk diri ini. Yang penting diri sendiri hendaklah gembira. Kalau tidak gembira apa gunanya... kann... tetapi insyallah jika berusaha untuk kebahagiaan kita... insyallah suatu hr nanti kita akan memperolehinya hanya masa dan Allah saja yang tahu bila masanya.
    Bersabarlah untuk kebahagiaan itu moga kita dapat kebahagiaan yang sejati yang amat2 kita inginkan sejak azali.
    Yang penting... Usaha, sabar, tawakal dan berdoa dariNYA... insyallah akan tercapai...

    Wassalam

    *setaiap org melalui situasi hanya sedar atu tidak sj. SENYUM TAK PERLU KATA APA2... ahhha

    -reeneszniy-

    ReplyDelete