Kereta laju
menyusuri jalan raya yang kadangkala lengang, kadangkala sesak....KLIA here we go... Sepasang mata
merenung ke arah cermin kereta. Perjalanan masih jauh untuk sampai ke
destinasi. Fikiran mula melayang-layang, mula memikirkan sesuatu apabila
melihat ramai manusia tergesa-gesa bagaikan mengejar sesuatu, sesuatu yang
tidak dapat dilihat.
Manusia kadangkala leka, terlalu leka mengejar nikmat dunia macam mereka hidup selamanya. Dosa pahala tidak diambil berat, seksa azab neraka tidak lagi digeruni, asalkan hidup mereka senang, itu dah cukup. Mereka seolah-olah terpedaya pada dunia, pentas ciptaan mereka sendiri. Nafsu dibiarkan menjadi kompas kehidupan. Syaitan ditabalkan menjadi raja di hati dan juga jiwa. Lalu tanpa rasa bersalahnya, mereka mengejar dunia yang penuh dengan debu dosa ni. Persoalannya, ke arah mana halanya nanti bagi insan-insan ini? Persoalan yang hanya dibiarkan lalu hilang ditiup angin yang berpusu-pusu masuk ke dalam kereta. Hurm
Salam Maal Hijrah 1433H semua, walaupun agak lambat diucapkan... Perjalanan yang masih jauh. Semoga Allah merahmati, meredhai, dan memberkati setiap langkah kaki yang melangkah di muka bumi ini. Semoga Allah tidak pernah jemu memberi hidayah kepada semua hambaNya dan semoga kita tidak pernah berhenti untuk berubah menjadi hamba Allah yang baik di sisiNya. Amin Ya Allah
Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan kejahatan, maka dia menjauhinya. (Hadis Riwayat Ahmad)
Manusia selalu mencari kesempurnaan dalam hidup sehingga kehilangan permata yang bernilai dalam kehidupannya. Manusia mengejar kesempurnaan sehingga permata yang menjadi miliknya terlepas daripada dakapannya tanpa dia sedar. Kadang-kadang manusia mengherdik, menghina dan mencaci permata yang dimilikinya dengan sewenang-wenangnya demi kaca yang belum pasti menjadi miliknya. Manusia juga memandang sebelah mata dengan permata yang sedang berkilauan menerangi hidupnya dan memandang gah pada kaca yang nampak seperti permata tetapi bakal melukakan dirinya suatu hari nanti. Namun apa yang pasti, manusia itu akan belajar menghargai permata itu apabila permata itu sudah hilang daripada pandangannya
Tidak perlulah terlalu mencari kesempurnaan jikalau tidak mampu menanggung penyesalan di kemudian hari. Walau macam mana pun keadaan seseorang itu, nilailah dengan hati bukan rupa kerana dia juga manusia yang punya hati dan perasaan. Terimalah dia seadanya. Belajarlah menghargai sebelum kehilangan bukan sudah kehilangan baru mahu menghargai kerana saat itu, mungkin semuanya sudah terlambat.

No comments:
Post a Comment