Setiap orang pasti mendambakan
pasangan yang idaman yang sempurna. Entah sempurna itu dilihat dari segi akhlak
mahupun paras ataupun kriterianya yang lain
Orang cantik takkan habis
menghiasi dunia. Orang tampan pun akan sentiasa ada. Anak-anak yang comel akan
membesar menjadi manusia dewasa yang menarik, cantik dan tampan. Walaupun tak
menggoda, ada sahaja hati yang akan tergoda melirik, bahkan menginginkan.
Walaupun telah ada seseorang yang setia mendampingi
Cinta datangnya dari hati
kerana cinta berkaitan keserasian hati dua insan. Ketika kita telah menemuinya,
maka jagalah dengan berusaha sekuat hati. Jagalah hati pasanganmu. Jika kita
inginkan jodoh terbaik maka jadilah yang terbaik kerana jodoh itu sebahagian
daripada kita
Allah akan berikan pasangan
yang terbaik kepada hambannya, walaupun kadangkala tidak sama dengan doa yang
dipanjatkannya.
Apa alasan Allah sebenarnya?
kerana : “Adalah lebih baik jika Aku
memberikan kepadamu seseorang yang Aku tahu dapat menumbuhkan segala ciri –
ciri yang engkau cari selama ini daripada membuat engkau membuang waktu mencari
seseorang yang sudah mempunyai semua kriteria yang kamu inginkan itu.
Pasanganmu akan berasal dari
tulang dan daging kita sendiri , dan kita akan melihat diri kita sendiri di
dalam dirinya dan kita berdua akan menjadi satu. Pernikahan adalah seperti
sekolah, suatu pendidikan jangka panjang. Pernikahan adalah tempat dimana kita
dan pasangan kita akan saling menyesuaikan diri dan tidak hanya bertujuan untuk
menyenangkan hati satu sama lain. Tetapi untuk menjadikan kalian manusia yang
lebih baik, dan membuat suatu kerjasama yang solid.
Aku tidak memberikan pasangan
yang sempurna karena engkau tidak sempurna. Aku memberikanmu seseorang yang
dapat bertumbuh bersamamu.
“Boleh jadi kamu
membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu
menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu
tidak mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 216)
Suatu pernikahan seharusnya
membuat hati tenang selama qanaah menghiasi hati. Apa ertinya ucapan, “Aku
meminangmu kerana agamamu…” jika ternyata setiap makhluk cantik yang boleh
membuat mata seorang suami melotot. Apa ertinya ucapan, “Aku menerima
pinanganmu kerana agamamu…” jika masih mengagumi ketampanan atau harta benda
yang dimiliki lelaki lain.
Tiada manusia yang sempurna.
Jika suatu pernikahan itu syaratnya harus membuatkan orang sempurna, maka
mungkin tidak ada pernikahan yang berjaya di dunia ini. Ketidaksempurnaan
pasangan tidak harus menjadikan alasan dalam pernikahan. Banyak hal di dunia
ini yang tetap boleh berjalan walaupun tak sempurna. Bahkan kesempurnaan tak
pernah menjamin kebahagiaan.
Jika telah ada seseorang yang
mendampingimu, maka ialah yang terbaik. Jika “milik” orang lain nampak lebih
baik, yakinlah bahawa itu bukan yang terbaik untukmu, kerana memang Allah tidak
menaqdirkannya untukmu. Jika Allah telah takdirkan, jagalah semampumu.
Dunia ini hanya ujian,
bersabarlah.
Jika kita mencintai seseorang
jagalah hatinya..
Jangan pernah kita sakiti
hatinya
Rawatlah hatinya dengan cinta
yang ada di dalam hatimu..
Siramlah dengan air asmara jika
hatinya kering
Cinta tidak akan abadi jika
diantara kita
Tak memiliki rasa perhatian dan
pengertian
dan Cinta akan hancur
Jika kau panah dengan busur ego
dan cemburu mu..
Jagalah hati pasangan kita
masing – masing
Dengan seluruh jiwa ragamu bila
kita benar2 mencintainya
dan cinta juga boleh memberikan
semangat..
Tapi cinta juga boleh
menyakitkan bila menusuk hati..
bahkan sakitnya melebihi tubuh
yang tertusuk pisau..
kerana cinta telah
menyembunyikan pisaunya..
janganlah sekali – kali engkau
bercinta bila kau tidak tahu apa erti cinta yang sesungguhnya..
kerana jika kau tidak tahu apa
erti cinta yang sesungguhnya,
maka bukan cinta abadi yang kau
dapatkan..
melainkan hanya sakit hati yang
mendalam yang kau dapat.
Kerana cinta itu hanya
kebahagiaan sesaat
apabila kau tak tahu erti cinta
yang sesungguhnya..
Memang kadangkala bunga
ditaman sebelah itu kelihatan lebih indah… tetapi sebenarnya bunga ditaman
sendiri itu lebih berharga.. Jagalah bunga yang telah kita miliki janganlah
disia-siakan ia kerana kita akan sangat menyesal ketika kita telah kehilangannya…
No comments:
Post a Comment