Monday, November 7, 2011

Hati berkata

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Salam to all readers~ =) 


Pesanan buat Adam

senyumriang:


Jangan gurau sebarangan dengan hati perempuan. Mungkin nampak teguh, tapi hakikatnya hati ini mudah terusik.



Jangan menyentuh jika tidak berniat mahu memetik

Alhamdulillah syukur pada Dia yang masih lagi meminjamkan kita secebis nyawa yang masih lagi singgah di jasad kita.

Terima kasih Tuhan, tidak putus-putus saya panjatkan untuk setiap yang terjadi. Banyak pengajaran yang saya pelajari. Sungguh benar,kita hambaNya memang layak di uji, berdepan ujian menambahkan kesyukuran kepadaNya jika kita tahu bagaimana mendepaninya.Syukur itu bukan hanya di bibir,namun bagaimana lahirnya melalui perbuatan kita.

Apa yang cuba saya coretkan di sini adalah seringkas manapun apa yang kita lakukan. Ia perlulah lahir dari hati yang ikhlas. Perjalanan hidup kita esok tiada siapa yang tahu, kita sendiri sudah tentu tidak dapat menduga. Terima kasih Tuhan, untuk setiap arah kompas saya sehingga kini ia memberi seribu makna buat saya.

Sungguh benar rahmatMu meluas,bertebaran di bumi yang tandus namun ditapisi dengan buih-buih iman di hati untuk penghuninya yang tahu makna hakiki. Dan Alhamdulillah,saya kini melangkah sebagai wanita yang punya tanggungjawab di bumiNya.

Doaku ya Tuhan,peliharanya kedua ibu bapaku, ahli keluarga dan kaum kerabatku, sahabat handai dan mereka di sekelilingku. Payungi mereka dengan hidayahMu . Sungguh saya tidak sabar untuk berbuka puasa di akhir-akhir ramadhon bersama keluarga.

Saya berhenti dulu di sini.

Nota kaki: Diri ini tidak dijadikan hanya kerana sia-sia.  Hamba insan yang lemah yang layak diuji.Berdepan ujian menambah kesyukuran.Kerana ada yang masih sayang.Lantas bahagia tidak seiring amarah. Mengejar redhaNya di penghujung doa

No comments:

Post a Comment