Sunday, January 8, 2012

Assurance & Trust

Assalamualaikum wbt

All that a woman wants is an assurance. The rest comes later. Unlike women, all that a man wants is a trust. The rest will be simple. If they both give and take, harmony is their rhyme.

Note: I’m a woman. And so I do.

Melihat dan tengok

Assalamualaikum wbt

Saya tak pasti virus apa yang berleluasa kini tapi yang pasti, sejak tiga hari lepas, andai saja saya ada masa terluang ketika menghadap laptop, saya akan membuat tiga perkara ini:

1) Melihat-lihat gambar kahwin orang lain. Serius tak ada kerja betul saya ni. Yang cantik-cantik tu akan buat saya tersenyumlah. Lepas itu, boleh pula mengomen itu ini seorang diri pada apa-apa yang tidak kena pada pandangan mata saya. Solekan tak comellah. Baju ketat sangatlah. Hihi.

2) Membelek set-set pelamin yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Kebanyakannya jenis panel. Sanggup tu saya meninjau dari satu website ke website yang lain. Bukan hendak buat apapun. Tengok saja. Lepas tu teruja seorang diri. Lepas tu macam ada sedikit berangan-berangan. Kalau boleh mahu pelamin yang macam buaian. Ngeeee~

3) Melihat hiasan hantaran kahwin dan barang-barang yang biasa dijadikan pilihan hantaran dewasa kini. Ini agak subjektif sebenarnya. Sebab citarasa semua orang adalah berbeza. Ada yang suka hantaran yang kompleks. Yang sarat gubahannya. Kalau saya, saya suka yang ringkas. Cukup sekadar ada bunga segar sebagai hiasan pada setiap dulang itu. Boleh begitu? Barang hantaran pun satu hal lagi. Set minyak wangi, kasut, beg tangan semua tu adalah terlalu biasa dan saya tak pakai semua tu. Boleh tak kalau dibuat kelainan dengan memberikan/diberikan iPhone4 ke, Canon EOS 7D ke. Tapi untuk saya, cukuplah sekiranya diberikan sebuah EOS 5D Mark II full-frame DSLR. Firmware v2.2.1 berwarna UNGU. I mind you. Ungu tu. Mana nak cari =p Paling tidak pun, sehelai jubah hitam bersulam benang silver di lengan SAIZ SAYA. I mind you sekali lagi. Mana nak cari saiz saya ni sekarang kerana adakah badan yang semakin mengecil. =p

Dan bila saya fikir-fikir semula, buat apa saya buang masa melihat semua ni. Bukannya nak kahwin pun lagi. Serius buang masa, kamu tahu. Sebab semuanya cantik-cantik dan akan mendatangkan rasa keterujaan yang tinggi di lubuk sanubari.

Disebabkan sangat acap melihat gambar kahwin, mimpi di malam hari pun terbawa-bawa segala keterujaan ini.

“White-cream… Simple yet very sweet.”




~This piccas taken semasa menunggu boss d function semalam~

Fitrahnya rasa

Assalamualaikum wbt

Fitrahnya epal merah, di saat kita mula menggigitnya, pasti ada sedikit masam yang kita rasa. Tapi tidak lama. Selepas jusnya kita peroleh, yang manis-manis saja kita rasakan.

Saya nekad. Saya mahu terus bertahan dengan rasa masam yang ada. Kerana saya mahu menikmati manisnya epal itu di kemudian hari. DENGAN SEPENUH HATI.

Dan manisnya epal itu, hanya ada pada kamu!

Nota: Salam malam buat semua, esok sudah mula kerja. Sebenarnya, saya tak sabar nak khatam Quran tahun ni =)

Bina Semangat

Assalamualaikum wbt
Malam hari Jumaat yang sangat luar biasa dan lagi beberapa saat melepasi tarikh 9 Disember 2011. Ada rahsia tersimpan di sebalik heningnya suasana. Awal pagi yang sepoi2 bahasa bersama himpunan bintang malam yang hadir dan akan datang lagi suatu hari nanti. Yang telah terjadi kerana Allah telah mengkehendakinya terjadi. Kerana itulah yang termaktub. Moga bertemu lagi dalam janjinya yang lebih indah.
9 Disember 2011
Suasana yang ceria.. Sebulan sudah ianya berlalu :)

Ruz Billaban ~ Mencari Habib albey

Ruz Billaban

Suatu waktu dulu
Aku dilamarmu
Tanda setuju
Kata hati dan aturan tuhanmu

Tertulis di Luh Mahfuz
Akulah bakal isterimu

Telah aku lalui jua
Saat kau datangi hidupku dengan lafaz syahadah
Bekal katamu buat harungi dunia
Juga pasak kehidupan kita berdua
Lalu dengan itu aku terima
Kau datang dengan penuh adanya
Kerana kau suamiku
Habibi jiwa pundak aku letak

Bait kita kau hamornikan
Basah lidah alunan Al-Quran
Harum indah bagaikan di taman khayalan

Cinta kita kau asyikkan
Kenalkan aku lebih dengan tuhan
Aku senang, kerana itulah idaman
Untuk hidup dan mati di atas landasan

Senyummu melerai simpul di hati
Susahmu mendurja sengsara nafsi
Sedihmu membasahi pipi ini
Marahmu mengundang pilu segenap nadi

Lalu aku persiapkan diri
Dengan hiasan muslimah solehah
Agar kau tenang melepas lelah
Kerana aku mendokong syariah
Pendamping tatkala kau senang dan payah

Urusanku kau permudah
Jemuranku kau persudah
Masakanku kau jamah
Demamku kau demah
Sakitku tiada lemah
Kerana pasti akan tersedia
Nasi susu tanda sayangmu
Ruz billaban di sisiku

Tidurmu kudampingkan
Sunyimu kuhiburkan
Jatuhmu kubangunkan
Sedihmu kulagukan
Sakitmu kubelaikan
Dan pasti jua kutanakkan
Ruz billaban
Dingin bertaburan kismis manisan
Buat insan pilihan
Yang sentiasa aku rindukan
Dalam doa dan tangisan

Suamiku Ya Harisan
Ya Habib Albey
Bidadara dunia teman dari Ilahi

*Ruz Billaban bermaksud nasi susu, hidangan Arab Mesir yang disajikan sebagai manisan yang boleh menyejukkan badan. Beras yang dimasak dengan susu ini membuatkan nasinya pekat tapi bukan bubur. Gula dan kismis ditambah sebagai pelazat lidah. Saya mula mengetahui akan ruz billaban bilamana membaca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman Al-Sherazi. Ketika Fahri sakit, Maria menyediakan ruz billaban untuknya. Hati selalu tertanya-tanya bagaimana rasanya ruz billaban. Alhamdulillah. Kunjungan ke suatu tempat itu benar-benar terjadi seperti yang saya impikan. Perjalanan menjejak Ayat-ayat Cinta. Rezeki juga, sempat pula saya bertamu ke rumah cucu keturunan Rasulullah saw, Sheikh Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba'ith, dan dimakbulkan Allah, sempena Hari Asyura, isteri Syeikh menyaji ruz billaban buat tetamu. Sungguh! Hati telah jatuh cinta pada Ruz Billaban. Dalam perjalanan pulang dari sana ke tempat destanasi, saya berseloroh dengan sahabat baik saya, Min, yang saya akan menulis sebuah sajak yang bertajuk Ruz Billaban.

Habibi = Kekasihku
Bait = Rumah
Harisan = Yang Bijak
Habib Albey = Kekasih hatiku ('ami/sebutan pasar)

Nota kaki: Ya Babib Albey, di mana kamu berada... dalam istikharah itu, saya berdoa untuk seorang habib albey.  Tiada yang tidak indah melainkan yang indah-indah belaka, insya Allah.

Malam menemani diri... rindu sangat pada saat dan waktu itu


Dia - Caca feat Chomel


Always put yourself in others’ shoes. If you feel that it hurts you, it probably hurts the other person, too.

Thursday, January 5, 2012

Seutas Tasbih...

Dari sekian orang yang ada, tidak semua dapat memahami apa sebenarnya cinta itu. Cinta sememangnya sesuatu yang susah didefinisikan. Meski pun boleh dirasakan, seringkali sang pemilik rasa pun menjadi ragu, apakah yang sedang dirasakannya itu cinta? Lalu, bagaimanakah ciri seseorang mencintai sesuatu?

Adakah benar bahwa cinta tak harus memiliki. Mari bertanya pada diri sendiri, jika tidak memiliki, bagaimana cara merealisasikan cinta? Bagaimana mungkin cinta itu dapat wujud secara realiti apabila kita sendiri tidak mempunyai hak atasnya?

Cinta pun harusnya berupa keyakinan di hati, dapat diikrarkan oleh lisan, dan di terjemahkan dalam perbuatan. Apabila satu elemen itu tak dapat atau tak mungkin dilaksanakan, maka tak boleh disebut sebagai cinta yang sejati. Ketiga-tiganya harus ada untuk menjadi cinta yang sejati.

Bagi saya cinta antara dua insan, lelaki dan perempuan itu dikatakan sebagai cinta sejati manakala cinta itu terbingkai dalam bingkai suci dan indah, iaitu ikatan pernikahan. Kerana dengan adanya bingkai indah itu, kesempurnaan cinta dapat dilaksanakan. Selain ada di hati (bergetar hati jika disebut nama orang yang dicintainya, dan bertambah cinta bila disebutkan kebaikan dan kelebihannya), juga telah bersedia untuk diikrarkan dengan lisan serta diterjemahkan melalui amalan anggota badan. Itu bererti, bahawa cinta memang harus memiliki.

Jika cinta itu tidak berada dalam lingkungan "memiliki", dalam erti kata tidak berada dalam bingkai pernikahan, maka paling maksimum hanya dapat meyakini dalam hati. Tidak halal untuk berikrar oleh lisan, apatah lagi lebih jauh untuk memimplementasikan melalui perbuatan oleh anggota badan. Bererti, cinta itu tidak boleh dilaksanakan secara sempurna, dengan kata lain bukan cinta sejati.

Terkait dengan cinta kepada lain jenis, tidak perlu mencintai sebelum boleh memiliki. Kerana jika belum atau tidak memiliki, belum boleh melaksanakan cinta itu secara sempurna. Sehingga cinta yang dimiliki, belumlah sejati. Tapi jika berani, ya silakan. Asal siap-siap makan hati.. ^_^

Nota kaki: Saya menghitung hari sebenarnya menanti detik 00:01hours pd 18 January ini yang banyak membawa kenangan yang sangat manis buat diri ini.  Kerana sebuah janji saya masih di sini menanti dia yang semakin menjauh.  Cukuplah sekadar dia tahu saya adalah saya dan saya tak pernah berubah.  Dari kejauhan, saya mohon beribu kemaafan kerana saya tak pernah lari dari khilaf sebagai manusia... :'(




Jam tangan itu... dia tahu begitu saya boleh menjagainya selama mana ia bersama saya... & ketahuilah saya menanti dia...



 

Sunday, January 1, 2012

InsyaAllah

  seorang lelaki yang baik tidak akan terlalu memilih calon isterinya kerana lelaki yang baik selalu....
bersedia memimpin dan menjadi imam kepada sesiapa sahaja calon isterinya, tanpa mengeluh malah selalu berdoa untuk menjadi sehabis baik demi masa depan keluarganya ,
insya-ALLAH

~snapping this piccas from Tokyo, Japan~