Monday, September 19, 2011

Entah sejak bila hati mula pandai berbelah bahagi dan tidak mendengar kepada kata hati sendiri. Degil dan enggan menurut dan membiarkan logik akal menentukan segala tanpa menghiraukan rasa yang semakin hari semakin dipinggirkan. Mungkinkah disebabkan beberapa kali menurut kata hati dan mempercayai hati sendiri sehingga kecewa membuatkan rasional diri digalaskan kepada akal dan minda pula?

Mungkin juga.

Dalam diam sebenarnya dia juga enggan mahu membuka peluang kepada sesiapa mengetuk jiwa yang sudah tepu dengan pemikiran hanya dia sahaja yang tahu. Kepayahan mengolah sendiri tulisan hati, membentuk aksara demi aksara menyedapkan pemikiran dan mengkhayalkan minda dengan kasih sayang buatan adalah sesuatu yang dia sendiri lega dan ketawa girang dengan diri sendiri. Bukan dia hirau segala kata nista yang tidak menembusi dinding tinggi yang dia bina.

Cuma sepanjang dinding yang dibina, ada satu bahagian yang diperbuat dari kaca jernih. Segala kotoran terpalit di situ dan dia duduk menekup diri sambil berharap akan datang hujan yang membersihkan kawasan yang disayangi. Dia mampu menyucikan sendiri cuma dia enggan melihat kepada sesuatu yang mungkin menyebabkan dia hilang sabar dengan sikap sesetengah manusia yang tidak pernah mahu memahami.

Kali ini dia kembali ke meja pertaruhan lagi.
Bertaruh nasib diri.
Meletakkan harga yang tinggi.
Dia tidak perlukan pembeli.
Yang dia mahukan hanya permainan diteruskan kembali.
Melihat sejauh mana kebenaran sebuah hati.


Dah lama tak letak gambar sendiri di ruang ini…~~senyum

"Sayang, kalau bangun pagi dan awak ada di sebelah, itu mungkin satu nikmat yang saya pernah doakan setiap hari"

Masa untuk bekerja.
Bukan untuk diri semata-mata.
Tetapi kepada kepuasan diri dan nikmat gembira.

Mungkin dalam hidup, kita telah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Berusaha dan bekerja kuat untuk mencapai cita-cita. Tapi, jika di akhir perjalanan, kita tidak mendapat apa yang kita mahukan, jangan lupa untuk menoleh ke belakang. Mungkin ada sesuatu yang mencacatkan sebuah impian.

No comments:

Post a Comment