Thursday, September 22, 2011

Perkara yang benar itu mudah

Sebenarnya, dalam hidup ini perkara yang benar itu mudah.

Semudah kita kata kita buang air besar (ala, berak) akibat sakit perut yang menggila. Lepas buang, kita akan puas hati disebabkan perut yang menyucuk sudah sihat kembali. Senyum. Kita suka hati. Begitu juga dengan sesuatu kebenaran yang indah bila kita dapat tahu dan mampu berjalan tegak tanpa ada sekelumit duka.

Begitulah hakikatnya.

Ala, perasaan itu lebih kurang serupa apabila kita dapat berbual dengan kekasih lama tanpa sedikit pun punya rasa, menyindir satu sama lain dengan kisah silam tanpa berdetak nakal si jantung saga dan akhirnya, permasalahan yang pernah timbul hilang begitu sahaja. Sebab kita tahu, itu cerita lama. Cerita kita dan dia sudah tiada. Dah lama mati ditelan masa.

Satu demi satu halaman dibuka.

Masih dalam norma, keperluan itu tidak perlu apabila dihidangkan dengan kenaikan satu demi satu frasa yang buat mata tertancap, telan air liur dan ketuk kembali badan supaya jangan kaku. Ah, perasaan itu boleh diibaratkan, kita menyimpan perasaan yang hebat pada seseorang, tetapi akhirnya kita sedar bahawa dia ada yang punya. Kita tahu selama ini tapi cuba untuk buat tidak endah. Padahal, menyeksa hati sendiri. Batin rasa serupa macam neraka. Panas. Sakit. Ngilu. Tapi tahan sahaja. Kononnya penantian akan berbaloi. Katakanlah semuanya akan berbalas juga. Aneh, itu khayalan bodoh yang tidak terlaksana...

Peneman saya...

Mula-mula kita akan rasa nak hentak kepala.
Lepas itu kita mula membayangkan perkara yang pernah terjadi di antara kita.

Disusuli dengan kenangan yang entah apa-apa : panggilan telefon, kunjungan raya, pesanan ringkas yang panjang berjela, perbualan di hadapan komputer riba selama berjam lamanya dan sebagainya.

Tapi akhirnya, kita akan tersentak dan tahu itu sebenarnya hanya satu aktiviti biasa.
Perbuatan lazim manusia.
Atas nama persahabatan.
Sahaja.

Mata nak merah.
Pipi nak panas.
Bibir nak kering.
Gigi nak ketap.

Mulalah mata nak bergenang air mata. Tahan dari tumpah. Pujuk diri dengan ayat penuh berbunga. Beritahu diri bukan semua benda yang kita mahukan akan dapat seperti yang dihajatkan dalam doa. Mimpi setiap malam itu hanya mainan tidur akibat terlampau memikirkan manusia lain dan bukan diri sendiri yang lebih utama. Kegembiraan yang dinikmati itu hanya sementara - disusun dalam kelopak mata agar tidur malam lebih enak, lebih ceria dan senyuman akan terukir sehingga telinga.

Tapi itulah.
Benda itu imaginasi semata.
Khayalan seperti tarikan dadah yang membawa terbang entah ke mana.
Lebih kurang serupa.

Lepaskan ketawa.
Nafas dihela panjang dan lepaskan ketawa.
Lagi sekali dia hanya mahu hembus keluar tenaga gembira.

Monday, September 19, 2011

Tinggalkan dia...

Dengan nama Allah
Sebaik-baik Pemberi Ganjaran
...

Namamukah yang tertulis di luh mahfuz sana?
Engkaukah yang bakal menemaniku jalan menuju syurga?
Dirimukah yang akan melengkapkan separuh dari agamaku?

Aduhai pria.
Adakah kau yang tercipta untukku?
Jawab pertanyaanku ini.
Jawab!

Kau takkan pernah dapat memberi jawapan
Kerna jawapannya bukan di tanganmu
Tetapi di tanganNya.
Di tangan Tuhan kita; Allah
Tuhanku dan Tuhanmu
Gelisahku memikirkan dirimu
Dan ketakutanku memikirkan Tuhanku
Aduhai pria
Maafkan aku.
Ketakutanku pada Tuhanku melebihi kegelisahanku memikirkanmu

Jemput diriku pabila waktunya tiba
Sebelum sampai saat itu, biarkan aku sendiri bersama Si Dia
Akan kucipta cinta bersama Dia
Sebelum kucipta cinta antara kita
Jadilah dirimu kumbang yang hebat
Dan doakan aku agar menjadi bunga yang mekar

"i've leave him for the sake of Allah"

Sesungguhnya Allah takkan pernah mensia-siakan pengorbananmu sayang
Bilamana kita tinggalkan semua ini kerana Allah semata
Yakinlah!
Akan ada sesuatu yang indah untukmu di pengakhiran nanti

Dan sesungguhnya hari kemudian
itu lebih baik bagimu
daripada yang sekarang (permulaan).

Dan kelak Tuhanmu
pasti memberikan karunia-Nya kepadamu ,
lalu (hati) kamu menjadi puas.
[Ad dhuha: 4 & 5]

Untuk itu
Aku tinggalkan dirimu padaNya

Sesungguhnya
aku bertawakkal
kepada Allah Tuhanku dan Tuhanmu.
Tidak ada suatu binatang melata
melainkan Dia-lah yang memegang ubun-ubunnya.
Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.
(Allah Maha Adil)
[Hud: 56]

usah bersedih atas perpisahan sementara ini
jika benar dia tercipta untukmu
tiada apa yang dapat menghalangnya
sebelum saat itu tiba
berdoalah pada Allah moga diberi kekuatan
mohonlah padanya dengan penuh mengharap

Yakinlah pada janji Allah!

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)
[An Nur: 26]

Beruntunglah kamu !
tatkala Allah memilihmu untuk menyedari hakikat perhubungan antara lelaki dan wanita
Allah memilihmu sayang
Jangan pernah sia-siakan kasih sayang Allah ini
maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya
sesungguhnya beruntunglah orang yang mensucikan jiwa itu
dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya
[ As Syams: 8-10]

Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan:
"Tuhan kami ialah Allah"
kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka,
maka malaikat akan turun kepada mereka dengan mengatakan:
"Janganlah kamu takut dan janganlah merasa sedih;
dan gembirakanlah mereka
dengan jannah yang telah dijanjikan Allah kepadamu"
[Fussilat:30]

Dan tika kamu merasa lemah
Mohonlah kekuatan dariNya
Allah itu dekat
yakin pasti

Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu gangguan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah.
Sesungguhnya Dia-lah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui
[Fussilat:36]

Sayang,
kamu intan terpilih
jagalah kilauanmu sayang
jangan biarkan sang kumbang merosakkannya sebelum yang halal tiba
aku mendoakanmu sentiasa

Hadirlah dalam hidupku
sebagai yang halal buatku
aku ingin mencintaimu keranaNYA

In tube...again for my next trip

"my heart" peace

Le Meridien Hotel ******

Piccas curik ni...ish

Ar-Rijal yang layak untuk Ukhti

“Hai anakku, kini engkau kan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenal dan berkawan pula dengan orang yang belum engkau kenali. Itulah suamimu.”

Jadilah engkau tanah bagai suamimu (taati perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagimu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan pelbagai kesukaran karena itu akan memungkinkan ia meninggalkanmu.

Janganlah engkau terlampau menjauhinya, agar ia tidak melupaimu. Sekiranya dia menjauhimu, maka jauhilah dia dengan baik. Peliharalah suamimu itu dengan baik. Jagalah mata, hidung dan anggotanya yang lain.

Janganlah kiranya suamimu itu akan mencium sesuatu darimu melainkan yang harum. Jangan pula dia mendengar sesuatu darimu melainkan yang enak dan janganlah dia melihatkan melainkan yang indah sahaja pada dirimu.

kasih kakak kepada adik

learn to be a good mother...insya-allah

selamat datang ke "Teratak Indah"

Al-Baqarah:216
Fighting is ordained for you (Muslims) though you dislike it, and it may be that you dislike a thing which is good for you and that you like a thing which is bad for you. Allah knows but you do not know.)

Apa yang kita inginkan tidak semestinya baik untuk kita kerana Allah maha mengetahui apa yang lebih terbaik untuk dirimu....

InsyaAllah akan diganti dengan yang lebih baik.....jangan khuatir...ar-rijal yang layak untuk ukhti bukannya dia...tapi ada yang jauh lebih baik.....bersyukurlah Allah memberi petunjuk dia bukanlah untukmu.....

Nota kaki: Hamparkanlah kesetiaan kamu seadanya kepada si dia, kamu tidak akan rugi walaupun sedikit kerana kesetiaan merupakan tiang percintaan.

....Upps! walaupun piccas di atas tiada kena mengena dgn jalan cerita ini, tp semua nya mempunyai seribu satu cerita Nur Izzati Shafii...

Sesuai Untuk Cinta

Tuhan memberi kita dua kaki untuk berjalan, dua tangan untuk memegang, dua telinga untuk mendengar dan dua mata untuk melihat. Tetapi mengapa Tuhan hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita? Karena Tuhan telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya. Itulah namanya Cinta. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,” Saya air mata seorang gadis yang mencintai seorang lelaki tetapi telah kehilangannya. Siapa kamu pula?”. Jawab titis air mata kedua tu,” Saya air mata seorang lelaki yang menyesal membiarkan seorang gadis yang mencintai saya berlalu begitu sahaja.”Cinta sejati adalah ketika dia mencintai orang lain, dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata: aku turut bahagia untukmu. Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Jangan sesekali mengucapkan selamat tinggal jika kamu masih mau mencuba. Jangan sesekali menyerah jika kamu masih merasa sanggup. Jangan sesekali mengatakan kamu tidak mencintainya lagi jika kamu masih tidak dapat melupakannya.

Perasaan cinta itu dimulai dari mata, sedangkan rasa suka dimulai dari telinga. Jadi jika kamu mahu berhenti menyukai seseorang, cukup dengan menutup telinga. Tapi apabila kamu cuba menutup matamu dari orang yang kamu cintai, cinta itu berubah menjadi titisan air mata dan terus tinggal dihatimu dalam jarak waktu yang cukup lama. Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan. Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia , lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya . Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya. Mungkin Tuhan menginginkan kita bertemu dan bercinta dengan orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana berterima kasih atas kurniaan itu. Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat -Hamka Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat bererti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirnya menjadi tidak bererti dan kamu harus membiarkannya pergi. Kamu tahu bahwa kamu sangat merindukan seseorang, ketika kamu memikirkannya hatimu hancur berkeping. Dan hanya dengan mendengar kata “Hai” darinya, dapat menyatukan kembali kepingan hati tersebut.

Tuhan ciptakan 100 bahagian kasih sayang. 99 disimpan disisinya dan hanya 1 bahagian diturunkan ke dunia. Dengan kasih sayang yang satu bahagian itulah, makhluk saling berkasih sayang sehingga kuda mengangkat kakinya kerana takut anaknya terpijak. Kadangkala kamu tidak menghargai orang yang mencintai kamu sepenuh hati, sehinggalah kamu kehilangannya. Pada saat itu, tiada guna sesalan karena perginya tanpa berpatah lagi. Jangan mencintai seseorang seperti bunga, kerana bunga mati kala musim berganti. Cintailah mereka seperti sungai, kerana sungai mengalir selamanya. Cinta mampu melunakkan besi, menghancurkan batu, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat budak menjadi pemimpin. Inilah dasyatnya cinta !

Permulaan cinta adalah membiarkan orang yang kamu cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kamu inginkan. Jika tidak, kamu hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kamu temukan di dalam dirinya.Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit,bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus,tumbuhlah oleh kerana embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur,di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji.~ Hamka Kata-kata cinta yang lahir hanya sekadar di bibir dan bukannya di hati mampu melumatkan seluruh jiwa raga, manakala kata-kata cinta yang lahir dari hati yang ikhlas mampu untuk mengubati segala luka di hati orang yang mendengarnya. Kamu tidak pernah tahu bila kamu akan jatuh cinta. namun apabila sampai saatnya itu, raihlah dengan kedua tanganmu,dan jangan biarkan dia pergi dengan sejuta rasa tanda tanya dihatinya.

Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya. Bukan laut namanya jika airnya tidak berombak. Bukan cinta namanya jika perasaan tidak pernah terluka. Bukan kekasih namanya jika hatinya tidak pernah merindu dan cemburu. Bercinta memang mudah. Untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan.

(Dale Carnagie)

Semalam hanya mimpi..

Satu dalam sejuta.
Gunakan sebagai kata pemikat hati sang pencinta.
Pertama, kedua, ketiga dan entah keberapa.
Masih modal yang sama.
Kaku.
Beku.
Sayu.
Pilu.

Kamu boleh ketawa gagah dan megah.
Tapi jangan lupa satu perkara.
Hidup ini ibarat roda.
Karma.
Entah sejak bila hati mula pandai berbelah bahagi dan tidak mendengar kepada kata hati sendiri. Degil dan enggan menurut dan membiarkan logik akal menentukan segala tanpa menghiraukan rasa yang semakin hari semakin dipinggirkan. Mungkinkah disebabkan beberapa kali menurut kata hati dan mempercayai hati sendiri sehingga kecewa membuatkan rasional diri digalaskan kepada akal dan minda pula?

Mungkin juga.

Dalam diam sebenarnya dia juga enggan mahu membuka peluang kepada sesiapa mengetuk jiwa yang sudah tepu dengan pemikiran hanya dia sahaja yang tahu. Kepayahan mengolah sendiri tulisan hati, membentuk aksara demi aksara menyedapkan pemikiran dan mengkhayalkan minda dengan kasih sayang buatan adalah sesuatu yang dia sendiri lega dan ketawa girang dengan diri sendiri. Bukan dia hirau segala kata nista yang tidak menembusi dinding tinggi yang dia bina.

Cuma sepanjang dinding yang dibina, ada satu bahagian yang diperbuat dari kaca jernih. Segala kotoran terpalit di situ dan dia duduk menekup diri sambil berharap akan datang hujan yang membersihkan kawasan yang disayangi. Dia mampu menyucikan sendiri cuma dia enggan melihat kepada sesuatu yang mungkin menyebabkan dia hilang sabar dengan sikap sesetengah manusia yang tidak pernah mahu memahami.

Kali ini dia kembali ke meja pertaruhan lagi.
Bertaruh nasib diri.
Meletakkan harga yang tinggi.
Dia tidak perlukan pembeli.
Yang dia mahukan hanya permainan diteruskan kembali.
Melihat sejauh mana kebenaran sebuah hati.


Dah lama tak letak gambar sendiri di ruang ini…~~senyum

"Sayang, kalau bangun pagi dan awak ada di sebelah, itu mungkin satu nikmat yang saya pernah doakan setiap hari"

Masa untuk bekerja.
Bukan untuk diri semata-mata.
Tetapi kepada kepuasan diri dan nikmat gembira.

Mungkin dalam hidup, kita telah berusaha untuk memberikan yang terbaik. Berusaha dan bekerja kuat untuk mencapai cita-cita. Tapi, jika di akhir perjalanan, kita tidak mendapat apa yang kita mahukan, jangan lupa untuk menoleh ke belakang. Mungkin ada sesuatu yang mencacatkan sebuah impian.

Tuesday, September 13, 2011

Have you ever had a dream that you wish you’d never wake up from?

Okay, let’s admit it, reality sometimes sucks, right? And when that happens, some people go to that other door to escape; they enter the world of dreams. In dreams, you get to do anything you want, you get to do even the impossible things. You know how it is sometimes… there are things in life that you dream of having but you just can’t have. There are instances when you feel so happy about something, you feel in your heart that it’s meant to be, but for some reason it just can’t last. Can you relate?

Some dreams do come true, but some dreams never do… and some dreams remain just that, dreams. And after some time, you have to wake up. You have to return to reality because dreams don’t last. You get to enjoy them for a time, but then you have to come back to the real world. Some people confuse dreams with reality, sometimes they choose to live in dreams instead of in the real world. They follow illusions and never see the reality of life.

How good it would be if reality is wonderful enough already that you wouldn’t have to dream anymore? But what is life without dreams? Which is better anyway, dreams or reality?

Which would you rather be, a realist or a dreamer...

Scanning Life...

Sometimes we go through life unsure of what we really want and where we want to go. We just exist. We go with the flow, deal with life as we know it. But the question is, are we really happy? Are we following our dreams, or merely settling? What are we in this world anyway? Do we have a symbol that labels us? Sometimes I wish there’s a symbol barcode scanner that would scan us so we’d know how much we’re really worth as a person in this world. There’s a meaning to life, but we should know how to find it. Life life to the fullest!

Jagai hati...

Alhamdulillah.

Semoga segala urusan dipermudahkan.

Impian yang dimulakan semula dengan langkah perlahan dan kata-kata sokongan daripada manusia yang aku hormati, aku sesungguhnya berdoa semuanya berjalan lancar sehingga masa menentukan apa yang dirancang.

Dan melanjutkan pelajaran memburu mimpi yang digantungkan sejak tahu apa itu universiti adalah sebahagian daripada apa yang perlu dikejar. Hal yang berkaitan dengan hati serta perasaan boleh diletakkan di suatu kawasan agar tidak diganggu dengan benda bersifat peribadi.

Dan kali ini hidup mengharapkan keajaiban.
Itu sahaja dan pastinya doa sebagai iringan.

Aku sayang diri aku.
Lebih daripada sesiapa boleh sayang aku.
Tapi satu benda aku mahu katakan. - "Saya sayang awak juga. Sentiasa"

Nota Kaki :
Hujung minggu yang hujan dan hidup dipenuhi aroma masakan.  My dish for d weekends is Curry Mee :) yummy!say Alma Balqish..queen oh heart!

Saturday, September 10, 2011

Raya with the Ghanis's Family....


The best raya ever...say Cikno...
Sedih sangat tak dapat beraya bersama Ghani's Family this year... :(
Ada tugas yang perlu digalas..tapi takpe, sayang boss maa...hehehe
Ajim, credit to you for this video my dear..luv u all ya!!!! muahhkkssss!!!

Tuesday, September 6, 2011

Bukan mudah sebenarnya....


Bukan mudah sebenarnya untuk merelakan sesuatu yang sudah ditanam jauh ke dalam untuk dikorek kembali oleh manusia yang langsung tidak dikenali. Menyebut satu nama yang membuatkan dia terfikir, manusia itu mengajar banyak benda tentang hidup walaupun kehadirannya hanya bersifat sementara. Sementara dalam pelbagai erti kata. Kasih sayang, cinta dan anehnya, sakit hati dan benci juga sekejap cuma.

Kadangkala kita tidak perlukan masa yang terlampau lama untuk menjalinkan hubungan dengan manusia lain. Bukan setakat percintaan, bahkan persahabatan dan sebagainya. Tidak perlu masa yang lama untuk mencipta kenangan dan memusnahkan sebuah kehidupan serta impian. Kita mungkin bertuah dalam masa lima minit pertama dan mungkin akan derita untuk satu jam berikutnya. Sudah tentu kita tidak dapat menduga apa akan berlaku hatta 1 nano saat selepas apa yang kita lalui. Siapalah kita sebagai manusia bukan?

Melalui suatu corak kehidupan biasa.
Menongkah arus dengan senyuman yang terukir di muka.
Dia merasakan sudah cukup baginya menghalau semua derita.
Menghapuskan segala nestapa.
Cukup rasanya.

Kenangan itu mungkin pahit.
Kehadiran manusia itu semula membolehkan dia menjerit.
Telan air liur laju elakkan tekak perit.
Tapi siapa yang tahu batinnya menahan sakit?

Ya, tahun ini mungkin dia disinggahi cinta.
Tapi tahun ini juga dia ditinggalkan cinta.
Dia meninggalkan bahagia.
Mengasingkan diri menjahit derita.
Menanam segala kesakitan duka.
Membawa diri ke suatu ruang lebih gembira.
Erti penyesalan langsung tidak pernah singgah di minda.

Diam.
Segalanya akan hilang ditelan kegelapan malam.
Segalanya akan hapus terpendam.
Segalanya akan senyap ditanam.

Nota Kaki :
Sudah kembali mula bekerja.
Selamat juga bagi sesiapa yang sudah bekerja juga.
Dan ya, selamat hari raya.
Membiarkan diri mati akan kata-kata orang lain bukanlah suatu tindakan bijak.
Mengapa mahu membunuh cita-cita hanya sebab keyakinan diri diinjak?

My answers when people ask about my marriage...

Kenapa lambat?= Kerana Allah tahu masa yang terbaik untukku...
Dah berpunya? = Ya... kerana setiap orang telah ditetapkan jodoh masing²...
Siapa? = Nanti Allah akan perkenalkan kepadaku...
Bila? = Bila kami dah dipertemukan.. InsyaAllah jemput datang ke walimatul urusku nanti...
Janganlah selalu bertanya bila orang tu nak kahwin kerana semua rahsia dia, terletak di tangan Allah...

Sampai masa Allah akan membongkarkannya..(^_^)

A: cik adik manis, nak tanya ♥(sambil kenyit2 mata)~~ kat mana ye?
Lorong CINTA,
Jalan SAYANG,
Kampung RINDU,
Daerah KASIH SAYANG,
Pekan HATI,
Bandar I MISS YOU,
Simpang I LOVE U?

B: Alah~! senang je encik.
Encik jalan terus ikut Jalan ILAHI nanti nampak simpang 3 masuk sebelah kanan,
ikut Jalan NIKAH
Pada hujung jalan di sebelah kanan kedai2 BATAS-BATAS PERGAULAN dan sebelah kirinya ada pasar yang sibuk sikit,namanya pasar PERSIAPKAN DIRI.
haa.senang kan?kan?InsyaAllah encik di jalan yang betul.
Good Luck!

insyaAllah. :)

Happy Eid mubarak

Bismillahirrahmanirahim....alhambdulillah...Ramadhan selamat datang dan selamat jua pergi....aidilfitri...datang lagi....kebiasaannya...fitrahnya...memang begitu....dilihat bertalu-talu post2 aidilfitri....mungkin x terungkap rasa gembira mereka....sebulan mereka berjuang penuh semangat barangkali....mau diraikan kemenangan dengan sebenar-benarnya....dan seperti biasa....diri...hnya banyak memerhati.....

Dilihat mereka....ada senyum pada wajahnya....ada sinar bahagia...ada tawa...ada jua yg sedih gembira....gemerlapan semuanya.....orang kater...hari raya....bukan macam hari biasa....kebiasaan tadarus setiap pagi di bulan ramadhan ditinggal seketika....hari raya pertama... .kedua..... ketiga... dan seterusnya....dan akhirnya ditinggalkan begitu sahaja.....seketika mnjadi selamanya...payah benar nak memulakan semula....kerana syawal...bukan lagi ramadhan...dan ramadhan bukan syawal...semanagatnya barangkali tidak sama....

Bukan nak diceritakan perihal hari raya sebenarnya....tetapi anjakan yg dibina selepasnya...sekolah ramadhan bagai tiada guna...dalam mase sehari...kita bagai sudah lupa tarbiyah yang diterima.....kebiasaan sudah tidak menjadi...kebiasaan itu...kita lupakan....dimana silapnya...dimana????persoalan yg mahu ditanya pada diri...tidak mahu membuat sebarang kesimpulan...mahupun jawapan...kerana...no one know u better.... =)

Nota kaki: Berhari raya "pertama" dan "kedua" tanpa keluarga disisi buat diri ini terasa terlalu sunyi tanpa gelak tawa mereka, tak dapat dikucup tangan mama, ayah, siblings, walid, tokmi dan saudara mara tersayang..kerana tugas digalas membuatkan diri ini "stuck" di bandaraya ini...xpelah berhari raya dengan boss n sempat buat ucapan di TV...

Thank you very much, Everyone, for making it so special.

And once again… Happy Eid mubarak!!!