Friday, February 4, 2011

Yakinlan Nur Izzati Shafii...

"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu." (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)


Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.

Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.

Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.

Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…

Yakinlah NUR IZZATI SHAFII bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...

3 comments:

  1. boleh saya nikahi awak ke cik izzati?

    khazanah

    ReplyDelete
  2. blh je... open up!

    ReplyDelete
  3. Sesungguhnya percayalah setiap apa yang terjadi itu pastinya ada hikmah yang tersirat sama ada untuk pengajaran dimasa hadapan atau kebaikan setalah ujian darinya.sesungguhnya setiap yang datang untuk kita adalah ketentuan dari yang maha esa maka terimalah ianya dengan penuh takwa dan janganlah kita lupa mungkin ianya adalah yang terbaik buat kita sama ada sebahia pemimpin atau dipimpin... Ingin jua aku luahkan apa yang tersirat dilubuk hati ini padamu saudari tetapi daku tidak punya kekuatan takut apa yang akan ku ucapkan nanti akan membuatkan dikau menjauh dariku.... Bak kata pepatah manakan mungkin sipipit terbang seiringan bersama enggang.,wasalam pria fantasia

    ReplyDelete