Wednesday, April 20, 2011

Tersentuh rasa hati...

Salam buat semua pembaca..terima kasih kerana melabuhkan mata kalian di blog ini.  Sayu sangat hati ini bila terkenang peristiwa-peristiwa lalu, sedih dengan perkongsian cerita antara dia dan aku kerana aku tahu dia juga punya hati dan perasaan sama seperti aku.

Aku teringat pesanan seseorang...Don’t find love, let love find you. That’s why it’s called falling in love, because you don’t force yourself to fall, you just fall.

Ya Allah, begitu besar kuasa MU pabila kau tunjukkan aku segala kebenaran dan moga dia tabah dalam meniti hari-harinya, dan percayalah aku akan menjadi pendamping terbaik untuk mu.  Walaupun suatu ketika dulu kita pernah ada rasa benci kerana kejahatan si dia.  Cinta ini ibarat menunggu bas kan..Bila bas tu datang, awak tengok bas tu dan awak kata pada diri awak,”Eee… penuhnya… tak de tempat duduk.” Jadik, awak katakan pada diri awak, “Saya akan tunggu bas yg lain.” Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak tunggu pulak bas yg lain. Kemudian, datang pulak bas yg kedua. Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, “Eee… bas ni buruk sgt… mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan.” Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya. 

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.  Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita. Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk didalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. 

Untuk dia..semoga dia memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri dia menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan dia kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan dia seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan dia bahagia. 

Kebahagaiaan terletak kepada mereka yang menangis ,mereka yang terluka , mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan. Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan.

Untuk dia ingatlah seseorang tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kita melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Allah sayang pada hamba NYA yang tabah, kuat dan terima segala ujian dari NYA.  Cuma kita sebagai hamba NYA perlu percaya ada sinar menanti kita di hadapan sana.

Cinta bukanlah daripada kata-kata tetapi segumpal keinginan yang diberikan kepada hati yang memerlukan.

CINTAILAH seseorang itu atas dasar siapa dirinya sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Malah, kisah lampau yang berlaku tidak perlu diungkit lagi sekiranya hati benar-benar menyintai dirinya. Sememangnya hidup bercinta dan untuk dicintai amat mudah, tetapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai sukar diperoleh.

Three things never return: the past, the neglected opportunity, and the spoken word

Jangan sesekali kita melukan hati dan perasaan insan lain hanya untuk kebahagian dan kepentingan diri sendiri. Sesungguhnya setiap hati dan perasaan itu adalah hak Allah…Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang dan Allah Maha Adil. Setiap apa yang kita lakukan pasti ada balasan dari-Nya…

BERINGATLAH. ..

1 comment:

  1. Betul tu dik. Dahsyat betul kamu berfalsafah...
    X sangka akibat melalui frasa perasaan cinta.kamu jadi begini... Alhamdulillah...
    Penuh ngan segala segi perasaan.
    Di sinilah kamu meluahkan segalanya...
    Tapi harus diingat,ada jodoh yang terbaik untuk kamu dan segala umatnya.Memang pedih tapi kita terpaksa untuk laluinya.Kena berfikiran yang baik2 ngan segala yang berlaku walaupun kita sakit,kecewa,jatuh. Mesti ada lebih baik akan menjadi hak kita walaupun itu adalah pinjaman sebab kita takkan selamanya dapat pegang hak itu sebab kelaziman hidup di dunia. Akan ada perpisahan dan kematian.
    So, bersyukurlah pada apa yang ada di depan mata samaada laki atau perempuan,keluarga,harta benda.Moga dengan bersyukur dan penerimaan qada' n qadar dan menjadikan kita umat Allah yang lebih baik.. Insyallah... Bersyukur kepada yang mendamaikan kita dan carilah orang yang boleh bersama2 dgn kita samada susah atau senang, ketawa atau menangis. Pencarian itu penting dan selidiklah orang2 yang betul2 beri manfaat pada kita. Insyallah kita akan jumpa.
    Wasalam..

    ReplyDelete