Kadang-kala kita mengidamkan sesuatu
berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak
inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku.Apabila berlaku demikian
hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan adakalanya sangat kecewa.
Jadi,bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini
ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak
semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules
of life' – Sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat
ini,maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan
kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka
dia tidak layak bermain bola.
Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini
satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya,
kadang-kala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus
pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba
Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya. Justeru, kita tidak boleh memberontak,
kenapa jadi begini? Kenapa gagal?
my BEST BUDDY~JUSMINE bride to be 2012!!!
Nota kaki: HSH ~ Home Sweet Home... comel jerr kan