Wednesday, June 29, 2011

Tolong Ingatkan Aku....

Sampai hati mereka...

“Membenihkannya” berani, “melahirkannya” takut. Manusia apa ini, tangan ganas mencincang, tapi bahu tak sanggup memikul. Dayus atau konyol?  "Bayi adalah benih harapan setiap manusia. Ianya dibenihkan demikian rupa (biasanya melalui proses penuh kenikmatan).  Rahim telah rela menerima, kenapa hati masih juga enggan?  Sekali lagi, kerana bayi dalam kandungan adalah benih harapan, maka benih harapan itu mestilah diberi peluang untuk bercambah, bertunas dan hidup sempurna dalam dunia yang tersedia untukny -petikan dari sahabat ummatan-

Ku teringat tatkala aku melangkah ke suatu sudut rumah agam ini, teringat pada sebuah cerita kehidupan.. dalam mengejar kerjaya dan kesibukan yang membataskan setiap atucara wanita itu.  menitis airmata dia bila teringatkan...

"Tolong ingatkan aku..."

ku lihat matamu yang terpejam
bibir dan hidungmu yang kecil comel
ketenangan ada di wajahmu

suci
sesuci kain putih
yang selepas ini
bisa dicorakkan oleh ibu bapamu

ku lihat tanganmu
yang masih dalam keadaan menggenggam
genggaman yang melambangkan
satu janji

“Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah aku ini Tuhanmu?” mereka menjawab: “Betul (Engkau Tuhan kami), Kami menjadi saksi (bersyahadat)”. (kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya Kami (Bani Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”, Surah Al-A’raaf, Ayat 172

ku selitkan jariku
di dalam genggaman mu
lalu kau genggam dengan upayamu
dan hatiku berbisik..

tolong ingatkan aku
tentang janji yang satu
agar bisa ku genggam kembali
tangan ini
yang sudah semakin renggang

kerna aku hanyalah manusia biasa
yang sering lupa
akan janjiku kepada yang maha Esa
genggamlah
dan tolong ingatkan aku…

Anak ibu,ibu lalai dalam mengatur langkah semasa ibu masih tidak pasti akan adanya satu roh ditiupkan ke dalam rahim ibu.  Ibu mulai rasa penat, mual, loya dan pening teruk disepanjang ibu bertugas di tempat orang yang menjarakkan ibu untuk berehat seketika.  Pernah 2 kali ibu jatuh semasa bertugas dan kali ke 3 ibu jatuh semasa menuruni tangga chopper, ibu pengsan.  Dan sampai satu ketika ketika ibu demam panas, ibu gagahkan diri untuk kerja kerana ibu ada tugas menanti bersama rakan sekerja dari Thailand.  Dalam ibu melangkah kaki ke tempat tugasan, tiba-tiba dunia ibu jadi gelap....  Ibu buka mata ibu lihat ada doktor dan nurse di sisi ibu dan teman sekerja ibu yang begitu rapat dengan ibu, ya mereka tahu kisah perjalanan hidup ibu sepanjang ibu bergelar "permaisuri".  

Doktor minta ibu bersabar, ibu tenang.. 11 Julai 2008, Allah lebih sayangkan anak ibu rupanya, Allah tak nak anak ibu rasai keperitan hidup yang ibu tanggung...tiada siapa tahu sayang, betapa ibu gagahkan diri untuk bangkit dari kehidupan ini... Usia anak ibu baru 4 minggu (masih nutfah) tapi sayu dan sedih hati ibu kerana tidak dapat membawa anak ibu melihat dunia ciptaan Tuhan ini...  Ibu tahu anak ibu sentiasa rindu akan ibu kan.  Maafkan ibu nak, ibu tak mampu membawa mu ke dunia ini kerana Allah lebih sayangkan kamu nak.

Anak ibu, tunggu ibu di padang mahsyar ya, pimpin tangan ibu, bekalkan ibu dengan air & payungi ibu disepanjang perjalanan itu.  Sesungguhnya ALLAH dengar rintihan dan doa ibu setiap kali ibu mengangkat menadah tangan berdoa untuk temukan ibu dengan anak ibu ini di syurga kelak..insyaAllah.

Daripada ibu anak itu...


Nota kaki~~Aku ingatkan wanita tabah itu...Semua telah terjadi, tidak ada yang perlu disesali. Terkadang kita harus kehilangan sesuatu yang sangat berharga untuk dapat menghargai apa yang ada. Dan kepedihan yang dia rasakan terasa begitu agung...

No comments:

Post a Comment