Tuesday, November 8, 2011

Hati ini bimbang... Ayah & Mama peneman saya



Bertemankan malam yang sunyi, bertemankan bingit-bingit malam yang menyelinap ke dalam minda. Malam-malam sebelumnya ditemani dengan seribu kedamaian.Ungkapan buat insan yang telah Allah pilih untuk bertakhta di hati dengan seukhwah ikatan yang erat dalam kalangan sahabat-sahabat di sisi. Ia cukup indah untuk di ungkapkan. Sebuah buku indah berbalut putih tidak lagi di sentuh, terasa begitu malas untuk menulis tatkala sekilas ingatan terpaut di minda hanya bicara kata terluah di sini.
Alhamdulillah masih berkesempatan singah sekejap di sini.  Sangat rindu untuk menulis apa sahaja yang terlintas difikiran,tapi buat masa ini saya agak sibuk. Baru sahaja melangkah sekaki kehadapan dan masih banyak perkara yang perlu diselesaikan. InsyaAllah jika punya kesempatan saya akan menulis kembali.
Selalunya apa yang saya tulis hanya peringatan dan juga salah satu cara bagaimana saya sendiri cuba untuk memotivasikan diri sendiri. Benar dikata, bahawa diri sendiri penguat semangat. Kuat itu harusnya dari fikiran ke hati ditunjangkan dengan keimanan dan berserah sepenuhnya kepada Allah swt.
Dalam membicarakan soal kesempurnaan usah lalai dan lupa bahawa tiap satunya setiap izin dari Allah swt. Bersangka baiklah untuk tiap sesuatu. Dan sebuah kekurangan yang melengkapi diri kita dan menjadi kekurangan itu sebuah kesempurnaan dengan izinya.  InsyaAllah. Segalanya terlalu istimewa untuk disimpulkan ia diaturkan dengan cukup teliti. Kesempurnaan itu terletak pada setiap kekurangan antara sesuatu. Sambutlah ia dengan rasa keikhlasan dari hati.
Dengan izinNya untuk setiap sesuatu, lantas minda berbicara dan kalam mengeluarkan kata...
Hari ini 8 November 2011. Alhamdulillah selama 27 tahun saya masih lagi merasai kasih sayangnya. Saya masih lagi perlukan dia sebagai penguat semangat saya,peneman dikala suka dan penenang tika saya kesedihan. Dia begitu memahami saya dan adikbradik lain. Setiap apa yang terjadi dialah tempat saya luahkan segalanya.
Terima kasih tuhan,kerana sehingga kini saya masih lagi punya dia di sisi. Ya Allah berikanlah kesihatan yang baik buat dia, kebahagian di hatinya dan keredhaan sepanjang usianya. Sesungguhnya dia tiada pengganti di dunia ini.  Kerana dia saya berdiri hari ini,kerana dia saya menjadi siapa saya hari ini. Terima kasih ya Tuhan.
Allah Selamatkan Kamu....buat ayah saya, Shafii Mohamad dan buat mama, Norliza Abdul Ghani, saya masih lagi ingat pesanan yang dikirimkan sehingga kini...
"Kehidupan ini adalah satu perjalanan yang penuh dengan pembelajaran. Begitulah fitrah Iqra'. Jalani kehidupan ini penuh dengan nilai nilai murni yang di tuntut oleh Agama. InsyaAllah, hidup akan lebih di berkati oleh Allah swt. 
Begitulah juga nasihat ayah & mama terhadap diri ini, 'Ingat, mama dan ayah tidak akan menongkat langit untuk melihat anak anak mereka berjaya dalam kehidupan.'
Sungguh tepat kata kata ayah 7 mama saya..."
Pepatah orang tua jangan di tinggalkan:
Berakit rakit kehulu,
Berenang renang ke tepian,
Bersakit sakit dahulu,
Bersenang senang kemudian.

Ayah dan Mama mahu sentiasa anak-anak dapat yang terbaik di antara yang terbaik...

TERIMA KASIH AYAH & MAMA !!

2 comments:

  1. teringat lagu ayah dan ibu dendangan sudirman...

    ReplyDelete
  2. Teringat asam pedas mak,
    lapar la pulak kat sejam dah tunggu client ni.


    Sam

    ReplyDelete