Tuesday, January 31, 2012

Tuhan tahu..

Salam & greetings

I know I'm not supposed to get scared of anything, Tuhan kan menjaga hamba yang sentiasa ingat padaNya. Tapi bagaimana dgn waktu2 yang saya leka & lalai?

I think u know what I mean...this is just for a record!

BTW, I've increased my privacy level w.r.t him - what he can see of me in tweet ;P. Maybe I'm getting paranoid here but better be safe than sorry. Do send me private msg (email/sms etc) instead of writing on da wall ok.
____

To Mimpi Ngeri

What do you want from me? Whatever that I've wrote here, however distorted, maniacal, one-sided etc. is totally about me (how I feel), not YOU. The people here do not know of you - in real life.

Sorry... u are zerro already maa insp sahab!!!!

Errgghhh!!

When my simple action might be misunderstood.

I love to work even on weekends as home is simply where I take my rest & rilex.

In my so-called 'previous life' - I did the same too! My friends & family can attest to that fact.

Do I have to explain everything to you/everybody who is around?

Can we please let go of this 'what a small-world mentality' as 2 plus 2, in this case, certainly doesn't necessary mean 4 (to me!)!!!


It's me..Izzati Shafii *-*

Wednesday, January 18, 2012

Sunday, January 15, 2012

Take care...

Doa buat kekasih..


Nota kaki: Pagi2 lagi dah terdengar lagu ini dan semoga perjalanannya selamat...semoga berjaya!

Dia kekuatan ku...believing heart

Looking for the best phrase to make it as a sentence. Cause the only thing that i can think right now, to find a STRENGTH to move on. Everyone ask me to move on. Stop to think about him, stop to miss him, stop to talk about him, stop to write about him in blog, stop crying when i miss him. So then i decide may be what they said are true. So this blog will not actively in use as usual. So everything i just keep it in my heart. When i can't sleep at night cause i think about him, and i miss him may be i just can still wake for the whole night. All the feeling about him i just keep it deeply in my heart.

I woke up this morning 3:30am and the person i think is him. i miss him but may be this is right time for me to let this feeling go. To let my self cry more and more than usual. To let my self wake for the whole night cause i cant sleep because of i miss him. To let myself to fall in to the other guy even i'm not sure if i can do it.


I hope i could get a strength to stop this feeling as soon as possible because i know there's nothing worse than being in love alone.


Nota kaki: Dah lama sebenarnya diri ini begini..

After a while i've been stuck, blur what should i put here to up date this blog, so today i'm sure what should i write here...

After i think it deeply, i asked many people, heard thousand of comments [goods & bad], after i cry so much, after i always got a problem to sleep at night so i decide.

Pergilah bb, larilah bb... Go wherever you want, as far as u could, run as fast as you can and leave me here... Because the only thing that i want is, i
WANT you to be HAPPY. That it is. Enough for me. Previous time, i always said, if the only thing that i can do for you is seeing you so I"LL do it. But since i feel the more we're being close, the more we're always meet i'm worried the more you feel uncomfortable. You can even choose not to talk to me, you even can decide not to look at my face even a second. Cause all i want is your happiness. Please do what ever you want. You even can hurt me like hell if that can make you happy. Seeing you in tense mood, is killing me more.

Saturday, January 14, 2012

Harmoni..


Semalam...perbualan tiba-tiba menjadi sedikit tersentap, tak sangka rupanya saya telah kecilkan hati dia..

"Perhubungan yang harmoni"...itu kata dia. 

Ermm, saya salah kan.  Maafkan saya.  Terlalu menajga hati orang tapi hati dia saya tak pernah fikir sehingga dia terluka, walaupun luka itu kecil tp kesannya..??  Parutnya..??

- kisah dari sebuah cerita-

Kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.  Kita dilahirkan dengan 2 buah telinga di kanan dan di kiri, supaya kita dapat mendengarkan semuanya dari dua buah sisi. Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah.

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita. Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya. Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita. Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan.

Kita lahir dengan 2 mata dan 2 telinga, tapi kita hanya diberi 1 buah mulut. Kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut bisa menyakiti, bisa membunuh, bisa menggoda, dan banyak hal lainnya yang tidak menyenangkan. Sehingga ingatlah bicara sesedikit mungkin tapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya.

Kita lahir hanya dengan 1 hati jauh di dalam diri kita. Mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam. Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.

Nota kaki: My Saturday with Moist Choc Almond Cake siap untuk hidangan...sempena hari lahir mama...i love u mama...doakan ti ye mama untuk mencipta syurga indah ti...

Bicara Hati...


Terasa jauh diri ini..
Dari Ilahi..
Terasa sepi jiwa hamba..
Dari kasih sayang Maha Pencipta..
Terasa sayu hati kecil..
Meronta lemah tak berdaya..
Terasa kerdil di pandangan-Nya..
Dengan dosa-dosa..
Terasa hitam dan kotor di lubuk hati..
Dengan bintik-bintik noda maksiat duniawi..

Aku merindui..
Jalan kebenaran suci Ilahi..
Aku merindui..
Hidayah petunjuk hakiki..
Aku mendamba..
Kasih sayang Maha Esa..
Aku mendamba..
Cinta sejati-Nya..
Aku mencari..
Cinta abadi yang boleh dibawa mati..
Aku mencari..
Sinar cinta murni yang tulus pada Rabbi..

Manik-manik jernih mula jatuh..
Membanjiri segenap ruang di sanubari..
Kerinduan pada Tuhan pencipta diri..
Semakin memberkas naluri..
Gelora cinta sang hamba pada Khaliq..
Makin hebat memukau jiwa..
Lubuk jiwaku merindui hidayah cinta-Nya..
Relung rasaku mendamba kebenaran-Nya..
Zikrullah semakin bertunas di bibirku..
Godaan demi godaan cuba ku tepis semampuku..
Aku hanya berharap pada cinta Yang Maha Satu..
Ku kentalkan semangat..
Ku azamkan kekuatan..

Mencari ketabahan dan kesabaran..
Dengan merisik khabar gembira nota-nota cinta-Mu..
Mencari secebis keinsafan daripada segunung ujian-Mu..
Ku cuba menapak kembali ke dalam jiwa..
Yang semakin gersang tanpa cinta-Mu..
Ku ukir semula kasih-Mu yang telah mula dicantas..
Oleh keindahan dunia yang fana’..
Ku jana semula sayang-Mu yang telah pudar..
Dek kerana kotornya hatiku..
Zikir munajat ku alirkan pada jiwa yang sudah mula berkarat..
Ku gilapkan hati yang karat dengan sentuhan tulus air mata taubat..
Ku temui laluan indah-Mu..

Akan ku teruskan langkah ini dengan penuh maju..
Akan ku hadapi cabaran yang menyerbu di hadapanku..
Biar aku tahu, hidup ini penuh mehnah..
Menitinya tidak mudah..
Perjuangan suci memerlukan sejuta pengorbanan..
Seperti yang ditempuh oleh Rasulullah..
Biar ku sedar, moga di akhir helaan nafas ini..
Jannah Syurgawi sedang menanti..
Biar jiwaku tidak lupa..
Ujian itu tarbiyah dari Yang Esa..
Dugaan itu pematang kehidupan manusia..

Ku siram rona jiwaku dengan zikir pada-Nya..
Ku alunkan munajat taubat agar mekar dan subur cintaku pada-Mu..
Ku salurkan rinduku pada janji-janji manis-Mu..
Ku ukir senyuman setulus sedekah dari hati..
Ku cuba lakukan ibadah seakan esok tiada lagi untuk aku lalui..

19:55 p.m / Sabtu / 14.01.2012
Mood : Jiwa sayu mengenangkan dosa-dosa..
Hati meronta sakit dengan telunjuk nafsu dan Syaitan..
Diri terasa hina di hadapan-Nya..

Wanita di ufuk pasrah...

Hidup ini sukar diramalkan; terlalu penuh dengan kesukaran, kepahitan dan kesakitan. Bukan mudah sebenarnya untuk menggapai bahagia. Kadangkala betapa kebahagiaan itu cuba dihampiri, namun semakin jauh ia pergi.
Lalu wanita di ufuk pasrah ini menanti dengan doa, semoga suatu saat nanti penderitaan itu akan berlalu pergi. Lalu dia menanam tekad di hati, dia mahu sepuas-puasnya menikmati hidup ini dengan kasih sayang yang diberi....


Kecantikan seorang
wanita harus dilihat dari matanya,kerana itulah pintu hatinya.. Tempatdimana cinta itu ada.

86,400 seconds


ALLAH gave you a gift of 86,400 seconds today. Will you use one to say “thank you”?

Tak bahagia jika tak kenal

Saya membaca bait-bait tulisan sebuah buku di tangan, sambil jari-jemari menaip keyboard. Saya sedang ingin mengenal Allah. Semoga saya tidak mati sebelum mengenal ALLAH, beriman dan beramal yang diredhaiNYA.
 
Cinta kepada ALLAH itu mententeramkan. Tenteram. Sangat-sangat. Sesungguhnya orang-orang beriman itu amat besar cintaNYA kepada ALLAH.(2:165)
 
Namun bukan mudah mencintai ALLAH. Apa lagi dicintai ALLAH. Saya tidak tahu nilai saya di sisi ALLAH namun berharap dan berusaha meraihnya. (Sebenarnya saya tahu….saya masih terlalu jauh dari peribadi mukmin yang dicintai ALLAH).
 
Saya dan kita semua pasti ada episod kecewa dengan cinta kasih manusia, namun sebenarnya kecewa itulah yang membawa kita mengenal dan mencari cinta ALLAH kan…? Sayangnya ALLAH pada kita, menukar cinta manusia yang sedikit dengan cinta ALLAH yang Maha Hebat.
 
“ALLAH tuhanku, bahkan kami menyaksikannya.”Al-A'raf.
 
Duhai hati, ayuh mengenal ALLAH. Tak kenal ALLAH, tak mungkin bahagia. Kalau ada, sedikit dan sebentar cuma.
 
Allah Maha Pencipta
 
Terima kasih ALLAH mencipta institusi bernama pernikahan. ALLAH yang mencipta jawatan suami dan isteri. Rumahtangga adalah medan murni beramal soleh bertemankan pasangan yang sama tidak sempurna seperti kita. Lelaki perempuan terlalu berbeza. Namun perbezaan yang dilakar ALLAH itulah yang menjadikan kita saling mengenal dan berkasih sayang. Ya ALLAH, bantu diriku mengenali dan memahami perasaan bakal suamiku dan siapa dia, agar mampu kami berkasih sayang menuju keredhaanMU.
 
Hanya ALLAH yang memberi rezeki
 
Terima kasih Ya ALLAH atas rezeki yang KAU kurniakan ke atas keluarga kami… Sesungguhnya rezeki bukan hanya wang, makan minum dan pakai, namun rezeki juga adalah cahaya hidayah, ilmu, akhlak yang baik, kasih sayang…ayuh diriku dan kita semua, berusaha keras mencari rezeki untuk sekeping jiwa hamba, bukan saja untuk fizikal. Sama-sama terus menghidupkan jiwa di perjalanan yang sukar dan jauh ini. Mohonlah rezeki cinta dan kasih sayang berpasangan dari ALLAH.
 
Segalanya kepunyaan ALLAH
 
Saat bersendiri, Engkau maha tahu ya ALLAH, diri sangat mendamba kehadiran seorang suami di sisi. Berkongsi kemesraan dan ketenangan. Namun bersangka baiklah wahai hati, bahawa ketiadaan seorang suami atas apa jua alasan di waktu ini, tika ini, adalah untuk kita makin menginsafi bahawa kita tidak milik apa-apa. Saat ALLAH menghantar seorang suami ke sisi, hargailah, berbuatlah yang terbaik kerana ALLAH. Lapanglah duhai hati, bahawa seorang suami yang disayangi akan bila-bila dibawa pergi.  Ku nantikan bakal suami ku yang kepunyaan ALLAH
 
ALLAH yang mengatur syariat
 
Jika diri mengharap bahagia, harus akur dan redha melaksanakan suruhannya dan menjauhi segala laranganNYA. Syariat ALLAH adalah sistem yang sempurna untuk kebahagian dunia dan akhirat. Jika diri tegar melanggar garisan dan sempadan yang diletak Sang Pencipta, bertaubatlah. Kembalilah kepada ALLAH. Terus dan terus membina ketaqwaan, kerana hanya pada taqwa ada jaminan kebahagiaan yang berpanjangan. Jadilah seorang wanita dan isteri yang beriman...
 
Takut dan berharap pada ALLAH
 
Azab seksaMu pasti pada manusia yang engkar dan derhaka. Namun, tertulis juga bahawa ENGKAU lah tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Peliharalah diriku, suamiku dan keluarga kami serta orang-orang beriman dari dicampakkan ke dalam kebinasaan yang berkekalan. Peliharalah jiwa-jiwa kami seperti mana ENGKAU memelihara jiwa hamba-hambaMU yang soleh. Duhai wanita, berharaplah kepada ALLAH kebaikan akhirat yang kekal abadi.
 
Seluruh dan sepenuh kecintaan hanya pada ALLAH
 
Kecenderungan hati yang mendalam ke dalam ALLAH, menjadikan hati wanita lembut dan tunduk kepada kebaikan. Fokus kepada ALLAH membantu melintasi duri-duri cabaran. Di akhir waktu, ALLAH tidak bertanya siapa suamimu, mertuamu, iparmu, madumu, temanmu – apa yang telah mereka lakukan kepadamu – namun ALLAH akan menilai apakah sikap, akhlak, ucapan dan tindakan diriku - adakah bersesuaian dengan keredhaan ALLAH. YA ALLAH ... bantulah diriku berkhidmat kerana ALLAH. Bantulah diriku bersyukur dengan segala nikmat kehidupan dan perkahwinan yang bakal aku tempuhi kelak, ntah bila. Bantulah diriku menolak keburukan dengan kebaikan. Kuatkanlah kesabaranku dalam bergaul dengan manusia dan godaan dunia.
 
Allah yang memberi manfaat dan mudharat
 
Rumahtangga kita tidak mungkin boleh dirosakkan sewenangnya oleh orang luar, perempuan lain, ipar duai, keluarga mertua atau sesiapa kerana mereka sama sekali tidak berkuasa. Jagalah dan suburkanlah kebahagiaan rumahtangga dengan bergantung sepenuhnya pada ALLAH yang Maha Bijaksana. Perbaiki hubungan dengan manusia, dalamkan cinta pada Yang Esa. Jika kita tidak menyerahkan bahtera rumahtangga pada DIA, siapakah yang akan mengemudinya? Syaitan dan sekutunya yang akan berkuasa dan berleluasa meruntuhkan mahligai cinta yang dibina.
 
Jika terpisah, yakinlah janji ALLAH, ada kemudahan setelah kesulitan. Bersangka baiklah, selautan rahmat dan nikmat akan mengganti musibah yang dilalui..ameen.  Kekuatan itulah membuat kan diri ku lebih tabah menjadi "SEORANG WANITA".
 
ALLAH yang melindungiku, dariNYA segala kekuatan
 
Sesungguhnya diri ini dalam titipan ALLAH. Engkaulah sebaik-baik penjaga. Bantulah diri ku untuk menjaga segala aturan dan syariatMU, agar ENGKAU selalu berada di hadapan kami untuk memberi bantuan dan bimbingan. Jagalah ALLAH wahai wanita, nescaya ALLAH menjagaMU..
 
Hanya ALLAH yang mampu menolong dan mengabulkan permintaan
 
Segala-galanya dari MU. Cukupkanlah diriku dari meminta-minta kepada manusia. Bantu diriku agar tidak membebankan hati ibu bapa dengan sesuatu di luar kemampuan dan keupayaannya. Balaslah kebaikan ibubapa dan insan-insan yang menjadi wasilah bantuanMU kepadaku Ya ALLAH. Banyak yang telah ku minta dari MU, dan akan terus meminta, berikan aku redha akhirnya. RedhaMU. Bantu aku berusaha wahai teman.
 
Sesungguhnya ALLAH sentiasa mendengar dan memahami segenap bisikan hatiku
 
Pasang surut perasaan ini, hanya Tuhan yang tahu. Kesedihan dan senyuman ini, hanya ALLAH yang mengerti. ENGKAU yang menjadikan kami gembira dan berduka. Luruskan perasaan ini dan perasaan teman hidup yang kami kasihi, agar sentiasa dalam petunjuk ALLAH dan Rasul. Lindungi hati hamba-hambaMu ini dari dikuasai syaitan dan nafsu.
 
Ya ALLAH sungguh tidak berhenti KAU menguji hambaMU ini dengan ujian kesenangan dan kesusahan… Bantu diriku ya ALLAH untuk lulus dan terus istiqamah beriman. Sesungguhnya dunia adalah medan ujian.
 
ALLAH adalah tujuan kehidupan, yakinlah hari akhirat yang menungguku
 
"oXoXo, kenapa orang yang bukan islam kelihatannya melalui alam pernikahan yang menggembirakan, sedangkan mereka tidak beriman kepada ALLAH…"
 
"Kerana cinta mereka hanya di dunia…sedangkan kita mengharapkan cinta dan perkahwinan ini berterusan hingga ke syurga…"
 
Berlinangan air mata....Sesungguhnya niat dan pengakuan ini akan terus diuji dan diuji...!

Happy Birthday Puan Sri Mama ;)


The chance of Puan Sri Mama reading this is very thin, but what the heck eh..? 

Just want to take this opportunity to wish the greatest mother on earth ever lived...

A VERY HAPPY BIRTHDAY MAMA...! 

Eid Milad..! Sannah helwah...! Selamat Hari Lahir! Allah Selamatkan Kamu!
Bla bla bla..
[Insert other languages for happy birthday] xD

May Allah bless your 52nd year in this world with lotsa happiness and wealth and good health..! And most importantly, may your life be blessed in this world and in the hereafter..!

And thanks so much, for 27 years and 3 months ago, you brought me to this world. :) For that, I can't never thank you enough. May Allah repay all your kindness, lotsa loves and sacrifices with jannah, Insha-Allah..

Love you so much Puan Sri Mama! *muahcks* Eh. 

"A man came to the Prophet and said, ‘O Messenger of God! Who among the people is the most worthy of my good companionship?' The Prophet said: 'Your mother.' The man said, ‘Then who?' The Prophet said: 'Then your mother.' The man further asked, ‘Then who?' The Prophet said: 'Then your mother.' The man asked again, ‘Then who?' The Prophet said: 'Then your father.' "

[Mutafaqun 'Alaih]

-gabbana-

Eceli plan nak tulis panjang-panjang post ni; nak cita pasal Puan Mama semua. Tapi tunggulah Hari Ibu nanti. Hihihi.. Nanti dah takde modal pulak nak tulis apa.. ;p Gambar Puan Sri Mama juga tidak dapat dikepilkan bersama atas sebab-sebab keselamatan negara sekarang ini... dalam erti kata lain, mama saya sgt comel sebenarnya Err...

Friday, January 13, 2012

Ya Latif..

Ya Latif.
Berikan aku hati yang lain.
Yakni hati yang lebih yakin.
Hati yang lunak.
Agar mampu mencintai-Mu.
Aku dambakan kebaikan.
Yang melahirkan kebaikan.
Aku pohon ketenangan.
Yang memberikan ketenangan.
Pinggirkan segala sengketa.
Hampirkan semua cinta.
Tanpa dendam.
Tanpa prasangka.
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi, 2011)
Nota kaki: Serpihan perbualan hati bersama seorang sahabat kelmarin. Melihat kesakitan itu saya semakin takut. Takut mahu memberi jiwa walau sekelumit. Hati ini tidak tahu, bila lagi ia akan terbuka. Selagi belum seru, biarkan ia tertutup rapat-rapat tidakkan terbuka.

Tarik nafas & hembus...

Tarik nafas. Hembus. Mari belajar sifat Rasulullah s.a.w. Mari belajar sifat bersabar.

Masa berlalu dan tahun berubah.

Tanpa saya sedar.
Entah
Sejak bila saya berubah perlahan-lahan.

Daripada seseorang yang suka marah dan mudah mempamerkan kemarahan, saya jadi manusia yang suka pendam perasaan.

Pendam kemarahan.  Mungkin sejak saya mengenali erti dunia sebenar..
Tepuk-tepuk dada, sambil kata,
‘Tahan Izzati, Allah tengah uji kau ni.’
Mungkin juga dengan seiring pertambahan usia saya sudah menjadi semakin pemalu. Malu mahu mempamerkan kemarahan seperti perasaan malunya membuka aurat di khalayak ramai.

Satu kejayaan peribadi apabila dewasa ini, pada saat api marah memercik-mercik menguji tahap kesabaran, saya ukir senyuman seorang diri sambil tahan perasaan. Seperti nasihat orang-orang yang terlebih dahulu makan garam. Kata mereka. Tiada guna marah-marah. Hanya akan memburukkan keadaan, membuatkan orang lain tertekan dan akhirnya diri sendiri yang terbeban.

Kemarahan saya lewat ini, saya sembunyikan dengan air mata yang turun sampai bengkak mata. Selepas turun air mata, serta merta saya lega. Dengan izin Allah, saya tidak akan ambil hati atau simpan rasa marah-marah lama-lama. Mungkin, saya akan kelihatan dingin dan annoying dalam sesuatu tempoh masa. Saya menjauhkan diri bukan kerana saya benci. Saya cuma sedang memujuk hati. Berikan saya sedikit ruang dan masa. Jika sudah mengenali siapa saya yang sebenarnya, mereka akan tahu saya ini takkan lama marahnya.

Malah saya boleh bergurau, ketawa dan senyum seperti tidak ada apa-apa yang berlaku.Bukan lakonan tetapi itulah curahan perasaan positif yang Allah berikan. Hati saya hati hitam berkarat tetapi mujurlah Allah menganugerahkan saya sifat pelupa akal tak lekat. Mungkin, inilah hikmahnya. Saya terlupa saya ‘sakit’. Saya terlupa saya sedih. Saya terlupa saya marah. Yang saya ingat, rasa kasihan, rasa sayang, rasa kasih.Selalunya rasa-rasa ini akan mendahului rasa marah saya. Alhamdulillah.

Untuk hari-hari yang lalu sehingga hari ini, setakat itu sahajalah marah saya. Mudah-mudahan ada kelansungan dalam mempertahankan kesabaran. Mana tahu jikalau Tuhan mahu menguji lagi. Dihantar-Nya kepada saya sekumpulan manusia yang mencuba mendidihkan darah saya. Sengaja Allah mahu lihat, saya akan menggila memaki hamun atau diam-diam tahan sabar dan senyum macam gula-gula.

Mampukah saya?

Tiada manusia sempurna.
Kita manusia biasa.Kita bukan Malaikat. Kita berhak marah. Tetapi, jangan terlupa, kita juga berhak bahagia. Bagaimana mahu bahagia jika dalam hati ada rasa marah dan dendam? Kita berhak sedih tetapi kita tidak berhak untuk melaknat. Yang menghukum atau memberikan balasan itu kerja Dia. Kerja kita, menerima ujian, merasai kemarahan, mempraktikkan kesabaran, memaafkan dan kemudiannya melupakan.

Tak payah dan tak mudah kerana kebanyakan kita tidak berjaya di frasa ‘memaafkan dan melupakan’. Tetapi , cubalah. Mudah-mudahan amalan dan usaha sekecil ini, dinilai Tuhan dengan sebesar-besar rahmat dan keredhaan.

Jika mereka menyanyi begini.

‘Aku maafkan kamu. Tak perlu kita bertemu. Cukup kau tahu, yang aku maafkan kamu. Tolong teruskan hidup. Jangan sebut namaku.’

Saya pula akan menyanyi begini.

‘Aku maafkan kamu. Jumpa lagi nanti. Kan kuberikan senyuman paling manis paling menawan. Sebagai tanda aku sudah meneruskan kehidupan, sudah memaafkan dan sudah melupakan. Semoga masih sudi menyebut namaku dalam setiap doa dan harapanmu kepada Tuhan'
Jangan biarkan kebiadaban mereka memusnahkan kesopanan kita.

Kita sopan. Mereka segan.
Kalau mereka ada perasaan.
Untuk diri sendiri dan hati-hati yang mahu menerima.
Sebelum menghamburkan kemarahan, mari kita berfikir sejenak. Adakah marah kita itu akan semakin membaikkan keadaan atau akan semakin memburukkan keadaan?
Kita ada dua pilihan.
Diam atau ucapkanlah kebaikan.

Ada yang ditakdirkan memberi, jangan minta balasan.
Ada pula yang ditakdirkan menerima dan mengajar yang lain erti kesabaran.
Itu lumrah kerja berkumpulan dan dunia itu berputaran.
Belajar terima kenyataan.
Jangan marah.
Jangan tertekan.

P/S:
Awan, andai dapat kusentuh maka saktilah hamba.
(Ramlee Awang Mursyid)

Sudah lama tulis dan letak dalam draft, hari ini saya publish selepas berbual dengan Nunul. Dia mengingatkan kembali 'kegarangan' saya suatu masa dulu,semasa zaman kanak-kanak hati batu.

Wassalamualaikum w.b.t.

Tiga malam tanpa bulan...

3 malam tanpa bulan TAPI saya tak kisah.
saya macam rasa … enak jugak malam-malam yg dilalui tanpa bulan... :P
sbb saya harap..
bila bintang muncul nanti…
cahaya dia lebih terang.
Insyaallah.
kalau tak terang?
kalau lebih malap?
pun saya tak kesah.
sbb saya dah ada keyakinan sendiri.
Kepada seisi dunia…

Saya tak perlukan bantuan hayat ketika ini. Saya sememangnya okay dan baik-baik sahaja. Malah lebih baik dari kehidupan-kehidupan yang lalu. Saya juga tidak lagi dirundung kesedihan mahupun penyesalan. Saya betul-betul berterima kasih kepada kehidupan. Saya dah jumpa sebahagian besar masalah saya. Saya mengalami kegawatan motivasi yang kronik. Pulang rumah, tak ada ibubapa. Tiap kali weekends bila pulang rumah, saya jarang sekali join ahli keluarga sebab yang pasti parents saya berada jauh nun di sana & adik-adik sudah tentu mempunyai rutin harian tersendiri termasuk lah saya dengan diri sendiri dan kadang-kadang dengan seloroh ajak bibik saya “berdating” .

Woopsss!! banyak btol update yg saya tertinggal. Tiba-tiba saya rasa terharu sgt. Sbb betapa lama rasanya tak dengar nasihat-nasihat agama dari ayahanda & bonda. Betapa lama rasanya tak sembahyang jemaah dengan ahli keluarga kerana kesibukan tugas saya sendiri n time untuk diri sendiri apetah lagi. Yer, masalah saya adalah… saya tak boleh jauh dari keluarga dan bila kerja begini membuatkan saya jauh dari  mereka, komunikasi telephone la penghubungnya, tak kira dalam dan luar negara, saya sanggup hanya untuk denga suara mama dan ayah.
Semalam, mama kata … kalau jarang baca al-quran, nanti jadi orang yg busuk hati. Sesungguhnya saya mmg kegawatan motivasi rohani kot sekarang..hihihi.
 
Mama pesan… jangan tinggal solat. Jangan solat laju-laju (seperti yg sering dilakukan oleh kami adik-beradik masa dulu-dulu. Solat laju-laju sbb nak kejar rancangan TV). Lepas solat jgn lupa doa. Nanti Allah murka. Org tak doa lepas solat ialah orang yang riak sbb tak mau meminta pada Allah. Sebenarnya kata2 mama beberapa hari lepas sgt menyentuh hati. Kata mama, kalau tak berdoa lepas solat, macam mana nak bantu mama dgn ayah bila mereka sudah tiada kelak. Saya sgt tersentuh.
 
Hari makin hari, makin byk melakukan dosa.
Dan yang paling menyentap jiwa….
Mendengarkan cerita ayahanda tempoh hari selepas solat Isyaq.
 
“Kalau kita berbuat dosa pada Allah SWT… Allah pasti maafkan bila kita memohon padaNYA. Sbb Allah Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat. Tapi dosa sesama manusia itu yang paling besar”.
 
Mama kata, tak boleh menyakiti sesama manusia. Tak boleh mengata keburukan orang lain, Tak boleh bercerita keburukan orang yang telah mati (yer, terkadang saya masih mengungkit kesilapan orang yang telah pergi. Astahfirullah). Mengumpat itu adalah dosa-dosa besar yang paling seronok dilakukan (Ya Allah.. saya juga banyak melakukan ini). Dan juga dosa-dosa sesama manusia yang timbul dari hasad dengki.
 
Lagi, kata mama… manusia yang terlalu byk bercakap itu.. tanpa disedari boleh terpesong akidahnya. Barangkali, paginya kita masih Islam, tapi petangnya… kita sudah menjadi munafiq. Dan kadang2… kita mempersoalkan kuasa Allah tanpa kita sedari.
 
Yer, itu lah sedikit sebanyak update terbaru motivasi yg saya dapat.
 
Actually saya kagum dgn ayah. Ayah tak pernah langsung cerita yg buruk-buruk tentang orang lain. Saya sgt kagumi sikap ayah. Dan untuk pengetahun semua, rezeki ayah bertambah lagi bila ayah di SAHKAN JAWATAN jadi org terpenting dalam kerajaan dan saya sangat bangga dengan kejayaan ayah, alhamdulillah.  Untuk pengetahuan semua, saya mmg orang degil. Hanya nasihat ibubapa saja yg selalunya berjaya nasihati dan lembutkan hati saya. Itulah sebenarnya yg ingin disampaikan utk kali ini.
 
Baiklah, tadi kisah pedoman buat semua. Ini pula kisah diri sendiri.
 
Saya sebenarnya mengaku kesemua kesilapan saya. But the most unaccepted thing is when… your own problem becomes a problem to others. I don’t understand why when once things are all about me, the whole world will be influenced. And… why did.. for every single mistakes that i’ve made, there is always no excuses for me. And why did peoples never tried to put themselves in my shoes. But peoples will never knew the other peoples’ problem unless THEY WERE THEM.
 
Issh, geram! Geram sbb saya nak je curahkan sepuasnya kat sini but yeah babe.. takkan saya nak lelong kisah peribadi saya kat satu dunia kot. Dan saya sgt terkilan dgn perlakuan-perlakuan manusia yang lagi suka memanipulasi cerita rather than discover the truth. (okay, istilah saya berada di pihak yg benar mmg tiada tapi sentiasa ada kebenaran kepada setiap kesalahan)
 
I’ve told one fren of mine everything. After telling her that stupid thing, saya rasa sgt2 better. Apa2 manipulasi yg dilakukan terhadap peristiwa itu dan di sini, saya tidak kisah. Because what is important most is, no such INCIDENT will happen again.
 
Now, i just want to keep on praying to Allah semoga berlakunya keajaiban bernama ‘petunjuk’ dan ‘cahaya’.
 
Apa yang saya mahu sekarang hanya ‘kesatuan’ pedoman antara dua insan yang tidak berse-pedoman. Kesatuan ‘pedoman’ adalah perkara nombor satu untuk meneruskan riwayat cinta. Or else, saya HARUS lakukan sesuatu dan belajar untuk berpisah. Thats all. Yeah, it sounds easy. Jadilah saya, dan rasakan kepayahannya. (mmm… learn to leave each other…. mmm… )
 
Okay la..
I was actually happy today.
Hey, u owlzz! Jgn ingat saya sedang merana mau mati.
I’m just fine. Semuanya okay saja di sini.
Just that… terkilan tak dapat meluahkan apa yg patot diluahkan.
And actually…
Saya indecisive sekarang ni.
Tak Tau Antara Dua.
-signed out-

Monday, January 9, 2012

Eyes were wet with tears...

Assalamualaikum wbt
My eyes were wet with tears for the whole day. And I can’t forget the past even for a minute. Everything seems wrong to me. But I know I have to have faith in this.

Rabbi yassir wala tu’assir.

Sunday, January 8, 2012

Kononnya laaa...

Assalamualaikum wbt

Dengan bersemangat, saya berhajat hendak menulis panjang pada malam ini. Tapi tiba-tiba pula menguap. Mengantuk dah datang. Kita sambung cerita hari esok sajalah ya.

Esok, kita buat cerita panjang rangkuman kisah yang sebulan yang lalu. Macam-macam rasanya yang hendak saya cerita. Tapi serius memang tak boleh tulis malam ni. Mengantuk sangat dah ni.

Selamat malam semua.

Tunggu ye...

Assalamualaikum wbt

Kalau selama ini saya boleh menunggu untuk satu tempoh yang lama, mengapa tidak untuk sedikit saja lagi. Tidak salah kan kalau menunggu?

Kamu, jangan jauh lagi. Kamu tidak pernah tahu tapi inilah doa saya dalam setiap tadahan tangan dan sujud-sujud malam.

Kamu tidak perlu untuk tahu. Kamu cuma perlu untuk sedar.



Assurance & Trust

Assalamualaikum wbt

All that a woman wants is an assurance. The rest comes later. Unlike women, all that a man wants is a trust. The rest will be simple. If they both give and take, harmony is their rhyme.

Note: I’m a woman. And so I do.

Melihat dan tengok

Assalamualaikum wbt

Saya tak pasti virus apa yang berleluasa kini tapi yang pasti, sejak tiga hari lepas, andai saja saya ada masa terluang ketika menghadap laptop, saya akan membuat tiga perkara ini:

1) Melihat-lihat gambar kahwin orang lain. Serius tak ada kerja betul saya ni. Yang cantik-cantik tu akan buat saya tersenyumlah. Lepas itu, boleh pula mengomen itu ini seorang diri pada apa-apa yang tidak kena pada pandangan mata saya. Solekan tak comellah. Baju ketat sangatlah. Hihi.

2) Membelek set-set pelamin yang menjadi pilihan ramai pada masa kini. Kebanyakannya jenis panel. Sanggup tu saya meninjau dari satu website ke website yang lain. Bukan hendak buat apapun. Tengok saja. Lepas tu teruja seorang diri. Lepas tu macam ada sedikit berangan-berangan. Kalau boleh mahu pelamin yang macam buaian. Ngeeee~

3) Melihat hiasan hantaran kahwin dan barang-barang yang biasa dijadikan pilihan hantaran dewasa kini. Ini agak subjektif sebenarnya. Sebab citarasa semua orang adalah berbeza. Ada yang suka hantaran yang kompleks. Yang sarat gubahannya. Kalau saya, saya suka yang ringkas. Cukup sekadar ada bunga segar sebagai hiasan pada setiap dulang itu. Boleh begitu? Barang hantaran pun satu hal lagi. Set minyak wangi, kasut, beg tangan semua tu adalah terlalu biasa dan saya tak pakai semua tu. Boleh tak kalau dibuat kelainan dengan memberikan/diberikan iPhone4 ke, Canon EOS 7D ke. Tapi untuk saya, cukuplah sekiranya diberikan sebuah EOS 5D Mark II full-frame DSLR. Firmware v2.2.1 berwarna UNGU. I mind you. Ungu tu. Mana nak cari =p Paling tidak pun, sehelai jubah hitam bersulam benang silver di lengan SAIZ SAYA. I mind you sekali lagi. Mana nak cari saiz saya ni sekarang kerana adakah badan yang semakin mengecil. =p

Dan bila saya fikir-fikir semula, buat apa saya buang masa melihat semua ni. Bukannya nak kahwin pun lagi. Serius buang masa, kamu tahu. Sebab semuanya cantik-cantik dan akan mendatangkan rasa keterujaan yang tinggi di lubuk sanubari.

Disebabkan sangat acap melihat gambar kahwin, mimpi di malam hari pun terbawa-bawa segala keterujaan ini.

“White-cream… Simple yet very sweet.”




~This piccas taken semasa menunggu boss d function semalam~

Fitrahnya rasa

Assalamualaikum wbt

Fitrahnya epal merah, di saat kita mula menggigitnya, pasti ada sedikit masam yang kita rasa. Tapi tidak lama. Selepas jusnya kita peroleh, yang manis-manis saja kita rasakan.

Saya nekad. Saya mahu terus bertahan dengan rasa masam yang ada. Kerana saya mahu menikmati manisnya epal itu di kemudian hari. DENGAN SEPENUH HATI.

Dan manisnya epal itu, hanya ada pada kamu!

Nota: Salam malam buat semua, esok sudah mula kerja. Sebenarnya, saya tak sabar nak khatam Quran tahun ni =)

Bina Semangat

Assalamualaikum wbt
Malam hari Jumaat yang sangat luar biasa dan lagi beberapa saat melepasi tarikh 9 Disember 2011. Ada rahsia tersimpan di sebalik heningnya suasana. Awal pagi yang sepoi2 bahasa bersama himpunan bintang malam yang hadir dan akan datang lagi suatu hari nanti. Yang telah terjadi kerana Allah telah mengkehendakinya terjadi. Kerana itulah yang termaktub. Moga bertemu lagi dalam janjinya yang lebih indah.
9 Disember 2011
Suasana yang ceria.. Sebulan sudah ianya berlalu :)

Ruz Billaban ~ Mencari Habib albey

Ruz Billaban

Suatu waktu dulu
Aku dilamarmu
Tanda setuju
Kata hati dan aturan tuhanmu

Tertulis di Luh Mahfuz
Akulah bakal isterimu

Telah aku lalui jua
Saat kau datangi hidupku dengan lafaz syahadah
Bekal katamu buat harungi dunia
Juga pasak kehidupan kita berdua
Lalu dengan itu aku terima
Kau datang dengan penuh adanya
Kerana kau suamiku
Habibi jiwa pundak aku letak

Bait kita kau hamornikan
Basah lidah alunan Al-Quran
Harum indah bagaikan di taman khayalan

Cinta kita kau asyikkan
Kenalkan aku lebih dengan tuhan
Aku senang, kerana itulah idaman
Untuk hidup dan mati di atas landasan

Senyummu melerai simpul di hati
Susahmu mendurja sengsara nafsi
Sedihmu membasahi pipi ini
Marahmu mengundang pilu segenap nadi

Lalu aku persiapkan diri
Dengan hiasan muslimah solehah
Agar kau tenang melepas lelah
Kerana aku mendokong syariah
Pendamping tatkala kau senang dan payah

Urusanku kau permudah
Jemuranku kau persudah
Masakanku kau jamah
Demamku kau demah
Sakitku tiada lemah
Kerana pasti akan tersedia
Nasi susu tanda sayangmu
Ruz billaban di sisiku

Tidurmu kudampingkan
Sunyimu kuhiburkan
Jatuhmu kubangunkan
Sedihmu kulagukan
Sakitmu kubelaikan
Dan pasti jua kutanakkan
Ruz billaban
Dingin bertaburan kismis manisan
Buat insan pilihan
Yang sentiasa aku rindukan
Dalam doa dan tangisan

Suamiku Ya Harisan
Ya Habib Albey
Bidadara dunia teman dari Ilahi

*Ruz Billaban bermaksud nasi susu, hidangan Arab Mesir yang disajikan sebagai manisan yang boleh menyejukkan badan. Beras yang dimasak dengan susu ini membuatkan nasinya pekat tapi bukan bubur. Gula dan kismis ditambah sebagai pelazat lidah. Saya mula mengetahui akan ruz billaban bilamana membaca novel Ayat-ayat Cinta karya Habiburrahman Al-Sherazi. Ketika Fahri sakit, Maria menyediakan ruz billaban untuknya. Hati selalu tertanya-tanya bagaimana rasanya ruz billaban. Alhamdulillah. Kunjungan ke suatu tempat itu benar-benar terjadi seperti yang saya impikan. Perjalanan menjejak Ayat-ayat Cinta. Rezeki juga, sempat pula saya bertamu ke rumah cucu keturunan Rasulullah saw, Sheikh Muhammad bin Ibrahim bin Abdul Ba'ith, dan dimakbulkan Allah, sempena Hari Asyura, isteri Syeikh menyaji ruz billaban buat tetamu. Sungguh! Hati telah jatuh cinta pada Ruz Billaban. Dalam perjalanan pulang dari sana ke tempat destanasi, saya berseloroh dengan sahabat baik saya, Min, yang saya akan menulis sebuah sajak yang bertajuk Ruz Billaban.

Habibi = Kekasihku
Bait = Rumah
Harisan = Yang Bijak
Habib Albey = Kekasih hatiku ('ami/sebutan pasar)

Nota kaki: Ya Babib Albey, di mana kamu berada... dalam istikharah itu, saya berdoa untuk seorang habib albey.  Tiada yang tidak indah melainkan yang indah-indah belaka, insya Allah.

Malam menemani diri... rindu sangat pada saat dan waktu itu