Friday, January 13, 2012

Ya Latif..

Ya Latif.
Berikan aku hati yang lain.
Yakni hati yang lebih yakin.
Hati yang lunak.
Agar mampu mencintai-Mu.
Aku dambakan kebaikan.
Yang melahirkan kebaikan.
Aku pohon ketenangan.
Yang memberikan ketenangan.
Pinggirkan segala sengketa.
Hampirkan semua cinta.
Tanpa dendam.
Tanpa prasangka.
(Ustaz Pahrol Mohd Juoi, 2011)
Nota kaki: Serpihan perbualan hati bersama seorang sahabat kelmarin. Melihat kesakitan itu saya semakin takut. Takut mahu memberi jiwa walau sekelumit. Hati ini tidak tahu, bila lagi ia akan terbuka. Selagi belum seru, biarkan ia tertutup rapat-rapat tidakkan terbuka.

No comments:

Post a Comment