Saturday, July 30, 2011

...Dreams Come True

Master Bedroom...Along consulting for the interior...SUPERBB!!!!

Hall... LORENZO okies...

Same like Teratak Walid di Kampung Losong Haji Su

Coffee Table...

Bell...macam di Istana :)

Willdan aKa B...my cute cousin

SUPERB nice....

I love this...selesa sangat duduk...bab price jerr fenin :(

Kitchen...My mums cook something tuuu... :)

Don't you know that dreams come true
Love is just a second away
(Better take a look inside)
Make that magic rule, let the miracle stay
(You gotta take a look inside)

Thursday, July 28, 2011

Mula menghitung hari...

Hari ini 19 Syaaban 1432 H. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan tiba.
 
Dalam mengira detik-detik yang akan berlalu hingga menemui Ramadhan, hati terasa amat berdebar-debar juga merasa sayu. Apakah masih ada lagi waktu untuk diri kita mengecapi kemanisan Ramadhan yang mungkin hanya bakal tiba dalam beberapa hari lagi?

Masih adakah hari-hari esok untuk kita bertemu dengan Ramadhan?

Setelah setahun kita menunggu, apakah masih ada Ramadhan untuk kita pada kali ini?

Doa daripada Rasulullah s.a.w diriwayatkan daripada Anas r.a:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."
(H.R Baihaqi)

Moga dalam keberkahan persediaan ini, Allah menyampaikan kita kepadanya.

~Wahai Tuhan, sampaikanlah kami kepada bulan kerahmatan dari-Mu, Ramadhan Kareem. Hari demi hari dihitung, mogakan bertemu wahai bulan yang dirindu oleh semua kaum mukminin.~

Limited Edition...vrooommmm

...waiting for my new baby (*J*)
~lalalalala....~

Wednesday, July 27, 2011

Hmmm..entahla

Senyum.
Hujan lebat di luar sana.
Kesejukkan menghimpit tatkala mahu menulis.

Jujur.
Aku takut kalau aku jatuh hati dengan seseorang yang menjadi milik orang lain. Sangat takut kerana aku pernah mengalami perasaan terpaksa meninggalkan dan melepaskan cinta sendiri apabila bekas teman lelaki jatuh cinta dengan perempuan lain. Aku berada di kedudukan yang terpaksa melepaskan dengan rela hati walaupun aku tahu aku hadapi kesakitan sendirian.

Tidak mengapa.
Itu cerita dahulu.

Tapi demi kebahagiaan manusia yang aku cintai, aku lepaskan sahaja.

Senyum.
Itu cerita lama.
Bila kawan aku menghadapi perkara yang memungkinkan dia bakal merosakkan kebahagiaan orang lain dalam membina kebahagiaan sendiri, aku takut adakah teman wanita lelaki itu adalah dari jenis apa. Adakah akan diam dan merelakan lelaki itu pergi atau bakal menyerang kawan aku itu kembali?

Entah.
Aku mohon doa yang baik-baik sahaja.
Keliru.
Aku sendiri sedang melalui perkara yang buatkan aku keliru.
Duduk termangu.
Fikiran terganggu.
Lebih banyak diam membisu.
Minda kosong dan celaru.
Sentiasa fikir, adakah ini yang aku mahu?
Adakah ini perjalanan dalam mencari sesuatu?
Diam, tunduk tengok batu.
Kaku.

Nota Kaki :
1. Melalui suatu hari yang menggembirakan dan bermakna.
2. Sudah gila minum jus epal pula. Haish, bila nak teruskan rejim minum jus pisang?

Ramadhan Greetings

Salam and Greetings To All!

First, here's wishing everyone a wonderful Ramadhan and, may God bless us all in this coming glorious month.

It seems there's a lot of catching up to do and the clock is ticking remarkably fast these days. With all sorts of viruses flying around (both disease & politic), we'd think the world is coming to an end. But in faith, I believe time is on our side.

And thus begins this new life, bearing the responsibilities of meyhhh, in the eyes of God.

Until then, Wassalam.

Ramadhan kembali dan jauh sendiri...

Salam sejahtera buat seluruh muslimin dan muslimat

Ramadhan akan kembali lagi pada tarikh 1 August 2011. Setelah setahun menyepi dari suasana kehidupan kita yang huru-hara dibalik tenang, dalam diam, Ramadhan kembali menggamit jiwa seluruh umat Islam sejagat. Syukur dipanjatkan pada Illahi akan rahmat kebesaran-Nya.

Dan tanpa putus asa, kita meneruskan perjuangan menahan lapar dan dahaga, dan lebih-lebih lagi, pelbagai hala tuju emosi hati yang sentiasa mengajak kita ke arah kemungkaran dan kelalaian, a.k.a nafsu nafsi.

Ini mungkin berlaku akibat dari kelesuan di siang hari, mungkin juga akibat gangguan persekitaran yang menewaskan kita di lapangan perjuangan untuk memperolehi rahmat-Nya. Walau apa jua yang mendatang, sentiasalah kita berdoa memohon kepada-Nya agar diampunkan segala dosa besar dan kecil yang lalu, yang sedang dan yang mendatang, mohon ketenangan jiwa yang khusyuk, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat, ditetapkan hati pada jalan-Nya yang lurus, dan sentiasa memohon agar dipelihara dan diredhai oleh-Nya, yang Maha mengetahui akan setiap segala sesuatu.

Pasar-pasar Ramadhan di setiap ceruk negeri bakal memeriahkan selera untuk berbuka puasa. Keluarga, rakan dan taulan kembali bersama mengeratkan hubungan silaturrahim, setiap ruang bertukar wajah menambah seri persiapan di Aidil Fitri. Tidak lupa juga buat kumpulan jemaah yang menerangi ruang-ruang mesjid bersama-sama para malaikat yang seiring sujud menyembah Yang Satu.

Ambillah peluang terbaik ini untuk menjelaskan apa yang terkias, menyucikan semua yang kotor, menyuratkan setiap yang tersirat, menyelesaikan segala yang tertunggak, bermohon dihiaskan hati, ucapan dan perlakuan dengan keikhlasan yang tulus demi kebaikan dan kebahagiaan insan yang sejati.

Jalanilah kehidupan dengan penuh kesyukuran, kesabaran, dan ketaqwaan. Majulah sukan untuk negara.

Wallahua'lam & Wassalam.

Selamat Berpuasa Buat Semua Umat Islam...buat keluarga yang jauh di mata, ti rindu mama, ayah, adik-adik dan semuanya..salam kasih dan sayang dari jauh...

Kenapa...Cukuplah...

Kamu pernah datang.
Kamu pernah pergi.
Kamu pernah membajai hati.
Tanah yang gersang dan terbiar pernah kamu terokai.

Kamu pernah membawa sinar harapan.
Kamu pernah menyajikan kasih yang tidak mungkin sirna.
Kamu hamparkan segunung impian, menyiram sejuta mimpi indah berseri cita.
Walaupun hakikatnya kamu membunuh dengan lebih kejam seperti sebelumnya.

Kini kamu datang lagi.
Pintu yang tertutup cuba kamu buka semula.
Kata kunci, kata laluan utama menjadi taruhan kamu kembali ke kamar indah.
Kamu menjerit mahu membaca semula.
Kamu melaung mahu menulis semula.
Kamu meminta untuk memadam semua cela.

Kamu buat aku ketawa tatkala kamu muncul lagi.
Pasangan berlainan jantina masih mengerumuni.
Kamu dambakan sebutir kemaafan dan bertanya adakah layar mampu dinaikkan kembali.
Mungkinkah bahtera gagah mengharungi lautan yang tidak bertepi.
Itu mimpi.
Mimpi yang kamu sangkakan satu realiti.

Itu ilusi.
Ilusi yang kamu letakkan di mata kamu yang tidak mahu berubah.
Itu tetap kamu.
Walau masa berlari pantas.
Walau takwim bertukar ganti sambil tangan pantas merenggut helaian, kamu tetap begitu.
Kata-kata yang terhambur hanya uji kaji.
Hanya racun yang sembunyi di sebalik manisan asli.

Jangan pernah datang kembali.
Tempoh masa untuk menuai hasil sudah berhenti.
Masa membeku.
Hati tertutup.
Mata padam.
Kamu mati.
Pasti.

Jangan datang kalau kamu tidak pasti dengan hati sendiri.
Jangan kembali kalau ada lain masih bergalang merantai setiap langkah yang kamu aturkan dalam hidup di dunia ini.
Kamu hanya bakal rosakkan apa yang dibina saban hari.
Pergi!
Jangan kembali.
Minggir dari sini.

Satu kelopak demi satu kelopak gugur ke Bumi.
Kaup dengan tangan kiri.
Tumpahkan ke dalam tong sampah di tepi.
Biarkan diri diulit sepi.
Kerana kau manusia yang paling tidak diingini.
Kini.

Sunday, July 24, 2011

About L.O.V.E

To My Friends Who Are…MARRIED
Love is not about “it’s your fault”,
but “I’m sorry”, not “where are you’
but “I’m right here”, not “how could
you” but “I understand”, not “I wish
you were”, but “I’m thankful you are.”

To My Friends Who Are…ENGAGED
The true measure of compatibility is
not the years spent together but how
good you are for each other.

To My Friends Who Are…NOT SO SINGLE
Love isn’t about becoming somebody
else’s “perfect person.” It’s about
finding someone who helps you become
the best person you can be.

To My Friends Who Are…HEARTBROKEN
Heartbreaks last as long as you want
and cut deep as you allow them to go.
The challenge is not how to survive
heartbreaks but to learn from them.

To My Friends Who Are…NAIVE
How to be in love: Fall but don’t
stumble, be consistent but not too
persistent, share and never be unfair,
understand and try not to demand, and
get hurt but never keep the pain.

To My Friends Who Are…SEARCHING
True love cannot be found where it
does not truly exist, nor can it be
 hidden where it truly does.
Love is magic.
The more we hide it, the more
it shows; the more you suppress it,
the more it grows.

*To My Friends Who
Are…PLAYBOY /GIRL TYPE
*Never say I love if you don’t care.
Never talk about feelings if they
aren’t there. Never touch a life if
you mean to break a heart. Never look
in the eye when what you do is lie.
The cruelest thing a guy can do to a
girl is to let her fall in love when
he doesn’t intend to catch her fall.

To My Friends Who Are…POSSESSIVE
It breaks your heart to see the one
you love happy with someone else but
it’s more painful to know that the one
you love is unhappy with you.

To My Friends Who Are…AFRAID TO CONFESS
Love hurts when you break up with
someone. It hurts even more when
someone breaks up with you. But love
hurts the most when the person you
love has no idea how you feel.

To My Friends Who Are…STILL HOLDING ON
A sad thing about life is that when
you meet someone who means a lot to
you, only to find out in the end that
it was never bound to be and we just
have to let go.

To My Friends Who Are…SINGLE
Love is like a butterfly. The more you
chase it, the more it eludes you. But
if you just let it fly, it would come
to you when you least expect it. Love
can make you happy but often times it
hurts, but love’s only special when
you give it to someone who is worth
it. So take your time and choose the
best!

Three things never return:
the past, the neglected opportunity,
and the spoken word

Wahai anakku

"Wahai anakku! Janganlah kamu terus menelan apa sahaja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita sakit"

( Nasihat Loqmanul Hakim)

Setiap keburukan itu dibungkus dengan kebaikan..insyaAllah

Bismillahirrahmanirrahim..sejuta syukur pdMu ya Rabbul Izzati,atas segala kemurahanMu..atas segala kasih sygMu yang tiada tara indahnya.

Hari ini..Ahad..Sesuai dgn namanya, hari rehat untuk semua, begitu aku merasa tenteram dan tenang. Pagi Ahad yg suram dan tenang ini membuat aku begitu sayu..entah mengapa sejak pagi tadi aku begitu tersentuh..tersentuh dgn suasana pagi yg begitu indah…tersentuh dgn cintaNya yg terlalu byk buatku…hingga membuat aku tersenyum sepanjang hari.

NikmatNya..cintaNya..hadir meresap dlm diriku. Inilah yg dinamakn nikmat ketenangan yg selalu aku dambakan dariNya. Hari ini begitu indah…begitu tenang..dan hari ini juga aku menitiskn airmata.kerana Dia memberi satu ilmu baru lagi dlm kehidupanku. Dia mengajar dan mendidik aku dgn suatu yg baru,,Dia ingin aku mengerti sesuatu…Dia ingin aku faham atas segala persoalanku selama ini…….

Semalam..sebelum terlelap dlm lena yg panjang, aku memikirkn beberapa perkara, aku berdialog dgnNya..melontar sekadar beberapa harapan dan impianku pdNya..moga suatu hari Dia menghadirkan dan mewujudkn impianku itu. Dan pagi ini aku tahu…Dia menjawab pertanyaanku..:-)

Tadi aku membelek2 beberapa buku agama yg begitu menarik..sehingga tanpa sedar aku begitu kusyuk menghayatinya..tanpa kusedari juga air suam yg jernih itu melalui pipiku…Hari ini aku tahu perkara baru utk pelajaran hidupku…satu perkara yg akan aku pegang..akan aku katakan pd diriku selalu….

"Setiap kebaikan yang kita perolehi bermula dgn perkara yg buruk"

Aku baru tersedar akan perkara itu…aku terbaca beberapa kisah benar yg begitu membuat aku terharu akn cintaNya….siapalah aku sekadar diuji perkara yg remeh temeh.

Ada lebih ramai hambanya yg menerima ujian yg bukan sebarang. Sesuai dgn tahapnya…mmg Dia tidak salah membri ujian seberat itu krn Dia tahu hambanNya yg dipilih itu akan bisa melaluinya. Malah berjaya mengharungi kesusahan itu,hingga akhirnya terbayar dgn sebuah kebahagiaan yg tidak pernah dia bayangkn.

Untuk setiap perkara buruk yg kita terima..kita hadapi…sebenarnya itulah permulaan utk kita mendapat sebuah kebaikan…percayalah!!

Aku tadi terbaca nukilan seorg hamba Allah yg menulis mengenai bapanya…dia pernah membenci bapanya..benci pd tangan yg pernah menampar pipinya sehingga bibirnya pecah krn menghisap rokok..dia membenci pandangn mata ayahnya krn memandangnya penuh marah tika dia malas belajr….terlalu byk kebenciannya..sehinggalah suatu hari dia tersedar krn segala itulah..dia menjadi dirinya hari ini.

Kerana tgn bapanya itulah dia shingga kini tidak merokok lagi..kerana kegarangan ayahnya dia menjadi seorg yg berjaya kini..mnjadi seorg yg disiplin…..dan saat ayahnya meninggal dunia…dia memndikan ayahnya dgn penuh kasih syg. Diusapnya tgn tua yg pernah memukulnya dulu..diusapnya kaki tua yg pernah membanting tulang memerah kudrat demi anak2 nya dgn linangan airmata..diusapnya perlahan pipi abahnya yg berkedut itu dgn penuh kasih syg.

Saat itu baru dia tersedar,betapa org tua itu begitu mengasihi anaknya.

Kerana ketegasannya..barulah anaknya terdidik mnjadi insan terbaik hari ini…mengapa begitu lambat utk kita sedari..betapa perkara buruk yg kita terima hari ini sebenarnya utk kebaikn kita dimasa depan.??

Aku menitiskn airmata…begitu sayu ku rasa jauh diperdu hati. Lantas aku menilai diriku…utk setiap kesusahn dn ujian yg aku alami..baru aku tahu..kesemua itulah yg membuat aku jadi begini hingga saat ini. Hingga aku jadi begitu tabah…begitu berani berjuang utk keadilanku..begitu bersemangat menghadapi hari hariku, kerana aku pernah melalui pelbagai2 mcm ujian drNya..utk kesemua ujian Nya itu..aku benar2 berterima kasih pdNya.

Baru kini aku tahu..setiap kebaikan itu dimulai dgn kesusahan….Kita tidak tahu menilainya hingga saat bahagia itu dtg..baru kita tersedar takdir Tuhan..baru kita tersedar kasih sygNya. Aku bersyukur pdNya…krn membuat aku sedar ttg perkara ini. Selepas ini, andai ada lagi ujian yg maha hebat utkku…aku berjanji utk belajar menrima..belajar utk percaya bahawa akan ada kebaikan utkku dimasa depan kelak. Pernah seorg kawan berkata padaku…setiap semester pasti aku akan bertembung dgn masalah2 besar..aku pun sedar pkr itu..bila difikir2 balik..mmg iya.

Bermacam2 yg aku lalui…hingga pernah aku terpikir kenapa kawan2 ku yg lain tidak sepertiku..??tapi itu saat aku masih mentah dlm menilai erti kehidupan. Kini aku semakin dewasa..kematanganku seiring dgn segala yg ujian yg Dia beri, dgn segala ujian itu, aku begitu bersyukur pdNya.

Aku gembira dgn segala pengalaman yg aku lalui..manis dan pahit itu asam garam kehidupan yg membuat hidup ini lagi indah dan menarik.

Aku beruntung krn jalan yg aku lalui tidak begitu membosankan. Jalan yg aku lalui penuh liku2…penuh onak ranjau dan duri..dan dgn itu aku menjadi lebih berhati2 dlm jalan yg aku lalui.

Bagaimana jika jalan yg aku lalui begitu lancar, terlalu lurus dan tiada cacat celanya?? Pasti aku tidak reti utk mengenalNya..pasti aku tidak tahu utk bersyukur pdNya..pasti aku begitu begitu lalai dn jauh darinya..kerana jalan yg dilalui terlalu senang dn sempurna, lantas tiada apa yg ingin dipinta lagi darinya…tiada apa lagi utk aku mengadu dan bersimpuh dihadapanNya.

Lalu..alhamdulillah atas jalan bersimpang siur yg aku lalui ini. Aku belajar menjadi seorg yg berhati-hati didalam setiap langkahku..aku belajar menjadi sgt peka pada kemungkinan yg akan tiba..aku belajar utk mengenal cintaNya..dan segalanya aku belajar utk menjadi manusia yg tahu bersyukur…tahu bersujud pd keagunganNya.

Lantas kini, aku jadi takut andai segalanya begitu lancar..aku jadi takut jika Dia tidak memberi aku ujian lagi..bimbang Dia tidak lagi memandang padaku..bimbang amat!!

Tuhan..aku tidak akan gusar lagi dgn ujianMu..bantu daku selalu..didiklah diriku dgn hikmahMu yg Maha Besar itu..didiklah daku dgn ujian2 Mu,,moga dgn cara itu aku menjadi hambaMu yg tidak mudah lupa diri. Engkau lebih mengenali diriku lebih dari aku mengenal diriku sendiri….maka ajar aku

Tuhan..Tetapkanlah aku dijalanMu. Biar dibumi manapun aku tercampak, moga dlm hati ini hanya ada cintaMu. Walau kedunia manapun aku berdiri, pastikan iman ini seiring dgnMu..tidak terhakis walau sedikitpun.

Sehinggalah saat terakhir aku melihat duniaMu..pastikan hati ini..cinta ini..beriman pdMu dgn sepenuh hatiku. Tiupkanlah cintaMu selalu dlm sanubari ini..moga cintaku akan selalu bertasbih untukMu…. :-)

Allah mengerti dengan setiap apa jua dugaan yang diberikan kepada setiap hamba NYA...

APA YANG TERSEDIA UNTUKMU DIMASA DEPAN..TIADA SIAPA YG TAHU..

Doa dari sekeping hati wanita...

Tuhanku . . .
Aku berdoa untuk seorang lelaki yang akan
menjadi bahagian daripada hidupku

Seorang yang sungguh mencintai-Mu lebih
daripada segala sesuatu

Seorang lelaki yang akan meletakkan aku pada
posisi keempat dalam hatinya
setelah Engkau, Rasul dan umminya

Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya
sendiri tetapi untuk-Mu.

Wajah tampan dan daya tarik fizikal
tidaklah penting
Yang penting adalah sebuah hati
yang sungguh mencintai dan dekat dengan-Mu
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya

Dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan
untuk apa ia hidup
sehingga hidupnya tidaklah sia-sia.

Seorang yang memiliki hati yang bijak,
tidak hanya otak yang cerdas

Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku
tetapi juga menghormatiku

Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku
tetapi juga dapat menasihatiku
ketika aku berbuat salah

Seorang yang mencintaiku
bukan kerana kecantikanku
tetapi kerana hatiku

Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat
terbaikku setiap waktu
Seorang yang dapat membuatku berasa
sebagai wanita ketika aku di sisinya.

Tuhanku . . .
Aku juga meminta,
Jadikanlah aku wanita yang
dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu
Sehingga aku dapat mencintainya
dengan sekadar cintaku

“Ya Allah...apakah tiada yang namanya bahagia itu untukku didunia ini?? Kenapa hidup ini sering tidak menyebelahi diriku? Andai dengan segala derita ini Engkau ingin menghapuskan segala dosa-dosaku, alangkah ringannya penderitaan ini. Andai dengan derita ini Engkau ingin selamatkan aku dari neraka-Mu dan memasukkan aku kedalam syurga-Mu yang kekal abadi..alangkah indahnya penderitaan ini”

“Ya Allah….segalanya kuserahkan kepada-Mu. Aku hanya hamba-Mu yang kerdil yang tidak bisa berbuat banyak. Biarlah Engkau yang memilih cinta dan memilih kehidupan untukku. Aku tidak ingin memaksa Engkau memberikan apa yang aku mahu…berikanlah apa yang terbaik menurut ilmu-Mu itu padaku. Kerana seluruh hidupku..cintaku..dan nyawaku adalah milik-Mu yang mutlak dan hakiki”

Tuhan…….ku mencari-mencari cinta…akhirnya ku temui cahaya cinta sejati milik-Mu. Ingin ku peluk cinta dan rindu ini…biar tidak sekali-kali Engkau jauh dariku. Ingin ku nyatakan pada dunia...aku bangga menjadi makhluk-Mu!!Aku bangga menjadi khalifah yang dicintai-Mu.

Amin...

My 2 Little Niece - Alma & Alya

My "little" sister in-law gave birth to a brand new baby girl about four months ago, and is now going through the usual baby-raising process, invloving a lot of crying, pooping and not much sleeping. The baby is - cute, like all babies are. I'm much drawn to the process where the baby is "Awakening" (yes, with a capital A - you know what I mean). It still has a long way to go but it already seems to have some pattern matching going on, though usually nonsensical. Here we go for the piccas Alma and her baby sister Alya...

Alma

Alya

Alya & Alma

Alma

Friday, July 22, 2011

Lihat kehidupan..

Melihatkan kehidupan yang semakin lama semakin mencabar membuatkan aku tertanya-tanya, apakah kesudahan sesuatu perkara itu hanya perlu dinilai dari dua perkara utama? Baik dan buruk sahaja? Ternyata lebih banyak yang perlu dilakukan demi menjamin kesejahteraan bersama.




Salam semua.

Menulis dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat, sakit perut yang tidak diketahui sebabnya serta pening kepala yang melampau. Keseluruhannya badan tidak mendengar kata hati yang sedang gembira pada tahap melebihi paras maksima. Gila.

Senyum.

Banyak lagi sebenarnya yang dimahukan dalam hidup, cuma ini sahaja yang aku mahukan saat ini. Terlalu berharap untuk lebih kuat dan hisup penuh makna.

Nota Kaki :
1. Mungkin perlu dapatkan sesuatu untuk mengubati kesakitan.
2. Terlampau letih untuk menghadapi hidup tapi aku perlu kuat demi secangkir senyuman.
3. Tahniah kepada si dia yang telah lulus dengan cemerlang tesisnya. Awak memang layak.

Apabila kita dihadiahkan dengan sesuatu yang sangat bermakna dan menggembirakan, itu tandanya kita perlu lebih bertanggungjawab dan bersedia untuk menjaganya dengan lebih tabah dan sabar selepas menepati kehendak dan citarasa.

Persediaan Untuk Tukar Status Diri Dan Sarung Cincin Di Jari : Oh, Mungkin Belum Lagi

Disebabkan musim mengawan yang luar biasa hebatnya di hujung tahun, aku secara jujurnya agak kurang senang bila menghadiri majlis-majlis sedemikian. Kalau boleh, datang makan, jumpa pengantin sebentar, salam ibu pengantin dan cabut. Dalam setengah jam dah boleh siap kalau aku pergi seorang diri (Sadis ke pergi majlis perkahwinan seorang diri? Siapa kata? Huh!)


Bila ditebak dengan soalan adakah aku sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam menjelajahi kehidupan peribadi, aku ketawa senang hati sahaja. Ah, kalau bersedia adakah boleh terus melangsungkan pernikahan dan mengadakan majlis walimah? Pasti sahaja belum lagi kerana calon (berdehem) masih dalam proses mengenali lebih mendalam tentang hal masing-masing, insyaALLAH.



Eh, adakah ini suatu bentuk pengakuan?
Ketawa.

Nota kaki:
Dalam ketawa riang, terselit perasaan terharu bila lihat mata bundar dan comel itu. Mata yang memahami diri bagaikan lahir bersama dan berkongsi uri. Berilah kekuatan kepada diri, melunaskan apa yang dihajati dan disaksikan dalam mimpi.

Titik Titik Bicara

Titik Titis Bicara

Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.

Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.

Dalam suara penuh kedukaan dan menahan sendu di dalam jiwa, aku dapat mendengar bunyi butir bicara penuh kecewa. Ah, sekali lagi anak gagah itu tersungkur dalam mencari makna sebenar cinta yang tidak pernah dirasakan di dunia. Nikmat kasih sayang sebenar manusia kerana sehingga kini dia hanya hidup bersandarkan kasih sayang Maha Pencipta, katanya.

Sabar lah wahai seorang ibu muda..

Kamu harus tabah dalam menerima sebuah kenyataan..bila sebentar tadi aku dikejutkan dgn sebuah panggilan telefon..

"Hai kena gugurkan kandungan Hai kerana Doctor advise macam tu,baby dalam kandungan tak normal and ada masalah.."

Ya Allah dugaan ini engkau hantarkan kepada dia kerana engkau tahu dia mampu menghadapi sebuah kenyataan yang sudah pasti...dgn kekuatan dan genggaman tangan si suami untuk terus memberi sokongan pada si isteti (teman seperjuangan ku).. Allah berikan teman ku mendukung sebuah amanat dalam membawa sebuah roh yang ditiupkan dari Allah.. 5 bulan teman ku memegang amanat Allah.. Menjadi ibu yang setia mendengar dan melayan kerenah perjalanan anak manusia yang diutuskan Allah.

Wahai teman..kau layak mendapat tempat yang baik-baik disisi Allah nanti, insyaAllah sayang...sabar ye

Nota kaki:
Isinya banyak menceritakan betapa bahagianya teman ku ini ketika membawa beberapa kilogram tambahan di perutnya.  Ah, ibu mengandung anak pertama, memang sungguh teruja.
Di akhir coretan, bakal ibu itu perlukan kekuatan suami, keluarga dan teman-teman di saat ini, di saat kesedihan menjamah segenap ruang kehidupan ceria bakal ibu itu...tabahlah sayang..

Thursday, July 21, 2011

Epal...

Sayang..sebaik-baik wanita adalah wanita yang solehah..sebaik-baik perhiasan adalah wanita yang solehah..  Perhatikan wahai Muslimah, perilaku sepohon epal yang rendang.  Apabila musim berbuah berkunjung tiba, akan tumbuh buah- buah ranum.  Merah dan gebu.  Manis sekali.Jadi pada ketika ini banayak 'tangan-tangan' yang kepingin untuk merasa, memetiknya dengan rakus.Kesemuanya berebut- rebut untuk memetik untuk merasa kemanisan epal- epal yang merah masak.

Epal- epal ini banyak dikalangannya, yang merah ranum lagi manis, dengan sendirinya dan dengan sengajanya menjatuhkan diri sendiri ke tanah.Tanpa perlu bersusah payah untuk dipetik.Tatkala epal ini jatuh ke tanah,tangan-tangan yang rakus ini dengan tangkas mencapainya dan dimamah dengan serakusnya.Ada dikalangan epal ini, yang jatuhnya tidak dihiraukan oleh tangan-tangan yang bersih,lalu dibiarkan ia membusuk di tanah,sebagai habuan tupai-tupai nakal yang berkeliaran mencari rezeki, tanpa perlu bersusah payah menggapainya sendiri.Bagi tangan-tangan yang bersih ini,epal yang baik dan berkualiti,letaknya bukan ditanah,digumpali dengan kotoran dan sampah.Hilang sudah tarikan warnanya, serta kemanisan buahnya.Mana mungkin epal sebegini menjadi pilhannya?

Nun, jauh di atas, epal yang terbaik dan yang paling ranum akan kekal ditangkai.Merah dan menggebu.Sukar untuk dilihat kerana letaknya disebalik daun-daun sebagai perlindungan.Tangkainya juga tinggi,susah untuk digapai.Hanya yang benar-benar ikhlas berhajat untuk mendapatkan epal yang terbaik ini akan berusaha untuk mendapatkannya, bukan tangan-tangan yang kasar lagi rakus kerana hanya epal yang rendah akan menjadi pilihan mereka, selayaknya bagi mereka.Walaupun kadangkala epal terbaik ini risau tidak disunting mana-mana tangan manusia.Namun dia yakin,bahawa janji Allah itu pasti.Jadi, ia akan kekal dimana tempatnya berada.

Hanya tangan yang bertuah,akan berusaha mencari dan mendapatkannya.Tidak boleh direntap begitu saja sebaliknya perlu dipetik dengan cermat agar buahnya tidak jatuh dan luka.Agar bisa dinikmati secangkir madu dari manisnya epal yang terlindung..merah..segar..dan ranum..Hanya yang bertuah akan memiliki dan hanya yang bertuah yang dapat menikmati.

Tuesday, July 19, 2011

Ini Semua...

Kamu sering merasakan aku sentiasa ceria.

Kamu selalu fikir manusia jenis apakah aku.
Tiada perasaan dan hati beku.

Aku tidak pernah sembunyi.
Aku tidak mungkin akan lari.
Aku tidak akan berselindung dan menolak kewujudan diri.
Aku pamerkan buat kamu.

Kamu pernah lihat aku jatuh.
Kamu pernah lihat aku bangkit kembali.
Kamu melihat setiap inci perasaan dan jiwa yang aku hamparkan.
Walaupun kadangkala aku berkias, tapi kamu tetap bersusah payah mahu memahami.

Kamu buat aku terharu.
Kamu buat aku ingin menitiskan air mata gembira.
Kamu sentiasa buat aku tersenyum.
Kamu sentiasa mengingatkan diri aku bahawa aku tidak pernah keseorangan di dalam dunia ini.
Di dunia nyata atau di dunia maya.
Kamu sentiasa menghadirkan diri.

Ini pelukan aku.
Ini ciuman aku.
Ini kasih sayang aku.
Ini cinta aku.
Ini pelukan, ciuman, kasih sayang dan cinta aku yang ke-400 buat kamu.

Maaf atas segala salah silap aku.
Maafkan aku.
Aku tetap sayang kamu semua walaupun cinta aku milik seseorang.

Buat kamu semua - terima kasih kerana sentiasa menyokong aku.
Terima kasih kerana membuatkan aku selalu tertawa ceria.

Buat seseorang - aku tetap cinta kamu walaupun kita jauh tapi dekat.
Mungkinkah waktu akan mempertemukan kita - aku hanya mampu berserah.
Terima kasih atas cinta kamu yang sangat indah.

Maaf kalau aku sering membuat kamu semua pening dengan penulisan gila aku.
Maaf jika membuatkan kamu benci dengan aku.

Kamu mahu sedikit ubat gembira?
doa tertentu dalam hati kamu.

Nota kaki;
Aku punya sedikit khabar gembira buat kamu semua. InsyaALLAH akan ku laungkan pada penulisan akan datang. Masih sayangkan aku?