Tuesday, July 12, 2011

Bila ingat...

Kadangkala kita merenung sebuah hati yang kosong tanpa isi serta membuat kita tertanya-tanya, apakah ada peluang kita menyelinap masuk dan tinggal di dalamnya

Bila menyebut tentang hati, aku akan segera teringat apa yang pernah aku tulis sebelum ini.

Awak, ingat lagi kata kunci kita berdua?
Kata kunci hati kita berdua.
Awak ingat lagi?
Masa kita mula-mula kenal, awak cuma nampak permukaan jiwa saya.
Masa mula-mula kita kawan, awak cuma nampak luaran hati saya.
Tapi awak terima dan awak mula tamak.

Awak berdiri di luar hati saya.
Awak ketuk perlahan-lahan.
Awak datang setiap masa, setiap hari.
Awak tanya, bila agaknya awak dapat masuk ke pintunya.
Awak datang setiap hari sehingga saya kehilangan diri.
Awak marah saya - awak kata saya menyelinap masuk ke dalam hati awak tanpa perlu usaha.
Saya termangu - saya dalam hati awak, jiwa awak?

Awak merayu - berikan awak kunci, kata laluan atau apa sahaja agar awak bisa masuk ke dalam.
Saya berikan awak kata laluan.
Awak buka dengan perlahan.

Awak mula berikan sepenuh tumpuan dengan tinggal di situ.
Awak baca setiap helaian manuskrip dalam hati saya.
Lembaran demi lembaran awak baca.

Awak, bila tiba halaman yang sukar untuk difahami, mengapa awak berdiam diri?
Mengapa awak tidak mahu lebih mengerti?
Mengapa awak tidak mahu bertanya kepada saya, tuan punya diri?

Awak, hati yang awak masuki adalah hati saya.
Kamus yang awak perlukan adalah saya.
Awak, adakah awak masih mahu membaca lagi?
Atau mahu berpaling pergi?



Dan, bila ada seorang mula mengetuk pintu hati, segala nasihat yang dia khabarkan pada aku buatkan aku lebih mengerti. Betapa hidup ini sememangnya perlu dilihat dari pelbagai sudut dan jangan hanya pernah memandang dari atas, kerana kita tidak akan teringat yang bawah. Ah, terima kasih dia.

Nota Kaki :
…..Melangkah ke sebuah lagi tangga hidup membuatkan aku tahu, ini cabaran yang harus aku terima. Rasa bahagia tidak harus dinikmati bersama kerana membahagiakan manusia yang menyebabkan kita bahagia sama penting dengan kegembiraan kita. Hidup jangan terlampau mementingkan diri. Itu sahaja.

No comments:

Post a Comment