Thursday, July 7, 2011

Rebah Itu Untuk Bangkit Kembali

Semalam, aku mungkin rebah. Semalam aku biarkan diri aku tunduk pada kesakitan atas nama sebuah penghormatan pada mereka yang aku sayangi. Biarlah air mata itu tumpah sekalipun kerana aku percaya, tangisan itu adalah kekuatan untuk aku bangkit lebih kuat.


Kenapa aku seperti mewujudkan dinding antara diri aku dengan manusia lain. Aku peramah, senang didekati tetapi sukar untuk difahami. Bila DIA menyatakan sedemikian, aku menyedari sesuatu. DIA, dapat melihat jauh ke dalam diri aku yang berusaha keras mengasingkan diri daripada sakit lagi.

Sakit.
Aku dibawah pengaruh lambakan pil berwarna biru lagi.
Biarlah.
Senyum.

Aku mungkin manusia yang sentiasa telus dan berusaha membuatkan orang lain gembira walaupun hakikatnya aku sendiri yang cedera. Disebabkan pernah tercedera dengan teruk suatu ketika dahulu, aku mengubah diri aku menjadi lebih meredhai apa yang aku lalui. Walau sakit sekalipun, asalkan orang disekeliling aku tersenyum gembira, aku akan teruskan juga. Ah, bukankah aku perlu senyum supaya semuanya sentiasa baik? Hakikatnya, kesakitan itu semakin lama, semakin memakan diri dan ternyata, aku yang tanggung sendiri.

Aku : Hati saya macam kaca. Penuh calar balar, penuh parut hodoh menahan sakit dan sengsara. Saya bertahan dan saya takut, kalau satu hari nanti kaca ini pecah, saya akan lukakan diri sendiri dan orang sekeliling saya. Kalau saya sendiri tidak mengapa, tapi bagaimana dengan orang lain?

Dia: Faham.

Disebabkan itu juga, bila aku didekati dengan baik oleh sesiapa sahaja, aku membuka ruang sedikit demi sedikit agar aku juga boleh menjalani hidup seperti manusia biasa. Jika orang hulurkan persahabatan, aku menerima dengan hati terbuka, dan aku akan menggila bila aku dikhianati semula. Ramai, aku punya ramai kawan di alam realiti, tapi teman yang memahami?

Blog ini tempat aku mencurah rahsia hati.
Blog ini tempat aku simpan kemas coretan buat mereka yang mengerti.
Blog ini bukan sekadar tempat aku bermain seni.
Blog ini lebih kepada perwakilan diri.

Senyum.
Kuatkan diri.
Girangkan hati.
Kau tahu kan?

Aku senyum bukan kerana semuanya baik.
Tapi aku percaya semuanya akan baik kalau aku senyum.
Cukuplah.
Aku sudah lali dengan jarum halus penuh sakit dan benci.

Nota Kaki :
1. Sudah berhari aku menangis sambil ketawa walaupun aku tahu hati aku bengkak menahan rasa hati.
2. Sejuk.
3. Aku amat perlukan tidur selepas mengambil ubat secara berlebihan, tapi mata tidak mahu mengikut kehendak tubuh. Aku tidak mengerti.

Untuk Abg Mail : Kadangkala aku tahu aku perlu mengalah. Tahan segala marah. Sebab mengalahnya aku bukan bererti aku kalah. Tapi lebih kepada kemenangan mutlak suatu hari nanti. Buat masa ini, biarlah mereka semua bergendang dan menari. Aku kurung jiwa dalam satu almari.

(terima kasih untuk selamanya dcc saya)

No comments:

Post a Comment