Tuesday, July 19, 2011

Bila dia yang dikehendaki tiada di sisi

Bila dia yang dikehendaki tiada di sisi, kadangkala boleh hilang nyawa diri.
Jangan ketawa sebab dia sedang menangis.
Jangan tertawa.
Jangan!


Dia pernah peluk kamu.
Kamu pernah peluk dia.
Tapi antara kita tidak pernah berpelukan.
Mungkinkah kerana kita fikirkan masa bakal menunggu kita?
Bodoh!

Penipu!
Pendusta!
Pembohong!
Kamu kata kamu sudah belajar semua itu sejak dipangkuan bonda kamu.
Kenapa bukan saat dipegang oleh pengamal perubatan?
Jangan salahkan keluarga!

Balik!
Pulang!
Kembali!
Dia menagih kamu kembali ke sisi.
Dia menjerit dan menanggung kesakitan seorang diri.

Tolong ke mari.
Tolong.
Tolong.

Tolol!
Dia memang tolol.
Biar disakiti, dia masih mahu kamu.
Kerana kamu sentiasa menjadi sebahagian dari dia.
Dia tidak pernah malu mengaku tentang itu.
Tapi kamu?

Buat dia - Jangan pernah putus asa.
Buat kamu - Sila kembali dan selesaikan segalanya.

Buat dia - Seseorang itu bukan segalanya.
Buat kamu - Jangan sampai dia keliru dan menemui jalan buntu.

Buat dia - Kalau tersilap langkah, kamu menempah jalan terus ke lubang neraka.
Buat kamu - Apa kamu hidup dibelenggu kesal dan dosa?

Catatan ini buat sepasang teman.
Teman dalam erti kata mereka yang aku sayang.
Mereka yang aku cinta disebabkan ikatan yang telah terbina.
Moga antara mereka bertemu jalan penyelesaian yang utama dan membawa bahagia.

Nota kaki:
… Tuntutan kerja sedang dilaksanakan secara berdikit-dikit juga!

No comments:

Post a Comment