Monday, August 22, 2011

Kebahagiaan yang mereka mahukan...

Setiap manusia inginkan kebahagiaan. Kebahagiaan dalam erti kata mereka gembira dengan apa yang mereka mahu lakukan dalam hidup. Menikmati segala apa yang diperlukan dalam dunia dengan kemahuan sendiri. Buka menurut apa yang orang lain mahukan serta tentukan.

Dia benci dengan diri sendiri yang penakut mahu mengejar bahagia. Dendangan lagu Empat Musim beralun lembut di dalam kamar dia yang sederhana. Lagu itu berulangkali tanpa henti sementara dia cuma menterjemahkan apa yang berlaku sebenarnya dalam hidup. Tangan pantas menukar lagu apabila dia sudah tidak mampu mengira lagi. Tidak, dia tidak mampu untuk buat keputusan drastik yang bakal meragut segalanya pergi, lebih baik sahaja dia ketawa dan senyum pada diri sendiri.

Awak, masanya sudah tiba.
Untuk melangkah pergi..
Awak sudah lama terseksa.
Awak langsung tidak diingati.
Awak, silakan ketawa geli hati.
Air mata yang mengalir itu tidak beerti.
Langsung dia tidak peduli.

Awak, sudah cukup dugaan.
Sudah cukup melakukan kesilapan.
Sudah cukup menunggu orang yang langsung tidak mempedulikan.
Sudah cukup buang masa menggantung harapan.

Dia sudah menjauh.
Awak tolonglah berhenti sebelum lenguh.
Cukup juga dengan mengeluh.

Awak, dia bukan untuk awak.
Bahkan dia tidak layak.
Tidak sesuai untuk awak berteriak.
Tidak sesuai untuk awak simpan bawah ketiak.

Awak, teruskan senyuman.
Kekalkan kesihatan.
Sebab itu sahaja caranya awak dapat bunuh kisah menyedihkan.
Itu sahaja yang awak dapat buat menebus kesilapan.
Menebus kebodohan.
Menunggu dia yang bukan-bukan.

…Jadi seorang yang bujang dan tidak mempunyai ikatan dengan sesiapa bukanlah satu sumpahan. Sekuran-kurangnya aku dapat mengelakkan diri daripada terus disakiti, dikecewakan dan dikhianati.

Soba Ni Iru Ne?
Koko Ni Iru Yo?

Nota Kaki :Ada sesuatu yang kita impikan adalah lebih baik daripada langsung tidak memiliki apa-apa impian. Kalau ada seseorang yang bertanya dengan siapa aku mahu menghabiskan usia, aku akan jawab dengan bangga - "Orang yang dapat menerima aku seadanya dan mengerti bahawa aku tidak sempurna"

No comments:

Post a Comment