Tuesday, August 23, 2011

Wahai Pemilik Rusuk Kiri...

Salam Ramadhan buat awak pemilik rusuk kiri.
Ya, pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi ini.
Awak yang masih belum saya temui walaupun sudah mencari dan kecewa beberapa kali.
Tidak, itu sebahagian daripada nikmat duniawi.
Ujian dan cabaran buat diri.

Dalam menyempurnakan misi.
Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi ini.
Tidak, saya tidak akan gunakan sistem GPS untuk mencari.
Alangkah Empat Segiempat (baca : Foursquare) juga boleh dimanipulasi.
Inikan pula sistem yang dibina manusia berasaskan teknologi.

Saya lebih rela guna kompas dan protaktor, ala yang bentuk separa bulat begini.
Eh, awak tak mengerti?

Tapi itulah pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Saya ada satu sifat yang sendiri pun kurang pasti.
Perasaan memiliki dan ingin dimiliki belum hadir sepenuh hati.
Pernah muncul sekali, tapi bila musnah, saya sudah hilang diri.

Hati sudah disakiti.
Ruang atma sudah dikhianati.
Akhirnya, saya sendiri undur diri.

Biarkan manusia lain jadi permaisuri.
Relakan sang putera bersama sang puteri.
Dan saya menjadi penyimpan mimpi.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Ramadhan kali ini sayu sekali.
Sayu kerana saya melaluinya dengan perasaan yang tidak enak - rasa sedikit keji.

Tidak, ini saya rasa sendiri.
Tidak ada kena mengena dengan air di kali.
Eh, ini bukan sawah bendang mahu ada ikan keli.
Ah, kacau begini.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Awak dah solat hari ini?
[Ambil protaktor dan kompas letak di sisi]

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Saya mahu pergi menunaikan terawikh malam ini.
Awak dah pakai kain pelikat dan songkok, mahu ikut sekali?

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Sudahkah awak bersahur dan bersedia menunaikan solat Subuh pagi ini?
Selepas ini perlu pergi bekerja mencari rezeki.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Satu sahaja permintaan saya kali ini.
Kalau ada tersimpul benang ikatan yang dinamakan jodoh suatu hari nanti.
Sila jangan bunuh jantung saga - segumpal darah bernama hati.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Kalau ada pertemuan hatta di dalam mimpi.
Satu harapan saya, awak jangan pergi.
Kekallah di sisi.
Walau hanya satu ilusi.

Pemilik rusuk kiri yang belum ditemui di mana-mana sudut muka bumi.
Izinkan saya menggelar awak sebagai pemilik rusuk kiri.
Sebelum saat awak muncul dan bergelar suami.

Favvy drinks...

Chocolate PATCHI...yummy!!!

Nota Kaki :Cinta adalah tetamu yang selalu datang tanpa undangan tapi kepergiannya tidak pernah diharapkan oleh sesiapa yang menghargai dengan sepenuh hati.

No comments:

Post a Comment