Monday, October 31, 2011

Masihkah ada sayang?

tanya sama hati, masihkah ada perasaan sayang?
tanya sama hati, masihkah ada perasaan rindu?
tanya sama hati,masihkah ada perasaan ingin bersama?
tanya sama hati, masihkah aku ada dalam hatimu?
tanya sama hati, masihkah aku di perlukan lagi?

Ini surat cinta.
Bukan untuk dirimu.
Bukan untuk engkau.
Juga bukan untuk mereka.
Tapi untuk Dia.
 Diayang mengajariku banyak hal.
Kesabaran, ketulusan, keikhlasan.

Dia yang selalu menemaniku.
Disaat kamu dan engkau,
terlalu sibuk dengan urusan kalian.

Dia yang selalu mendengarkanku.
Disaat mereka,
sudah terlalu bosan mendengar ocehanku.

Diayang paling mengerti aku.
Bahkan lebih mengerti,
daripada orang tuaku.
Dia adalah Dia.

Dia yang selalu ada,
meski sering kuberbuat seakan Dia tiada.
Aku mencintai Dia.

Walau aku terlalu hina,
untuk mengatakan bahwa aku mencintai Dia.

TANYA SAMA HATI, MASIHKAH ADA RUANG UNTUKKU BERTAKHTA?

Surat buat dia...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. 

Salam kasih & sayang dari kejauhan

Kepada kamu yang tidak aku ketahui siapa;



Ke hadrat Allah ku panjatkan doa, mohon seluruh jasad dan imanku dipelihara-Nya dan ku mahu kau juga dilindungi-Nya. Apa khabar imanmu? Apa khabar akhlakmu? Ada lagi yang ingin ku khabarkan kepadamu. Aku akan tetap terus menulis kepada kamu walaupun aku tidak mengetahui siapa kamu dan akan tetap terus bercerita. Harap kamu sabar menunggu dan tetap terus membaca perkhabaran dariku.=)

Aku diuji dengan kaummu. Aku ingin tetap berlari jauh dari semua ini. Lalu, aku berjalan terus ke hadapan tanpa menoleh lagi namun dia tetap mengejar. Maka aku menoleh kembali ke belakang mohon dijauhkan dari dirinya tetapi dia sentiasa berusaha menjejak ku. Kemudian aku meniti perjalanan di sebelah kanan tiba-tiba aku melihat dia menyambutku dengan senyuman lalu perjalanan di sebelah kiri yang aku lalui. Ternyata aku tidak mampu berlari jauh lagi darinya. Lalu, ke mana lagi aku harus pergi? Sekelilingku ada dia, suasanaku seakan tidak selamat lagi. Aku kaget. Rimas. Tiada lagi ruang untuk ku bernafas. Ujian apakah ini?

Sebenarnya, aku tidak rela memberikan seluruh cintaku ini kepada sesiapa pun, apatah dalam masa terdekat ini. Itu yang sudah ku bicarakan tentang perihal nafsu. Perihal keseorangan dan bersendirian. Perihal menjaga hati. Moga Allah mengampuniku seluruhnya. Aku bukanlah insan terbaik untukmu. Terima kasih andai engkau sudi menungguku. Jika engkau memikirkan kesempurnaan dariku, usah lah engkau berharap lebih. Kerana aku hanyalah seorang wanita akhir zaman yang punya secebis harapan untuk mencintai kamu, bakal suamiku. 

Semalam dan hari ini aku diuji dengan kesakitan lagi. Mungkin sebagai kifarah dosa. Alhamdulillah, Allah telah menyembuhkanku walau bukan sepenuhnya lagi. Tekak masih perit untuk menelan tapi aku cuba untuk gagahi. Aku akan menantimu kelak, apabila aku kesakitan begini, pasti engkau akan menjagaku. Di sini, aku masih punya sahabat yang menjagaku dan pastinya aku sendiri yang akan menjagaku sendiri. 

Kesibukan itu sering berlegar-legar di sekelilingku. Aku harap di dalam kesibukanku ini, aku tidak melupakan-Nya. Aku harap engkau juga begitu. Baru-baru ini, aku merasakan percutian yang kulalui ibarat menjadi percutian rohani juga. Alangkah ruginya aku. Sering aku merasakan kekuatan ku yang sebenar adalah semasa aku dikelilingi oleh sahabat handai yang soleh solehah. Maafkan aku andai ikhtilatku tidak terjaga, maafkan aku andai aku terlalai seketika dalam perjuangan melawan nafsu. Maafkan aku. Aku masih berharap kekuatan untuk itu.

Aku melihat orang-orang yang soleh memperjuangkan kata-katanya, baik di kuliah-kuliah, baik juga dalam ceramah-ceramahnya atau juga tazkirahnya. Tetapi mereka sendiri diuji dengan apa yang mereka dakwahkan. Aku mengetahui cinta itu satu fitrah, tetapi kenapa mereka sendiri mencalarkannya. Aku bimbang aku juga akan melakukannya tanpa sedar.

Aku melihat akhlak mereka adalah yang terbaik (ya, aku tidak tahu apa yang tersirat dalam hati mereka) luarannya sempurna, namun perkhabaran yang ku terima, mereka sedang dalam jerat dan permainan syaitan. Bagaimana untuk aku mempercayai mereka lagi? Kata-kata mereka? Kuliah-kuliah mereka? Siapa lagi yang bakal untuk ku jadikan teladan? Itu orang yang soleh apatah lagi aku yang biasa-biasa ini saja. Bila-bila masa Allah akan mengujiku kembali. Doakan kekuatan buatku untuk terus menjaga hati.

Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua di hati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi

Terngiang-ngiang lagu wanita yang dinyanyikan oleh dehearty. Pasti aku terharu jika engkau tujukan lagu ini buatku kelak. Aku akan menunggu. Doakan aku. Aku mohon. Doakan aku kuat. Doakan aku setia denganmu. Doakan aku tetap cinta denganmu. Doakan aku mencintai Dia lebih dari segalanya. Doakan aku tabah dalam segalanya. Doakan aku ceria sentiasa. Doakan aku supaya aku terpelihara. Doakan aku cepat sembuh. Doakan agar aku sentiasa dalam rahmat-Nya dan redha-Nya. Dan doakan agar aku sentiasa terpelihara dalam hidayah-Nya. 

Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa

 Nota kaki:
Terima kasih buatmu yang jauh di sana sayang...









You Shoud Be Here...

Semakin...


semakin hari semakin sukar jalan yang aku lalui..
semoga dipermudahkan jalan yang dipilih

Sunday, October 30, 2011

Duhai Hati...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.

Duhai hati,
Engkau tahu wahai hati, Allah sedang membantu diri kamu. Untuk kembali bangkit. Allah telah memilihmu untuk merasai kemanisan hikmah. Ya, sekarang baru kau mengerti duhai hati? Saat-saat iman mu dalam kecemasan sedang dirawat kembali oleh Dia. Saat-saat kejatuhan Allah bantu untuk bangkit lagi. Dia sedang mengajarmu erti kehidupan; kerana Dia tidak memberikan apa yang kita mahu, tapi Dia memberikan apa yang kita perlu.

Duhai hati,
Alhamdulillah, engkau menerima terlalu banyak motivasi luaran dan dalaman. Allah menjadi keutamaan dalam setiap urusan. Allah itu pelindungmu, dan itu keyakinan jitu yang tidak akan berubah oleh apa pun. Aku bersyukur kerana Allah telah mengurniakan hati yang baru. Tahukah engkau, aku kini menjadi lebih sibuk. Namun, aku bersyukur kerana aku dapat ‘sibuk’ dengan urusan Allah, bukan sesuatu yang sia-sia, insyaallah. Aku juga kini menjadi semakin kuat dan semua itu kerana Allah yang mengajarku erti kehidupan dari sebelumnya.
Duhai hati,
Engkau juga tahu bukan, bahawa taklifan ini sangat berat untuk dipikul? Aku sebenarnya takut untuk berada satu saf bersama mereka yang hebat itu. Pernah aku sendiri berputus asa dalam jalan dakwah ini, hampir, namun Allah telah menyelamatkanku dan memilihku untuk berdakwah di jalannya. Haruskah aku menulis surat perletakan jawatan dari jalan dakwah ini dan berikannya kepada Rasulullah s.a.w? Kiranya jika aku berputus asa, adakah aku telah memberhentikan satu usaha dakwah? Aku tahu wahai hati, engkau terlalu rapuh. Kadang emosi sendiri. Tapi aku tahu bahawa Allah sedang mengajarku agar hati perlu kental untuk meniti satu usaha murni ini.

Duhai hati,
Terima kasih kerana engkau semakin kental. Terima kasih kerana engkau semakin memulih. Aku cuma mahukan engkau sentiasa sihat diisi dengan baja keimanan. Aku khuatir seperti kata Rasulullah;

Duhai hati,
Aku cuma punya satu harapan, semoga Allah sentiasa memberikan kesihatan iman dan hati kepada jasad ini. Aku mohon diberikan kekuatan untuk meneruskan jalan dakwah ini, tidak ada pandang belakang lagi, dan aku juga mohon agar aku diberikan keyakinan dan keceriaan dalam kehidupan seperti yang aku rasakan kini. Ya, semuanya adalah kerana Allah telah mengajarku tentang apa itu kehidupan.

Nota kaki:  Jangan pernah putus asa. Mujahadah itu pahit kerana syurga itu indah~ Cinta sejati tidak akan datang dengan mencari pasangan yang sempurna, tetapi belajar dengan melihat pasangan yang tidak sempurna itu sebagai sempurna


Sesungguhnya ALLAH Memang Sengaja...

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
kasih sayang yang terbaik
khas untuk diri kita


Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa Allah Maha Pemurah dan Penyayang
kerana mengingatkan kita bahawa dia
bukanlah pilihan yang HEBAT
untuk kita
dan kehidupan kita pada masa hadapan

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita menjadi
manusia yang hebat jiwanya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
faham bahawa cinta yang terbaik
hanya ada bersama Allah

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita lebih
mengenali kehidupan yang tak selamanya kekal


Nota Kaki:
"Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya. Percayalah, sesungguhnya Allah malu untuk menolak permintaan hamba-Nya yang menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan hanya kepada-Nya.Kembali kepada cinta-Nya adalah lebih baik daripada jatuh ke lembah hina. Moga Allah mengampunkan segala keterlanjuran kita. Amin"

Kiciwa...Kecewa...Tapi Tabah yewhh

Jika pada hari ini kita menjadi manusia yang hebat jiwanya, ingatlah bahawa suatu masa dulu, kita pernah tersungkur keletihan menghadapi ujian ini. Dan tatkala itu ingatlah bahawa Allah datangkan dia sebagai ujian kepada kita untuk menjadikan kita sebagai manusia yang kental jiwanya dan sedang melatih kita untuk sentiasa mengambil iktibar.
Dahulu jika air mata kita begitu murah menangisi kerana dia, lalu pada hari ini air mata yang sama seakan membeku dan tak mudah mengalir kerana kita sudah menjadi terkuat buat diri kita sendiri dan mula menerima takdir, maka bersyukurlah air matamu tidak mengalir sia-sia lagi, yang ada cuma menangisi dosa-dosa lalu. I dedicate this to you.
 
To the guy (s) who once made my day beautiful (and terrible, hahaaha) thanks a lot for this experience. Without experience, I cannot write in this blog. And without experience, Izzatis-Jerr Belog is just nothing because I wanna make it something. =) No hurt feeling okey.
Turn to Allah,
He's never far away,
Put your trust in Him,
Raise your hands and pray,
Oooo Ya Allah,
Guide my steps don't let me go astray,
You're the only one that showed me the way,
Showed me the way.....
Insyaallah~

Tolong sampaikan pada si dia...

Tolong beritahu si dia aku ada pesanan buatnya..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih
dari dia menyintai Yang Maha Esa.. Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga.. Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..
Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia aku kasihinya kerana santunnya..
Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya.. Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..

Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluargany
a..
Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-
citanya.. Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga.. Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya.. Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan
dengan Yang Maha Kuasa..

Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri...

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia.. Moga pesananku sa
mpai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia.. Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar berduri yang terjaga oleh tuannya.. Simpanlah pesanan ku ini sehingga engkau bertemu diriku suatu hari nanti...

Cinta...

CINTA mengajar kita erti setia..
dan andai ada setia itu

CINTA itu bagaikan terlalu agung dirasakan
dan terkadang
bila kita cuba untuk mencari cinta lain,tapi jika setia itu masih ada pada cinta lama,
hati kita tetap tidak tenang
untuk menerima cinta baru

walaupun berjuta kali
kita cuba menafikanwalaupun begitu lama bersembunyi di sebalik perasaan
hati kita
tidak mampu
berbohong
bahawa kita
masih setia pada cinta itu....

Jika ada ruang cinta untuk aku...

"Allah memberi kita dua kaki untuk berjalan,
dua tangan untuk memegang,
dua telinga untuk mendengar dan
dua mata untuk melihat.
Tetapi mengapa Allah hanya menganugerahkan sekeping hati pada kita?
Kerana Allah telah memberikan sekeping lagi hati pada seseorang untuk kita mencarinya.
Itulah namanya Cinta..."


How WANITA bangkit kembali dari kekecewaan..

Salam to all readers~ rindunyaaaaaa dekat "Encik Ayah" yang sangat jauh itu... =( Kembali ke sini setelah sibuk dengan kerja2 rumah dan sekarang perut ku sakit, adehh. Faktor-faktor dalaman lain. Terima kasih terus mensupport saya dan belog kesayangan ni. =D Senyuman untuk anda. Saya nak membawa anda menghayati satu kisah, ya, satu mujahadah seorang insan. Tidak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia, haha~ (eh gelak-gelak pulak T____T)

Kisah seorang muslimat yang nak bangkit semula dari kesilapan lalu. Semoga Allah membantunya. Insyaallah~
Umar Khalis
Umar Khalis melihat sahaja perilaku Siti Sarah, wanita yang pernah dicintai suatu ketika dulu. Siti Sarah berlari-larian dengan riang gembira. ‘Biarlah, dia berhak bahagia.’ detik hati Umar Khalis. Rasa bersalah memang sangat menghantui dirinya kerana telah menghancurkan sekeping hati milik Siti Sarah. Juga pernah memperkotak-katikkan maruah Siti Sarah. ‘Biarlah. Aku sangat berdosa kepadanya.’ Siti Sarah dilihat begitu gembira dengan senyuman yang tidak putus-putus. Sebelum ini, dapat dirasakan bahawa semua yang cuba Siti Sarah lakukan palsu. Senyumannya tidak seikhlas dulu. Peribadinya jauh berubah. Tidak mengapa tentang perubahan itu kerana perubahan itu membawa ke arah positif. Mungkin terlalu banyak hikmah yang tersembunyi yang dia tidak nampak dan perpisahan yang berlaku ini benar-benar terkesan kepada Siti Sarah. Dia? Entah kenapa dia memilih Siti Sarah suatu masa dulu, mungkin kecewa kerana cinta tidak berbalas oleh Maryam Syuhadah pada masa itu lalu memilih Siti Sarah untuk suka-suka.
 
Lalu, membawa Siti Sarah ke lembah kehinaan. Siti Sarah, sebelum semua yang berlaku ini, punya peribadi yang mengagumkan. Tudung labuh tak lekang dari perhiasan dirinya. Tutur katanya penuh ceria. Senyuman tidak putus-putus di wajahnya. Juga seorang yang peramah dan sentiasa menegur teman-teman. Selepas dia bangkit dari peristiwa hitam ini, dirinya lebih mengagumkan. Dengan segenggam tabah yang cuba dirangkul walau kerap kali tersungkur, dia cuba membahagiakan orang disekelilingnya meskipun dia merana di dalam dengan semua yang berlaku, senyuman manis menghiasi wajahnya walaupun semua itu semua palsu dan tempelan semata-mata mahu menyedapkan hati insan lain. Ahhhh! berdosanya aku pada Siti Sarah! Meragut kebahagiaan dan telah mengancurkan dirinya. Kerap kali berselisih dengannya tiada lagi senyuman terukir indah untuk Umar Khalis. Barangkali tidak akan mungkin lagi senyuman itu jadi miliknya.
Maafkan diri ini Siti Sarah, tiada lagi cinta untuk dirimu. Maafkan aku kerana memesongkan dirimu dan kerap kali kau bicarakan bahawa mengenaliku merupakan satu kesalahan paling besar yang kau pernah lakukan. Aku sendiri tidak tahu mengapa semua ini yang harus dijalani oleh insan bernama Siti Sarah. Semuanya kerana Umar Khalis yang tidak pandai menjaga diri sendiri lalu membawa insan lain ke lembah kehinaan. Aku sangat berdosa kepadamu, Siti Sarah! Maafkan aku.
Siti Sarah
Siti Sarah hanya memandang sepi Umar Khalis yang duduk di beranda asrama lelaki tersebut. Benar, luka semalam masih ada walaupun berkali-kali dia menutur kepada dirinya sendiri dia sudah memaafkan insan bernama Umar Khalis. Hakikatnya, sukar untuk dia melakukan seperti itu. Umar Khalis mencabar kesucian dirinya lalu berpaling tadah kepada insan lain. Mana mungkin kesilapan besar seperti itu dilupakan sekelip mata sahaja. Dia masih boleh menerima andai Umar Khalis memang bukan jodohnya, dia pasti terima! tetapi mengapa kesuciannya dicabar? Itu paling dia tidak terima. Maruah dirinya seperti di hujung kaki. Apakah dia tidak mengenal peibadi Siti Sarah dahulu? Mengapa Umar Khalis tegar menjadikan dirinya sebagai bahan nafsu semata-mata. Cinta orang lain dikejar, punya insan lain di hati tetapi mengapa Siti Sarah menjadi mangsa?
‘Biarlah, semuanya berlaku pasti ada hikmah yang sangat besar’ Berulang kali dia menuturkan kepada diri sendiri. Allah tidak memberati seseorang itu dengan ujian yang tidak tertanggung olehnya. Benar. Berkali-kali dia menuturkan itu dalam diri. Segenggam tabah dia cuba raih kembali. Bukan mudah untuk bangkit dari peristiwa hitam lalu. Sehingga dia sendiri tidak menjadi dirinya sendiri. Sejak dia mengenali Umar Khalis, dia perasan dirinya sendiri jauh berubah dan menyimpang dari dirinya sendiri. Namun, kerana terlalu cintakan insan bernama lelaki, dirinya lansung tidak endahkan semua itu. Tudung labuh yang menjadi perhiasannya kerap kali juga ditukar dengan tudung pendek bidang 45, surau yang selalu dijenguk sebelum mengenali Umar Khalis dipandang sepi sehinggakan usrah menjadi perkara yang paling dia malas pergi, al-Quran juga dia jarang baca. Semuanya selepas dia mengenali Umar Khalis!
 
Dia benci apabila mengenangkan seluruhnya telah diberikan kepada Umar Khalis, insan yang lansung tidak mengenang budi. Dia merasa sangat berdosa dan malu kepada Allah di atas segala keterlanjurannya. Allah, ampunkan segala kekhilafan dan keterlanjuran diri. Sungguh, aku telah terleka hanya kerana cinta seorang lelaki! Bukankah sepatutnya cinta Engkau yang ku dambakan? Ya, air matanya kini turun lebih ikhlas menyesali kesilapan lalu. Sungguh! Allah Maha Adil mengatur takdir hamba-Nya.
 
Maryam Syuhadah
 
Jijik dia dengan perlakuan Umar Khalis. Lelaki yang dia percaya selama ini ternyata lelaki yang lansung tidak menghormati wanita! Arghhhhh! Ingin sekali dihamburkan segala ketidak puas hatiannya. Teringat kenangan lalu sewaktu bersama, kononnya ingin menyunting dirinya menjadi suri hidupnya, tetapi dalam masa yang sama sedang enak menyulam dosa bersama insan yang tidak halal baginya! Lansung Maryam Syuhadah benci kepada perlakuan lelaki yang bernama Umar Khalis. Tegarnya Umar Khalis mendera jiwa serta emosinya.
 
Sejak dia mengenali lelaki itu, hidupnya benar-benar berubah. Bukan ke arah positif tetapi negatif! Naqibah apakah itu? Yang acap kali menyeru kepada kebaikan dan menolak kemungkaran tetapi dirinya? Tersasar juga dalam dosa yang ditegah. ‘Pasti Allah murka kepada aku.’ Dakwah tak seiring kata-kata. Seringkali dia merasa dirinya berselindung di sebalik tudung labuhnya yang setiap hari disarungnya. Walhal, dia benar-benar sedang melakukan dosa. Tidak malukah Maryam Syuhadah dengan tudung labuh miliknya? Ya Allah, ampunkan hambamu ini. Jika kerana tidak pengakuan Siti Sarah, pasti dia terleka lagi dengan cinta Umar Khalis yang menyimpang. Sedikit pun tidak memberi kebaikan dalam dirinya.
 
Ya, Siti Sarah dan Maryam Syuhadah sama-sama kecundang kerana cinta seorang Umar Khalis. Sama-sama jatuh dan sekarang mahu bangkit kembali. ‘Lupakan Umar Khalis, Siti Sarah, mari kita sama-sama lakukannya’ bisik Maryam Syuhadah. Baginya, melihat kondisi Siti Sarah sangat meruncing kerana pelakuan Umar Khalis. Umar Khalis benar-benar melampaui batas sebagai seorang muslim. Tergamak menyentuh perempuan yang bukan miliknya sesuka hati sedangkan Siti Sarah benar-benar seorang perempuan yang baik-baik. Umar Khalis, aku memang sukar memaafkan kesalahanmu yang sangat berdosa menghancurkan kehidupan seorang perempuan yang boleh kupanggil adik! Adik itu tidak bersalah, Umar.

Semalam aku kelukaan,
Kecewa kehampaan,
Mencalar ketabahan,
Mimpi yang sering kuharapkan,
Menjadi kenyataan,
Namun tak kesampaian.
 
Aku benar-benar hilang pedoman dan arah. Saat Umar Khalis memutuskanku saat itu aku merasakan bagai dunia berhenti berputar. Apakah yang diinginkan Umar Khalis sebenarnya selama ini daripadaku? Adakah sebab dorongan nafsu, aku benar-benar ikhlas menyayanginya tetapi maruahku diletak di hujung kaki. Adil kah? Andai aku bisa memutar kembali saat dan waktu, pasti, akan aku putar. Aku tidak ingin mengenali siapa itu Umar Khalis, perosak bukan PELINDUNG. Apa dosaku, ya Allah? Kejam sangat kah aku selama ini? Umar Khalis, andai aku bisa mengundurkan segala-galanya.
Pagi itu, setelah malamnya, Umar Khalis memutuskan ku, segera aku capai kotak ubatku. Terpandang panadol di situ. Dicapai dan ditelan semahunya. Aku mahu tidur. Kalau boleh selama-lamanya. Petang itu aku tambah lagi. Entah pil yang ke berapa aku telan aku tidak pasti. Tetapi, aku tak rebah tersungkur. Kuasa Allah mengatasi segala-galanya. Perlakuan manusia itu memang layak diajar! Dia meragut kesucian diriku, kebahagiaanku, keceriaanku. Segala-galanya. Haruskah aku berdiam diri sahaja? Aku bimbang ada insan lain yang menjadi mangsanya.
Berat! Itu yang memberatkan aku. Sahabat-sahabat lain belum tahu lagi, apakah mereka akan menerima diri ini seadanya? Kenangan-kenangan indah bersama Umar Khalis mahu dibunuh, kalau boleh dibakar, sehinggakanku memohon, semoga dengan kekuasaan Allah, aku tidak mahu lagi mengingati Umar Khalis! Begitu sekali.
Allah,
Inginku hentikan langkah ini,
bagaikan tak mampu untuk ku bertahan,
semangat tenggelam,
lemah daya,
haruskah aku mengalah,
namun jiwaku berbisik,
inilah dugaan.

200710
Sahabat-sahabat sudah tahu. Mereka perlu. Kerana aku tak mahu lagi berahsia dengan mereka. Cukup lah selama ini aku menjadi seorang yang begitu pendiam dan merahsiakan segala aktivitiku. Banyak penipuan telah aku tuturkan semuanya kerana mahu menutup perhubunganku dengan Umar Khalis. Sahabat, aku berdosa, andai kau mengetahui hakikat dalam hati ini yang memerlukan kalian. Hakikat hidup bersahabat. Maafkan segala-galanya tentang perhubunganku dengan Umar Khalis. Aku, seorang pelajar yang belajar agama, Umar Khalis juga belajar agama, mengapa jadi seperti ini? Kenapa kami tidak menghayati apa yang kami belajar sehingga membiarkan nafsu membelenggu diri.
 
Tidak ku sangka kalian masih menerima diri ini sedangkan aku mencuba untuk menjauh dari kalian. Berkali-kali kututurkan bahawa aku bukan seperti dulu lagi, aku insan berdosa! Aku malu dengan kalian. Aku tak layak bersahabat dengan kalian. Tapi, kalian tetap berada di sampingku. Semangat kalian berikan kepadaku. Kalian mengatakan bahawa, ‘kami sayang Siti Sarah, tolong jangan lakukan perkara yang membahayakan’. Berkali-kali kalian tuturkan ungkapan sayang kepada insan berdosa ini.
Mengertikah kalian, bahawa masa silam itu sangat sakit. Bagaimana untuk aku lupakan semudah itu. Bagaimana perasaan sayang dan rindu tiba-tiba bertukar menjadi benci yang amat sangat. Jijik dengan perlakuan diri sendiri serta perbuatan Umar Khalis. Sungguh kejam! Tapi kalian menuturkan bahawa Allah tidak akan memberi ujian kepada hamba-Nya jika dia tidak mampu memikulnya. Ya, Allah mengerti segala-galanya. Ingatlah, Allah disampingmu, Siti Sarah! Begitu tulus nasihat kalian tuturkan tanpa jemu-jemu. Ketahuilah bahawa hati ini kuat keranamu SAHABAT.
270710
Bukan niatku untuk membuka aibmu, Umar Khalis. Maafkan aku. Aku hanya mahu kau mendapat pengajaran biar kau serik. Jangan kau sesuka hati mempermainkan hati wanita. It’s fragile.Aku perlukan bantuan kakak-kakak, kawan sekelas mu untuk membantuku, memotivasikan ku, mencari jalan penyelesaian untuk semua ini kerana aku tak mampu untuk berdiri sendiri. Kebenaran harus menang dan kau di pihak salah harus segera insaf akan perbuatanmu. Percayalah akan niat diri ini, bukan untuk membuka aib sesiapa tetapi hanya untuk meraih kekuatan diri ini kembali.
Dan langkahku kini terbuka,
Pada hikmah dugaan,
Menguji keimanan,
tak dilontarkanNya ujian,
Di luar kekuatan,
Setiap diri insan.
110810
Awal Ramadhan. Aku mengerti hakikat Allah memutuskan. DIA memutuskan untuk menyambung dengan cinta-Nya. Mujahadah. Permulaannya memang kurasakan amat pahit. Tapi dihujungnya pasti akan ada manisnya. Ramadhan kuisikan dengan program-program mentarbiah hati. Qiamulail menjadi aktiviti harianku. Ya, ini dia hikmahnya. Mungkin sebelum ujian ini, aku belum punya rasa hubb(cinta) pada-Nya. Penampilan seperti muslimah sejati, bertudung labuh, menutup aurat, tetapi apa beza dengan yang lain? Andai akhlakku tetap tidak berubah? Sudah aku tuturkan, mengenali Umar Khalis bagaikan satu derita dan membawa aku ke kancah yang sangat berbahaya.
 
Tapi harusku akui, ujian ini benar-bear mematangkan aku. Sangat. Sehingga aku menjadi dewasa dan semakin berfalsafah. Mungkin. Itu yang aku perasankan pada diriku. Ujian mematangkan manusia. True. Very True.
110910
Syawal. Aku harus memaafkan Umar Khalis. Kerana aku akan rasa sangat sakit membawa perasaan benci ini ke sana ke mari. SAKIT. Mengertikah engkau Umar Khalis? Aku tak mampu mendengar namamu apatah lagi apabila terlihatkan kelibatmu. Sungguh, perasaan ku terbakar menyala-nyala sehingga aku seperti mahu membunuh jasad itu tetapi aku tak mampu. Akal warasku masih berkata-kata, ‘Biarlah, Allah Maha Adil. Biarkan DIA sahaja mengatur hidupmu, ini adalah rencah kehidupan!’ Memaafkan lebih membuatkan hati kembali tenang. Cukuplah segala penderitaan dan kepesongan yang telah engkau berikan kepada insan bernama Siti Sarah! Cukup, Umar Khalis!
051010
Aku SAKIT lagi. Berderai air mata. Aku sudah berjanji untuk tidak lagi menangis hanya kerana lelaki. Ternyata kali ini aku sukar untuk memaafkannya. Dia membuatkan aku terluka lagi. Mengapa? Bukankah sekarang ini aku masih dalam proses untuk bangkit kembali? Kekuatan cuba untuk aku bina kembali. Aku bagaikan mahu beruzlah seketika. Bersendirian. Aku menelefon sahabat-sahabat yang aku percayai untuk kembali menasihati aku. Memberikan aku pedoman. Aku tidak percaya, tangisan kali ini benar-benar sukar lagi untuk aku bendung.
Aku cuba mengumpulkan semula kekuatan diri. Dari sahabat-sahabat. Dari mereka yang aku sayang, dari mereka yang aku percaya. Aku benar-benar mengambil iktibar dari semua yang terjadi. Cinta manusia sangat menyakitkan aku. Cinta Allah lah yang membahagiakanku. Ampunkan aku ya Allah, kerana aku tidak menyedari cinta-Mu sedari dulu lagi. Ya, aku harus bangkit! Bangkit dari masa silam.
 
081010
Aku bangkit! Aku kini kembali tersenyum dengan ujian yang Allah berikan kepadaku. Sungguh, punya hikmah yang terlalu besar. Siti Sarah, beruntunglah dikau kerana Allah memilihmu menjalani ujian yang bukan calang-calang Allah berikan. Lupakan kisah lalu dan mulakan hidup baru. Ya, ini dia mujahadah Siti Sarah. =)
Ya, Allah bunuhlah segala memori Umar Khalis dalam diri Siti Sarah. Kau temukanlah Siti Sarah dan Maryam Syuhadah dengan pasangan yang beriman. Sedarkanlah Umar Khalis dari semua ini, seorang syabab itu tidak boleh terkandas hanya kerana masalah hati sebegini. Wahai para syabab, hargailah diri muslimah, kau ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi pelindung bukan perosak. Jika engkau menghancurkan hawamu, dimana lagi tempat hawa berlindung? Mengertilah Adam, Hawa memerlukanmu untuk membimbing.

Cintakan bunga akan layu, cintakan manusia akan mati, maka cintailah Allah, DIA yang kekal abadi~ =D

A PIOUS PERSON would always invite his partner to goodness, just as corrupt person would tempt his partner towards corruption!

HAKIKAT tentang cinta lagi. Perlu diketahui bahawa manusia sering membuat salah tidak kisah siapa pun dirinya. Siapa-siapa sahaja. If kita marah pun tak ada gunanya.

Nota kaki: errr post ni nak suruh ambik iktibar how the muslimah bangkit balik, okey, sayang korang =D. sekali lagi tidak ada kena mengena dengan mana-mana manusia sama ada yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. =)



Ombak Rindu buat dia...


Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
 
Selembar kertas kupegang erat. Membacanya berulang kali. Sesekali lagu Ombak Rindu di bahuku nyanyian Adira & Hafiz kedengaran. Ku baca berulang kali agar iktibarnya kuambil. Ku kunci kemas  dalam diri.

Untuk dia di sana, percayalah aku tersangat sayang kamu walau pelbagai rintangan yang harus aku tempuhi. Aku cuba terima dengan apa yang berlaku. Ku katakan pada mu aku kini tidak setabah Nur Izzati yang dulu.. Hati ini merintih, merayu agar aku tidak kecewa lagi...

Ayu, terima kasih ye sebab berikan Izza lagu ini...

Kesanggupan diri ini menunggu dan terus menunggu...InsyaAllah akan aku jagai diri ini untuk diri mu...





Nota tangan ku...

Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Maaf, saya semakin penat dari sehari ke sehari dengan permainan emosi dalaman serta luaran yang terkadang bergabung menjadi satu. Bahagia dan derita bercampur dalam satu adunan rasa. Saya hanya mampu update yang terpendek namun diharap punya mesej yang terselit. Pengharapan.

Nota kaki:  Yakinlah dengan hikmah Allah. Yakinlah dengan semua janji-janjiNya. Yakinlah Dia sebagai penyusun takdir yang terbaik. Jangan merajuk wahai hamba-hamba Allah. Kita sememangnya layak diuji!
 
sumpah..aku sangat rindu dia...
 
Waallahu'alam~

Nilai BREAK...



Bismillahirrahmanirrahim~ In The Name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful.
Anda rasa geram saat diputuskan? Rasa nak menangis tanpa henti? On Cinta ke 32229. Ceh tak adalah. Kita selalu bersikap sangat emosional semasa melalui hari-hari yang sukar dalam hidup kita. Termasuk putus cinta. Hati manusia yang mudah berubah, mudah menyakiti, mudah disakiti. Perkara pertama anda perlu buat ialah bersifat positif! =D cewah. Tahu tak kenapa Allah memutuskan?

Kerana Allah nak gantikan yang lebih baik dari yang kita ada sekarang ini. Yang dolu2 tu tak berapa baik untuk kita, untuk masa depan kita, untuk diri sendiri. Allah tahu yang terbaik. Berkali-kali saya pesan kepada diri sendiri (tapi tak reti-reti jugak T____T) dan anda-anda semua.

Keupayaan kita, akal kita terbatas tidak boleh dibandingkan dengan ilmu dari-Nya. Pengetahuannya Maha luas. Sungguh setiap satu peristiwa itu ada dalam pengetahuan-Nya. Peristiwa semalam, kini dan akan datang hanya Dia yang tahu, dan kita tidak. Hatta daun yang akan gugur ke tanah pun Allah tahu. Semut yang hitam di atas batu-batu pun Allah tahu, Allah dengar. Tidak ada sesuatu yang Allah tidak tahu. DIA MAHA MENGETAHUI.

Sekali lagi, penegasan di sini, Hakikat Allah memutuskan cinta kita sesama manusia adalah untuk menyambungkan cinta kita kepada-Nya. Awalnya amat perit, amat sedih, amat payah untuk diharungi, tetapi percayalah di pengakhirannya akan kita temui manisnya.Waktu tu kita tersentak, owh, rupanya Allah gantikan yang lebih baik dari kekasih dulu, owh beruntung tak jadi dengan dia dulu, suara-suara ini yang akan kita dengar bila kita dah menemui seseorang yang benar-benar diciptakan untuk kita~

Tak perlu bersusah payah tentang jodoh, bila mana kita mencintai Allah, automatik cinta itu akan membawa kepada cinta orang-orang yang soleh. =)
Nota kaki:Terasa betul-betul nak menulis hari ni. Malas nak dengar lagu chenta jiwang-jiwang lagi. Hooray~ =D Selamat malam semua, pengisian pada malam ni, nak tidur daaah~

Jika....

Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja kerana ia akan sakit kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup....
 
Begitulah jua setelah kamu banyak memberi pengharapan kepada seseorang setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya, janganlah kamu sesekali terus meninggalkannya begitu sahaja kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak akan melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....
Jika kamu menadah air biarlah berpada-pada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh, cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula, akhirnya ia dibuang! Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi....
 
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang, terimalah seadanya, janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan, bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....
 

*Piccas ini kosong sebenarnya*
 

Lelaki & Wanita..Kecewa

*Untuk para Adam yang pernah mengecewakan hati perempuan secara sengaja ataupun tidak sengaja. Juga-juga kepada perempuan yang telah berjaya bangkit kembali. Chill~ =)
Jasad yang kamu pandang itu kini adalah perempuan itu. Seorang perempuan yang dahulunya engkau injak-injak, seorang perempuan yang dulu, hatinya engkau permainkan, seorang perempuan yang engkau pernah taburi banyak janji yang tidak engkau tepati, seorang perempuan yang engkau pandang sebelah mata, seorang perempuan yang engkau kira hanya bisa dibuat mainan, seorang perempuan yang pernah engkau kenyit mata, seorang perempuan yang bisa engkau buat seenaknya, seorang perempuan yang telah banyak engkau melakukan dosa, seorang perempuan yang engkau kira tidak bijak, seorang perempuan yang engkau pernah hancurkan masa depannya, seorang perempuan yang pernah engkau memberikan senyuman palsu buatnya, dan seorang perempuan yang hakikatnya engkau belum kenal siapa dirinya yang sebenar!
Engkau mengajak dia melakukan dosa, sedangkan engkau tahu dia perempuan mulia. Engkau pernah menghancurkan dia sedangkan engkau tahu dia perempuan terhormat. Engkau pernah menyakiti dia sedangkan engkau tahu bahawa dia perempuan berhati lembut. Engkau mengotori cintanya sedangkan engkau tahu cintanya suci. Engkau mempermainkan hatinya sedangkan engkau tahu dia perempuan hebat.
Sedarlah Adam, perempuan itu pernah membahagiakan kamu. Perempuan itu pernah membuatmu tersenyum. Perempuan itu pernah berjasa dalam hidupmu. Perempuan itu yang pernah bimbang kepadamu. Tapi, percuma saja perlakuan semua itu. Kerana engkau telah menukarkan perempuan hebat itu menjadi perempuan rosak akhlaknya.
 
Jika dia suatu masa dulu, naqibah terkenal mengajak manusia melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran, tapi setelah datangnya engkau, kata-kata dia hanya menjadi omongan kosong. Bicaranya tidak seiring tindakan. Jangan pernah lupa, perempuan terhormat itulah yang telah engkau cabut kehormatannya. Jika suatu masa dulu, dia seorang perempuan yang mementingkan ukhuwah dengan sahabat-sahabatnya, tapi setelah adanya engkau, dia menjadi kera sumbang, menjadi perahsia terhadap mereka. Jangan pernah lupa, perempuan ceria itulah yang engkau telah ragut keceriaannya.
Dan, setelah engkau rasa dia tidak berguna lagi dalam hidupmu, setelah engkau rasa dia tidak layak lagi menjadi pendampingmu. Setelah engkau merasa bosan dengan perempuan itu, lalu, engkau membuangnya bagai membuang sampah di dalam tong sampah. Engkau tidak tahu cara terhormat untuk membuang dia dari hidupmu. Sedangkan engkau tahu, setelah tindakan ‘pembuangan’ mu itu akan mengundang aib terbesarmu; iaitu, menghancurkan seorang perempuan terhormat! Dan sejak detik itu, engkau sering merasa berdosa, maka berdosalah dengan Allah. Pintalah keampunan dari-Nya. Tapi jangan pernah engkau lupa, kemaafan perempuan itu ternyata lebih penting. Kerana Allah sendiri tidak akan mengampuni dosa-dosa kamu sebelum kamu meminta maaf kepadanya.
 
Suatu masa dulu, berani saja engkau memperkotak-katikkan dirinya, tetapi sekarang jangan pernah engkau berani lagi, kerana perempuan itu suatu masa dulu yang engkau pernah kenal, tidak sama lagi. Dia memasang misi tertinggi; Memburu cinta Illahi. Tidak perlu engkau sapa dia, hanya kerana ingin membuatkan dia mengingatkan insan berdosa seperti kamu. Tidak perlu engkau memberi senyuman manis kepada dia, sedangkan senyuman itu akan membawa satu bencana dalam hatinya. Tidak perlu lagi engkau hubungi dia kerana di hatinya tidak ada lagi dirimu, yang ada hanya DIA. Perempuan itu kembali menjadi terhormat, malah lebih baik dari dulu. Sungguh, dia sangkakan ribut kan berpanjangan, rupa-rupanya Allah datangkan pelangi. =)

Kerana Aku Wanita..

InsyaAllah, akan aku jadi seorang wanita buat mu wahai seorang lelaki...
 




kerana aku wanita
pandangan Adam mampu tembus ke dasar hatiku

kerana aku wanita
ingin disayangi itu fitrah diriku
 
kerana aku wanita
mudah terpikat dengan keindahan akhlak seorang lelaki
 
kerana aku wanita
emosiku selalu mengatasi logik akalku
 
kerana aku wanita
air mata teman setiaku
 
kerana aku wanita
sensitivitiku terhadap sesuatu amat tinggi
 
DAN..
 
kerana aku wanita
aku damba pertolongan darimu Adam

peliharalah bicaramu denganku
jangan bermain kata denganku
takut rosak hatiku

kerana aku wanita
akhlakmu ukuran dimataku
 
peliharalah akhlakmu dan imanmu
jangan kau burukkan darjatmu pada mataku
takut rosak thiqohmu
 
kerana aku wanita
maka peliharalah susunan kata-katamu
 
kerana aku mudah terasa
namun aku bukan lemah
sekadar ingin kau tahu hati ini mudah tercalar
 
kerana aku wanita
peliharalah dirimu dari mencemuhku
 
saat titisan jernih mengalir dari mataku
kerana itu cara untukku
meluahkan perasaanku
supaya hatiku tenang kembali
 
kerana aku wanita
aku memang sangat peka

maka fahamilah kecerewetanku ada sebabnya

WAHAI ADAM,
 
kalau kau sangka berpakaian selekeh itu 'cool',
hakikatnya kau begitu jelek pada pandangan kami.
andai kau rasa 'usha' itu tanda kejantanan,
darjat mu telah jatuh pada pandangan kami
jika kau fikir hidup membelakangkan agama itu kemodenan,
maka tiada lagi hormat untukmu dari kami.