Saturday, October 29, 2011

Duhai hati...

Duhai hati,
 
Perginya daku terlalu jauh, kerana ada sesuatu yang mengganggu diri. emosi juga turut terjejas. Jujur ku akui, aku sendiri tidak pernah merasai nikmat sihat itu dalam erti kata sebenar. Diamnya aku beberapa hari ini, benar-benar telah memberikan aku satu pengajaran dan pembelajaran buat hati.
 
Saat ada bisikan-bisikan halus yang mengganggu jalan dakwah ini, saat emosiku dilambung-lambung apabila mengetahui kesayangan-kesayanganku ditimpa musibah, saat hati bermonolog sendiri mempersoalkan ketahanan hati, saat kekuatan jiwa mula merudum kembali, saat diri sedang mula mengingati masa-masa lalu, saat aku sendiri bermain dengan bermacam emosi, saat semua insan sedang berpaling mencari siapa aku, saat seluruh dunia mula mengenali siapa aku, saat bumi sedang berputar kerana perintah dari-Nya, saat inilah yang menggusarkanku kini.
 
Mudahnya untukku berkata-kata, mudahkah juga untuk aku mengaplikasikannya? Banyaknya aku nasihati tentang hikmah ujian, lalu mengapa air mata ini turut berderaian menangisi ujian dari-Mu? Sungguh, terkesima aku sendiri. Dalam gelak ketawanya aku, aku tak mampu berbohong lagi. Dalam tabahnya aku, aku tak mampu menipu diri. Aku sedang tewas...
 
***
 
Itu kata hati, maaf kerana mcm emo je dlm setiap post, ada sedikit problemo yang berlaku =) tapi tak pe, Allah ada. Allah sentiasa ada untuk hamba-hamba-Nya. Nanti saya akan post lagi ye. Sekarang ni agak busy. Terima kasih di atas sokongan anda. Sementara tunggu saya post benda lain ni, silalah baca previous post yang lalu. Ada kekangan sikit.
 
=) Sayang semua. Take care of your iman.

No comments:

Post a Comment