Saturday, October 8, 2011

Hati...

Segenap hatiku luluh lantak
Mengiringi dukaku yang kehilangan dirimu
Sungguh ku tak mampu tuk meredam
Kepedihan hatiku untuk merelakan kepergianmu
Ingin kuyakini cinta tak kan berakhir
Namun takdir menuliskan kita harus berakhir
(begitu jelasnya lagu Samson menemani butiran air mata ku)

Ya Allah…apa lagi ini? Luka hati yang seperti apa lagi ini??? Alasan apa lagi untuk semuanya ini??? Mama & ayah, aku begitu rapuh dan terluka..Lihat butiran air mata ini,sangat asing sekali n hati ku begitu perit… baru semalam aku merasakan luka hati ku mulai tertutup dengan melihat dan mendengar suara kamu berdua..baru 2 hari kemarin aku memiliki mimpi untuk boleh melihat kebahagiaan aku bersama mama & ayah,tapi kenapa hati ku jadi seperti ini hari ini??? Kenapa aku harus selalu kecewa dan disakiti oleh orang yang sama??
Tuhan,malam ini jika aku boleh meminta,aku punya sederet permintaan:
Berikan ku hati yang tidak membenci nya meskipun dia telah membuat aku terluka
Berikan ku telinga yang tidak hanya mendengar yang tidak baik tentang nya setelah malam ini
Berikan ku mulut yang tidak mengucapkan sesuatu yang tidak baik tentangnya setelah malam ini
Ya Allah, jangan biarkan dia mengalami musim gugur di hatinya sama seperti yang ku alami saat ini..
Jangan biarkan dia merasakan kepahitan dan kekecewaan sama seperti yang ku rasakan malam ini
Jangan biarkan dia merasakan rasa asinnya air mata kesedihan itu..
Berikan dia senyuman,kebahagiaan dan sebuah harapan…
Ya Allah,itu lah permintaan ku malam ini
Karana aku menyayangi nya meskipun ada luka di hati ku yang dia calarkan…
Hanya itu Ya Allah ingin aku..aku hanya ingin dia bahagia meskipun aku harus terluka bahkan sangat menyakitkan,karana aku sangat tulus menyayanginya dengan segenap hati ku..

Hari Sabtu yang mendamaikan, malah mungkin juga hari ni mendebarkan hatiku. Perlu melakukan perlbagai persiapan hari ni. Takmo cerita pasal orang, nak cerita tentang luka hati ni. Hurmm sebut tentang luka , semua kelukaan boleh sembuh. Sama ada luka di luaran mahu pun luka di hati. Kelukaan hati biasanya terjadi akibat dihiris oleh kata - kata nista, caci hina atau pun tindakan dan perbuatan. 

Ramai yang berkata ye , saya memaafkan semua kesalah mereka sebelum saya tidur. Tapi ikhlas kah kita? Ramai juga yang kata, jangan dipertikaikan keikhlasan kerana ia umpama semut hitam di atas batu tatkala di malam hari. Tiada siapa yang boleh menilai keikhlasan di hati insan lain selain Allah.

Apabila terlukanya hati , pasti perasaan kurang selesa berhadapan dengan insan yang terlibat akan muncul. Luka boleh sembuh, namun parut dan kudisnya mustahil boleh hilang. Kudis boleh dikopek ..namun adakah parutnya akan hilang? Sedangkan luka terkena ekzos motor yang tak perparut pun meninggalkan kesan seumur hidup, inikan pula luka di hati. Parut tetap ada , terserah bagaimana kita mengawal hati agar parut itu menghilang sedikit demi sedikit. Selagi ada parut , kisah itu akan tetap dikenang.

Dah berminggu lamanya aku dihujani airmata...semua orang melihat aku senyum, aku gembira, tapi jauh di sudut hati aku, aku menangis sendirian mengenangkan diri aku, sangat-sangat terasa kini sebenarnya. Mamapukan aku mengubati hati aku ini sayang...

Tak kira kita lelaki atau perempuan biasanya hati kita mudah terdetik dan terusik bila terjadi sesuatu. Hati mudah terguris bila terasa diri diabaikan, dibuat tak kisah, tidak dipedulikan atau hati cuba disakiti dan dilukai oleh seseorang yang kita sayangi.

Tak kira kita lelaki atau wanita , muda atau tua...semua orang punyai perasaan . Hati mudah tersentuh dan terguris itu perkara biasa sebagai insan normal. Sebagai seorang insan sedaya upaya kita cuba untuk tidak melukakan atau menghiris perasaan insan yang paling kita sayangi supaya ia tidak menjadi barah dalam perhubungan tersebut. Tapi mampukah kita? selagi mampu kita perlu berusaha bukan?

Kadang kala kita nampak 1001 kebaikan dan suatu kecantikan dalam diri insan yang kita sayangi, tapi dalam masa yang sama kita nampak 10 keburukannya yang cacat dan keji dan bisa menggoyang perasaaan cinta kita terhadapnya. Kita mahu dia jadi sempurna. Kita mahu dia milik kita 100%. Kita mahu dia mengikut acuan dan corak yang kita tetapkan kerana kita fikir dia adalah hak milik kita. Dia perlu mengikut acuan yang telah kita tetapkan. Dia perlu berkelakuan dan berpakaian serta segalanya mengikut impian dan keinginan kita. Tapi adakah kita adil terhadap dirinya? Adilkah kita menghukum dia hanya kerana keburukan dan kejinya sikap yang kita jumpa 10 tadi sedangkan kita amat bahagia dalam meniti kasih dan cinta bersama 1001 kebaikan dan keagungan cinta yang dia berikan kepada kita?

Kadang kala kita tamak, kadang kala kita dengki, kadang kala kita kejam..dan yang pasti kita selalu berlaku tidak adil terhadap insan yang kita sayangi hanya kerana ingin memuaskan hati dan perasaan kita tanpa kita sedar hati nya telah kita lukai walau dia hanya tersenyum dan diam membisu. Diamnya dia adakah bermakna dia menerima? Senyum tawarnya adakah bermakna dia rela diperlakukan sebegitu?

Moga diri ini tidak akan menzalimi perasaan insan yang disayangi demi kepuasan diri. Moga diri ini menerima baik dan buruk sikap insan yang disayangi demi mencapai kebahagiaan hakiki. Jika telah cinta terimalah keburukannya juga..jangan kita terpesana denagn kebaikan dan kelebihannya tapi kita jadi hancur dan benci apabila terlihat sedikit kelemahan dan kekurangannya ....wallua'lam.

No comments:

Post a Comment