Tuesday, October 11, 2011

Lukisan sebuah cerita

Dalam perhubungan, pastinya akan berlaku perselisihan.
 
Mustahil segalanya akan berjalan cantik. Bagaikan sebauh cerita dongeng yang naratifnya menarik sentiasa itu sesuatu yang langsung tidak mencabar. Begitu juga dengan kehidupan, ada dugaan yang bukan sedikit dalam membina hubungan dengan mereka disekeliling kita (dan juga yang beribu batu jauhnya). Bagaimana mahu mengekalkan serta menambahbaik perhubungan?
 
Tolak ansur.
Ya, saling berbual.
Saling berkomunikasi - ada caturan perbualan supaya masalah dapat diselesaikan. Berdiam diri sekejap mungkin perlu dalam menghilangkan rasa marah, tetapi sampai bila mahu terus senyup dan menunjukkan ego tidak bertempat sedangkan tahu diri yang salah? Bercakap, gunalah apa juga cara sekalipun, agar tembok kekerasan hati dapat dilenturkan sedikit supaya ia akan membawa kepada keamanan di hati semula. Kalaupun bukan damai di hati si dia, sekurang-kurangnya damai di hati sendiri.
 
 
Betul sayang?
Saya minta maaf pada awak.
Sungguh.
Susah sangat ke nak cakap sedemikian?
Kalau susah, cubalah. Berlatih banyak kali kalau terpaksa sekalipun.
Adakah mahu kebahagiaan terjejas hanya disebabkan kedegilan diri?
 
Semua orang menghadapi cabaran dalam hidup. Terpulang pada kita sebenarnya untuk mengatasinya dan menjadikan ia sebagai satu kelebihan dalam menjalani kehidupan lebih bermakna. Lagi pula, mana ada sesiapa yang sempurna bukan? Ada orang menyatakan kita harus melupakan kisah silam. Tetapi pada aku, secara peribadi, kita tidak perlu melupakan kisah silam, tetapi melupakan manusia di dalamnya bukan pengajaran yang terselindung disebalik semua kejadian yang menimpa.
 
Itu sahaja.
Aku rasa.
 
Nota Kaki :
Belajarlah untuk memaafkan mereka yang mengkhianati kita. Mereka mengajar kita apa itu nilai kepercayaan sebenarnya. Dan ia mungkin akan susut selepas perbuatan mereka. Jangan pernah mengubah apa yang kita rasa berdasarkan apa yang orang lain rasakan terhadap kita. Kita adalah tuan punya diri dan memaafkan manusia lain adalah sangat bermakna apabila mereka sebenarnya mengajar kita lebih banyak tentang apa itu hidup.

2 comments:

  1. so sweet..siapa pencuri hati kamu cayunk..lukiskan sebuah cerita indah kalian d carpet putih ini..nak ku laungkan, kaulah sahabat yang aku nantikan utk sebuah kebahagiaan

    ReplyDelete
  2. tido laa...smua sweet ek.. hehehe izza, nak iphone yg leh grafik camtuh..hp aku ni cap lima dua laa dushh!

    ReplyDelete