Tuesday, October 11, 2011

Ting Tong... Wengggg...

Aku rasa aku sedar apa yang berlaku dalam hidup aku. Mungkin benar apa yang teman-teman aku katakan punca keadaan aku jadi sebegini. Pada mulanya aku memang tak terfikir sampai begini tapi itu hakikat sebenar.

Aku hidup sendiri secara rasmi memang dah agak lama. Aku mampu harungi kehidupan aku sendirian dan adakalanya bertemankan teman-teman aku walau manis mahupun pahit, kebaikan mahupun keburukan, aku gagahi diri aku dengan pengalaman-pengalaman sepanjang hidup aku sebelum ini. 

Sejujurnya keadaan agak berubah sejak beberapa hari lepas. Aku tidak menyedarinya sehinggakan teman-teman aku menyuarakannya tadi... Aku berada dalam keadaan yang tak seimbang. Menurut mereka aku ‘ting tong’ sebab aku sendirian. Kenyataan itu memang besar bagi aku. Weeennngggg… Aku mengambil masa untuk ‘menghadam’ kenyataan tersebut.

Bila aku fikir kembali, memang betul apa yang mereka katakan. Sejak aku sendiri aku menjadi seorang yang sangat kasaq dan tak mengambil kisah. Bukan itu sahaja, aku menjadi seorang yang mudah berubah dan sendu. Isu sendu memang menjadi topik utama dalam perkara ini. Aku mengaku keadaan itu berlaku disebabkan aku tiada tempat untuk berkongsi hati dan perasaan.

Sejak aku sendiri juga aku banyak habiskan masa dengan diri aku sendiri. Pergi kerja, lepas kerja balik rumah rehat. Itulah aktiviti harian aku sejak aku sendiri. Kalau hujung minggu samada aku lepak dengan "adik-adik" bersantai dengan hobby utama bersama kuda-kuda atau aku akan habiskan masa aku di teratak indah ku dengan perkara-perkara yang berpaedah, katanyaaa. Aku terpaksa untuk buat begitu supaya aku tak rasa kosong dalam hidup aku.

Aku tersenyum sendiri bila fikir tentang perkara ini. Adakah ia terlalu nyata yang aku ‘ting tong’?

Aku kesuntukan masa untuk perkara ini.

Nota kaki: Teman, kau berikan aku perkataan "wennnggg" dan aku senyum bila ingat "wennnggg"..  Chill~~~

2 comments:

  1. siapa gelaran teman tuu..nak kenal jugak..hehe..weng wong ahh izza ni. dah jet lack ke? senyuman izza ni mmg mencuri perhatiankah? btw, good luck inteview ni, wish u all the best my dear..jgn lupa kami bila dah ada 'names' heheh

    ReplyDelete
  2. Salam Untuk Panduan Izzati...

    Untuk Peringatan
    ♥ kenape ALLAH temukan kita dengan org y salah ♥

    Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.


    1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.


    2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.


    3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


    4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.


    5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...


    6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


    7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.


    8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


    9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.


    Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


    Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..


    PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..


    ~ALLAH knows BESt!~♥

    * Hanya nasihat untuk ketenangan rohani & jiwa*
    - reeneszniy -

    ReplyDelete