Tuesday, October 18, 2011

Hurmmmm

Aku pernah sayangkan dia, aku pernah cintakan dia namun itu semua hanya sementara. Aku tahu dia tahu dan dia tahu yang aku tahu bahawasanya dia tahu. Tapi mungkin aku bukan yang terbaik di mata dia. Aku redha walau aku lalui sangat pahit hidup aku waktu aku ingin melupakan dia.

Teman baik aku mengerti apa yang aku rasa. Dulu mahupun sekarang. Hanya dia tahu mengapa aku begini. Mengapa aku berubah dan mengapa aku lebih kejam dari dulu. Adakah itu salah aku? Aku perlukan penjelasan.

Bertapa sakitnya bila mereka yang aku sayang menikam aku dari belakang. Aku rasa ayat itu agak kejam dari aku. Apakah yang kalian rasa apabila mereka yang kalian sayang ada perasaan pada mereka yang kalian inginkan? Apakah yang akan kalian lakukan apabila mereka sebenarnya tahu tentang perasaan aku?

Kejamkah aku?

1 comment:

  1. Salam buat adik izzati...

    Cinta antara lelaki dan perempuan iaitu makhluk Allah akan berkesudahan dengan perpisahan samada hidup atau mati, berkahwin atau bercerai, berkawan atau bermusuh... Tapi ingatlah cinta antara manusia dengan Allah akan dapat kepuasan di dunia dan akhirat... Maka apabila sudah bercinta dengan Allah dan sayang Nabi Muhammad kemudian insyallah akan disusuli dengan cinta kepada manusia yang Allah kurniakan buat kita umatnya yang kita rasa amat2 bersyukur dengan kurniaannya setelah kita melalui cinta yang agung kepada Allah dan cinta yang x pasti kepada manusia sebelumnya... Sesungguhnya akan sampai jodoh dan cinta itu buat kita tanpa kita sedar dan ingatlah bahawa Allah telah menjanjikan jodoh kita yang terbaik samada semasa hidup atau setelah mati... Insyallah...

    Bukan kamu seorang saja pernah lalui episod yang sedang kamu lalui ini tetapi ingatlah... Itulah dugaan terbaik supaya kamu dapat hikmahnya yang insyallah akan kamu bersyukur diatas kurniaan yg telah Allah kurniakan. Usah dilayan manusia2 yang membuat kamu jatuh atau marah atau benda2 yang tak elok.. Buat membazir tenaga saja.. Bak kata org puteh.. buat bodoh saja ye... Moga kamu jumpa jalan yang betul... Insyallah dengan kesabaran, berusaha dan bertawakal kepada Allah... Insyallah dik... - peace ye dik - hahahah

    - reeneszniy -

    ReplyDelete