Saturday, July 16, 2011

Aku mahu kalian tahu...

Salam.

Bila kita berada ditengah-tengah manusia yang kita sayangi, ia sesuatu yang agak rumit.  Payah, walaupun jujurnya bangga melihat kedua-duanya bangkit sebagai manusia baru. Cuma bila kenangan lama mengusik jiwa masing-masing, kita yang menerima maklumat sambil tersenyum dan hanyut dalam kenangan mereka juga.

Perasaan gembira dengan warna biru.  Alhamdulillah, hari aku bermula dengan baik. Senyuman yang terukir di wajah menjadi sumber kekuatan untuk aku bangkit sebagai diri aku sendiri. Sepanjang jalan mendengarkan radio, tazkirah pagi serta lagu-lagu yang mendamaikan hati, aku kembali mendengarkan lagu yang aku dengarkan sepanjang hari semalam. Masayoshi Yamazaki : One More Time, One More Chance. Ada seorang yang aku kenali di dunia maya pernah suatu ketika dulu selalu ingatkan aku tentang pelbagai hadith. Terima kasih lelaki yang mempunyai rambut menarik ketika itu..amat bulat. Senyum.

Perempuan.  Aku mahu dia bahagia. Sudah banyak air mata yang tumpah setahun yang lepas. Raungan derita sudah penat diempang. Luka yang terjadi begitu payah untuk diubati dan aku sangat berharap agar kali ini semuanya berhasil buat dia. Betapa melihatkan dia bangun setelah segalanya musnah, kehilangan cinta dan kerjaya dalam masa yang sama, aku inginkan senyuman yang sedang terukir di wajah manis itu akan kekal buat selamanya.

Dan aku mahu kalian tahu yang kalian adalah antara kawan-kawan yang sentiasa mewarnai hidup aku. Mari lihat perjalanan hidup masing-masing menuju ke puncak kebahagiaan yang utama. Kalau bukan aku ke arah jinjang perkahwinan dan pernikahan, aku mahu kalian tahu yang aku gembira melihat keindahan majlis kalian dengan penuh senyuman.

...Mahu meneruskan urusan duniawi seperti biasa tanpa meninggalkan urusan akhirat. Sepanjang pagi telah menghabiskan masa menyiapkan tugasan hingga awal minggu hadapan punya, untuk menyiapkan diri dengan senyuman dan tenaga yang sepatutnya menghadapi hari ini.

"Seseorang yang kita miliki ternyata tak sepenuhnya milik kita. Kita bisa memiliki tubuhnya, hatinya, tapi bukan jalan hidupnya."

(...dari filem Cinta Pertama)

No comments:

Post a Comment