Titik Titis Bicara
Senyum.
Ukir wajah.
Letak warna.
Ceria.
Muram.
Bibir melengkung.
Wajah suram.
Duka.
Dalam suara penuh kedukaan dan menahan sendu di dalam jiwa, aku dapat mendengar bunyi butir bicara penuh kecewa. Ah, sekali lagi anak gagah itu tersungkur dalam mencari makna sebenar cinta yang tidak pernah dirasakan di dunia. Nikmat kasih sayang sebenar manusia kerana sehingga kini dia hanya hidup bersandarkan kasih sayang Maha Pencipta, katanya.
Sabar lah wahai seorang ibu muda..
Kamu harus tabah dalam menerima sebuah kenyataan..bila sebentar tadi aku dikejutkan dgn sebuah panggilan telefon..
"Hai kena gugurkan kandungan Hai kerana Doctor advise macam tu,baby dalam kandungan tak normal and ada masalah.."
Ya Allah dugaan ini engkau hantarkan kepada dia kerana engkau tahu dia mampu menghadapi sebuah kenyataan yang sudah pasti...dgn kekuatan dan genggaman tangan si suami untuk terus memberi sokongan pada si isteti (teman seperjuangan ku).. Allah berikan teman ku mendukung sebuah amanat dalam membawa sebuah roh yang ditiupkan dari Allah.. 5 bulan teman ku memegang amanat Allah.. Menjadi ibu yang setia mendengar dan melayan kerenah perjalanan anak manusia yang diutuskan Allah.
Wahai teman..kau layak mendapat tempat yang baik-baik disisi Allah nanti, insyaAllah sayang...sabar ye
Nota kaki:
Isinya banyak menceritakan betapa bahagianya teman ku ini ketika membawa beberapa kilogram tambahan di perutnya. Ah, ibu mengandung anak pertama, memang sungguh teruja.
Di akhir coretan, bakal ibu itu perlukan kekuatan suami, keluarga dan teman-teman di saat ini, di saat kesedihan menjamah segenap ruang kehidupan ceria bakal ibu itu...tabahlah sayang..
No comments:
Post a Comment