Aku mendapat surat elektronik dari seseorang yang menggelarkan dirinya sebagai Rin.. Isi penulisan Rin panjang, tetapi soalan dia amat pendek.
"Kekasih hati Izza yang mana satu sebenarnya? Kadangkala ada Kekasih Pertama, Si Satu Dua, Si Tin Kosong dan Si Bulat Busuk, jadi Rin selalu kurang pasti. Izza menyatakan Izza mengenali mereka di dunia maya dan realiti, betulkah?"
Terima kasih atas soalan kamu Rin.. Ya, Izza akan jawab. Jawab dengan ringkas agar ia akan memudahkan bicara dan pergerakan kalam yang mungkin dipengaruhi oleh perasaan yang acapkali mahu ketawa,senyum dan kadang-kadang sedih.
Kekasih Pertama
Dikenali di sekolah menengah di Batu Pahat, lebih kurang 13 tahun setengah dahulu. Perkenalan yang membawa kepada jalinan kasih sayang dan cinta selama lapan tahun setengah dan berjumpa/berdating selepas tamat sekolah menengah sahaja. Cerita itu sudah terpadam semuanya bukan seperti dahulu. Segalanya telah tamat lima tahun yang lalu.
Si Satu Dua
Sudah bersama lebih daripada tiga tahun hampiri usia empat tahun dan KLCC adalah titik pertemuan perkenalan kami. Dia muncul dalam hidup aku dan memberikan sinar kegembiraan atas penderitaan yang aku alami. Si Satu Dua menarik aku keluar dari belenggu pemikiran yang kadangkala tidak teratur sistemnya. Dia Si Satu Dua terbaik dan kami akur dengan takdir yang menemukan kami. Perhubungan yang mungkin pelik kerana kami tidak mungkin sama jika dilihat dari luaran dan penampilan. Itu semua tidak penting. Yang kami tahu, keutamaan harus diberi kepada perjuangan meneruskan legasi. Dia pasangan sejati. Dia selalu ingatkan saya pada sebuah hubungan yang kekal dan sah... Jika saya punyai pilihan hati, berterus-terang dan insyaallah dia akan terima untuk kebahagiaan saya dan kejujuran Si Satu Dua buat saya selalu berfikir, mana mungkin hati itu yang saya lukai...
..Menitik airmata lelaki Si Satu Dua bila Si Tin Kosong mengaburi kehidupan saya..
Si Tin Kosong
Ringkas, cepat dan mudah...black magic buat saya terikat dgn Si Tin Kosong ini...bertahan cuma lima bulan dan selepas itu..i'll see u in court. Tak suka untuk saya ingat cerita ini kerana terlalu cepat berlaku. Nasib ada mama dan ayah saya yang begitu kuat menjadi pendamping terbaik saya begitu juga Si Satu Dua.
..Si Satu Dua tetap memberi kekuatan untuk saya bangkit..
Si Bulat Busuk
Alam Maya adalah titik mula. Saya kenal Si Bulat ini hanya ALLAH mahu mengajar saya untuk mengenali lelaki yang bertopengkan manusia sebenarnya. Bercakap tentang HAL-HAL AGAMA dia bagai wali ALLAH yang datang untuk menyelamatkan hati saya... rupanya syaitan yang bertopengkan manusia... tak sangka dah bergelar bapa rupanya tanpa ada chop SIRIM rasmi lagi.. itulah pengakuan wanita yang benar-benar ikhlas menyayanginya sepenuh hati dan luahan itu diluahkan bila mana cerita benar keluar dari mulut Si Bulat Busuk ini dan jelas didengari oleh wanita kental itu... kesian pada mak yang melahirkan dia, yang ditipu hidup-hidup dengan agenda kehidupan rasminya. Semoga dia sedar dan bertaubat dengan apa yang telah dia lakukan pada insan yang bernama wanita itu.
Nota kaki:
Dulu dan kini Si Satu Dua dan saya sedar jarak yang beratus kilometer dan kadang-kadang berpuluh ribu kilometer menjarakkan kami serta tanggungjawab yang menimbun mungkin tidak akan merealisasikan impian untuk bertemu di saat ini. Mungkin suatu hari nanti. Doakan kami berjaya bertahan dibawah payung rahmat Ilahi...psst!tiada siapa yang jelas siapa Si Satu Dua ini...insyaallah satu hari nanti semua akan tahu jua kerana kami masih dalam mengumpul sesuatu untuk sebuah kehidupan yang abadi. Terima kasih Si Satu Dua untuk semua kepayahan, kepedihan, perjuangan dan kekuatan sebagai pendamping terbaik saya.
Izza harap jawapan Izza dapat memuaskan hati kamu Rin. Semoga masih ada kesempatan bertukar surat elektronik selepas ini.
Izza : Teringat apa yang pernah dinyatakan oleh Kahlil Gibran.
"Jangan kau kira cinta yang datang dari keakraban yang lama. Cinta adalah anak kecocokan jiwa dan jika itu tidak pernah ada, cinta tidak akan tercipta".
izza..aku doakan kebahagiaan kau selalu
ReplyDelete