Aku cakap dalam hati 'Ya Allah, sungguh aku tak kuat untuk semua nie. Aku tak sanggup lagi dah Ya Allah. Kenapa semua nie jadi kat aku?'
Tiba-tiba terlintas kat fikiran aku 'if you want to talk to God, say your prayers and if you want to hear God talks to you, read the Quran'
"Aku pun belek al-Quran secara rawak sampailah tiba-tiba mata aku terbaca ayat 62, Surah al mukminun yg mksudnya 'Dan kami tidak membebani seseorang melainkan menurut kesanggupannya dan pada kami ada suatu catatan yang menuturkan dengan sebenarnye dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)" aku terus menangis. Dah berape tahun aku tak nangis macam tu. Nasib baik tak ada orang masa tue. Masa tuu jugak aku rasa Dia sangat dekat dengan hati aku. Hati aku tiba-tibba rasa tenang, macam dipujuk
Aku hanya tersenyum memandangnya....
"Hmm. Sejak hari tu, kalau aku sedih, aku bentang sejadah. Aku buat solat taubat. Aku berdoa. Aku mengadu dengan Dia. Hati aku makin tenang. Satu perasaan yang aku tak pernah rasa, yang susah aku nak gambarkan macam mana. Kalau dulu aku dengar kemanisan iman ke pe ke aku gelak tapi bila aku dah rasa sendiri, urmm"
"Hidup umpama nak hasilkan pelangi"
"Yup dan untuk hasilkan pelangi kita perlukan hujan dengan matahari. Maka terpaksalah kita rase teriknye mentari dan petir kilat" sambung sahabatku...
"Baru sekarang aku betul-betul paham dengan maksud ayat tu. Lepas bende nie jadi kat aku, baru aku sedar, sayangnya Allah kat hamba-hambaNya cuma kita je yang tak nampak sebab kita tak nak fikir. Macam ape yang jadi kat aku, sekarang aku paham yang Allah sebenarnye nak tunjukkan kat aku yang cinta dan janji manusia tak sehebat cinta dan janji Allah. Aku bersyukur yang Allah masih sayangkan aku"
Hidup nie tak jauh bezanya dengan sistem barter. Kita perlu rase susah untuk faham erti sebuah kejayaan. Kita perlu rase ditinggalkan dan keseorangan untuk menghargai harga seorang sahabat yang muncul dalam hidup kita dan kita perlu dikhianati cinta manusia hanya untuk mengerti sempurnanya cinta Allah.
Dan sungguh Allah itu Maha Bijaksana, Maha Mengetahui ape yang terbaik untuk hamba-hambaNya dan sungguh cinta Allah kepada hambaNya itu amat dalam dan setiap perkara yang terjadi kepada kita itu terdapat pengajaran bagi orang yang berfikir. Allah tak kan merugikan hamba-hambaNya
Ingatlah. Dalam hidup nie kita tak pernah jumpe orang yang salah. Setiap orang yang datang dalam hidup kita mesti ada sebab dan tujuannya, tak kira laa orang tu kawan ke musuh ke ataupun lelaki atau pompuan yang buat kita sayang sangat kat dia.
Allah jadikan manusia berbeza bangsa dan warna kulit agar mereka dapat saling mengenali, saling memahami antara satu sama lain. Maybe Allah datangkan kawan yang asyik nak marah jer sebab Allah nak ajar kita jadi seorang yang penyabar ataupun mungkin Allah datangkan seorang lelaki atau perempuan yang buat kita jatuh hati, rasa cintakan dia tapi last-last dia tinggalkan kita untuk mengajar kita yang cinta Allah itu lebih kekal, lebih indah.
For everything that happens in your life, it must happened for a reason. Jangan merungut, sebaliknya belajarlah kerana setiap yang berlaku itu menuntut kita agar berubah dan setiap yang berlaku itu terdapat pengajaran bagi mereka yang berfikir...
p/s ; Terima kasih Allah. Di saat aku mula jatuh dan semakin terjatuh, Kau datangkan aku seorang teman dan berikan aku cerita ini agar aku sedar bahawa cinta Kau terhadap aku tiada bandingannya. Terima kasih Allah :')
No comments:
Post a Comment