Disebabkan musim mengawan yang luar biasa hebatnya di hujung tahun, aku secara jujurnya agak kurang senang bila menghadiri majlis-majlis sedemikian. Kalau boleh, datang makan, jumpa pengantin sebentar, salam ibu pengantin dan cabut. Dalam setengah jam dah boleh siap kalau aku pergi seorang diri (Sadis ke pergi majlis perkahwinan seorang diri? Siapa kata? Huh!)
Bila ditebak dengan soalan adakah aku sudah bersedia untuk melangkah lebih jauh dalam menjelajahi kehidupan peribadi, aku ketawa senang hati sahaja. Ah, kalau bersedia adakah boleh terus melangsungkan pernikahan dan mengadakan majlis walimah? Pasti sahaja belum lagi kerana calon (berdehem) masih dalam proses mengenali lebih mendalam tentang hal masing-masing, insyaALLAH.
Eh, adakah ini suatu bentuk pengakuan?
Ketawa.
Nota kaki:
Dalam ketawa riang, terselit perasaan terharu bila lihat mata bundar dan comel itu. Mata yang memahami diri bagaikan lahir bersama dan berkongsi uri. Berilah kekuatan kepada diri, melunaskan apa yang dihajati dan disaksikan dalam mimpi.
Yeay! Pengakuan ikhlas seorang kawan..aku happy utk kamu sayang...
ReplyDeletei see the stars..iris, Cik Puan Izzati ni takde suara bila bertugas dgn dia...bisu sama dengan pemalu..tapi boss sayang dia gile!
ReplyDeleteAmboi korang..suke suki kan di carpet suci hamba..nak bertuka r menjadi superwoman pulak..doakan saya ye semua. Izza di medan pertempuran sekarang...exam melepasi, surat dah terima, tunggu nak melangkah pergi or tak..Tuan Megat gigit kuku la pasni.. :)
ReplyDelete