Friday, July 22, 2011

Salam semua.

Menulis dalam keadaan mengantuk yang teramat sangat, sakit perut yang tidak diketahui sebabnya serta pening kepala yang melampau. Keseluruhannya badan tidak mendengar kata hati yang sedang gembira pada tahap melebihi paras maksima. Gila.

Senyum.

Banyak lagi sebenarnya yang dimahukan dalam hidup, cuma ini sahaja yang aku mahukan saat ini. Terlalu berharap untuk lebih kuat dan hisup penuh makna.

Nota Kaki :
1. Mungkin perlu dapatkan sesuatu untuk mengubati kesakitan.
2. Terlampau letih untuk menghadapi hidup tapi aku perlu kuat demi secangkir senyuman.
3. Tahniah kepada si dia yang telah lulus dengan cemerlang tesisnya. Awak memang layak.

Apabila kita dihadiahkan dengan sesuatu yang sangat bermakna dan menggembirakan, itu tandanya kita perlu lebih bertanggungjawab dan bersedia untuk menjaganya dengan lebih tabah dan sabar selepas menepati kehendak dan citarasa.

No comments:

Post a Comment