Ketua : Kenapa tak cakap dengan saya masalah awak?
Aku : Eh, masalah apa?
Ketua : Masalah yang baru timbul minggu lepas.
Aku : Oh, tiada apa-apa ni.
Ketua : Dapat tahu pun daripada dua rakan setugas, kalau tak memang saya tak tahu.
Aku : Saya memang sengaja tak nak beritahu sesiapa. Yang seorang tu dapat tahu pun tak sengaja.
Ketua : Tahu, dia dah cerita pada saya. Awak macam mana?
Aku : Saya baik sahaja.
Ketua : Jangan patah semangat.
Aku : Tak, saya tak.
Ketua : Saya memang nak didik awak jadi yang terbaik.
Aku : Saya tahu.
Ketua : Jangan buatkan peristiwa itu jadikan awak lemah. Nanti itu akan buatkan awak kalah.
Aku : Saya tahu, saya tidak mahu kalah.
Ketua : Jadi, jangan jauhkan diri. Awak kuat, saya tahu awak boleh hadapi apa sahaja.
Aku : Terima kasih.
Ketua : Dalam hidup ini, bila kita nak menang, memang macam-macam ujian.
Aku : Saya faham.
Ketua : Jaga diri awak baik-baik.
Aku : Terima kasih ketua.
Usai bercakap dengan ketua, aku duduk termenung dan berfikir akan sesuatu. Betapa aku tahu aku diuji saat itu dan aku tewas dengan diri sendiri. Aku tidak melenting bila peristiwa itu berlaku tetapi aku menggunakan terapi terakhir yang dapat aku fikirkan apabila menghadapi masalah, iaitu menangis. Aku menahan kemarahan dan kesakitan itu aku hamburkan dalam bentuk air mata.
Itu beberapa hari yang lepas. Entah berapa lama aku menahan sebak sehingga aku tertidur dalam tangisan. Bodoh, mungkin bodoh, tapi aku tahu, pagi itu aku bangun dengan kepala yang lapang. Tiada apa yang menyesakkan kepala aku dan apa sahaja ucapan sinis yang aku terima, aku sudah buang jauh dari kepala.
Tapi tadi, bila bercakap dengan ketua yang aku hormati itu, entah kenapa sebak itu kembali. Dan aku tidak punya sesiapa untuk berkongsi. Aneh. Orang boleh membuat panggilan telefon kepada aku, menghantar pesanan di kantung surat elektronik aku, tapi ternyata, aku sendiri tidak punya sesiapa (dalam konteks ini : manusia) untuk berkongsi.
Tarik nafas panjang.
Jadi senang sahaja. Aku teringat kata seorang... Kalau sudah tidak punya sesiapa, bercakap sahaja dengan cermin. Ya, dan itu aku lakukan tadi. Dulu aku selalu bercakap dengan dinding kalau aku punya masalah dan cermin hanya sebagai tempat aku memberikan perangsang buat diri.
Hari ini cermin bertambah lagi satu fungsinya, sebagai tempat aku meluahkan kata-kata. Berkongsi kesakitan dan memuaskan hati yang penuh duka. Buat kawan yang memberikan cadangan itu, aku sangat berterima kasih.
La Tahzan Zara.
La Tahzan.
(Ya, aku punya buku ini. Setiap kali bersedih mesti akan teringat apa yang dibaca)
Senyum.
Nota Kaki :
Hidup ini memang aneh, bila kita diperlukan, kita sentiasa memberi. Tetapi bila kita memerlukan, terdapat kemungkinan kita hanya keseorangan. Mungkin juga kita dilahirkan hanya untuk memberi tetapi tidak layak untuk menerima. Mungkin ada benarnya
No comments:
Post a Comment