Thursday, July 28, 2011

Mula menghitung hari...

Hari ini 19 Syaaban 1432 H. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan tiba.
 
Dalam mengira detik-detik yang akan berlalu hingga menemui Ramadhan, hati terasa amat berdebar-debar juga merasa sayu. Apakah masih ada lagi waktu untuk diri kita mengecapi kemanisan Ramadhan yang mungkin hanya bakal tiba dalam beberapa hari lagi?

Masih adakah hari-hari esok untuk kita bertemu dengan Ramadhan?

Setelah setahun kita menunggu, apakah masih ada Ramadhan untuk kita pada kali ini?

Doa daripada Rasulullah s.a.w diriwayatkan daripada Anas r.a:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Syaaban, serta panjangkanlah umur kami hingga sampai ke bulan Ramadhan."
(H.R Baihaqi)

Moga dalam keberkahan persediaan ini, Allah menyampaikan kita kepadanya.

~Wahai Tuhan, sampaikanlah kami kepada bulan kerahmatan dari-Mu, Ramadhan Kareem. Hari demi hari dihitung, mogakan bertemu wahai bulan yang dirindu oleh semua kaum mukminin.~

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Selamat Berpuasa Cik Puan Izza... Dengan senyuman itulah dan gigi tersusun buat semua makin suka melihat dia... hehehe...
    Maaf jika ada salah silap disepanjang bekerjasama dan kerja seangkatan...kirim salam pada Encik Tuan Satu Dua kamu yee...we are bestiesss frenz ever izza

    ReplyDelete