Saturday, July 16, 2011

Panggilan itu...


Tiga perkataan ini sentiasa dalam ingatan aku sejak tiga tahun lepas. Kalau kurang salah satu, ia tidak akan melengkapkan apa yang sepatutnya.  Walau apa sekalipun dugaan, perkara cinta adalah benda yang kecil dan mudah sebenarnya bila kena dengan cara mengatasinya. Panggilan telefon 'adik' malam itu amat mengejutkan aku, sedang aku menyental lantai rumah baru yang bakal aku jadikan teratak indah buat aku...hal malam itu buat aku terfikir...ikhlaskah 'adik' dalam menanyakan khabar ku atau secara paksa rela dalam membuktikan sesuatu kepada kekasih hatinya?  Ermmm, entah la dan aku cuma harapkan jangan buat 'adik' ini menangis lagi dalam meneruskan langkah kehidupan yang pernah suatu ketika buat dia hilang semangat dan mati... 

Dan itu penutup sebuah kisah.Cuma satu aku pinta, jangan buat dia menangis.Itu sahaja.

...Benda paling penting dalam hidup adalah belajar dengan apa yang telah kita lalui dan berusaha untuk jadi manusia lebih berguna selepas ini. Bukan terus menangisi.



Nota kaki:
...Senyum.Lemah.Dia Gadis dari tulisan aku suatu waktu dulu...cerita lama n aku simpan kemas dan rapat semua cerita adik dan dia.Aku doakan semuanya selamat dan bahagia ye...aminn :)

1 comment:

  1. Izza...siapa adik tu? Hmmm kalau dia laa yang pernah kau ceritakan pd aku bout her and jengs setahun yg lalu...mmg kau sungguh tabah izza...aku tahu kau cukup kuat untuk lalui semua lakonan d pentas dunia ni..biarlah mereka bahagia dan aku tahu kau sentiasa ingatkan aku akan sebuah cerita keikhlasan.

    ReplyDelete